Nora Shamsuddin

Datin Nora Shamsuddin merupakan seorang pelakon Malaysia yang pernah membintangi filem Sikit Punya Gila. Beliau juga pernah berlakon bersama Datuk Ahmad Mahmud dalam filem Dendam Dari Pusara.

Pada 1983, beliau berlakon dalam filem arahan Datuk Aziz Satar, iaitu filem Darah Satria dan juga pernah berlakon dalam filem Potret Maria dan Sepi Itu Indah.

Beliau juga pernah berlakon di bawah arahan Raja Ismail dalam filem Aku Yang Berhormat. Beliau juga merupakan anak saudara kepada pelakon veteran terkenal Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud.

Beliau juga merupakan pemilik rangkaian restoran nasi beriani yang terdapat di Kuala Lumpur.

Pautan luarSunting