Noraini Ahmad
Noraini binti Ahmad (Beliau dilahirkan pada 7 November 1967 di Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Perdagangan Kuantitatif Analisis dan Kewangan, Universiti Saskatchewan, Kanada dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.[1][2] Beliau seterusnya telah memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Pembangunan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) pada tahun 2016[3].
Noraini Ahmad DGSM (Melaka); DSAP (Pahang); DMSM (Melaka); AP; PhD | |
---|---|
نورعيني بنت أحمد | |
![]() Dr. Noraini di Kedutaan Amerika Syarikat pada 2020. | |
Pengerusi RISDA | |
Memegang jawatan 22 Mac 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Ahmad Zahid Hamidi |
Didahului oleh | Salim Shariff |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P147 Parit Sulong, Johor | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Ruhanie Ahmad |
Majoriti | 6,341 |
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Ismail Sabri Yaakob |
Timbalan | Ahmad Masrizal Muhammad |
Digantikan oleh | Mohamed Khaled Nordin |
Kawasan pilihan raya | Parit Sulong |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 6 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | Yang Berhormat Prof. Madya Dato' Dr. Mansor Othman |
Didahului oleh | Yang Amat Berbahagia Tun Mahathir Mohamad sebagai Pemangku Menteri Pendidikan 4 Januari 2020 - 24 Februari 2020 Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik Menteri Pendidikan |
Kawasan pilihan raya | Parit Sulong |
Ketua Pergerakan Wanita UMNO | |
Dalam jawatan 24 Jun 2018 – 24 Jun 2021 | |
Didahului oleh | Shahrizat Abdul Jalil |
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara | |
Dalam jawatan 11 April 2019 – 10 Mac 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Mahathir Mohammad |
Speaker | Mohamad Ariff Md Yusof |
Didahului oleh | Ronald Kiandee |
Digantikan oleh | Wong Kah Woh |
Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia | |
Dalam jawatan 18 Mac 2008 – 9 April 2009 | |
Perdana Menteri | Abdullah Badawi |
Didahului oleh | Abdul Rahman Bakar |
Digantikan oleh | Maznah Mazlan |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Bintang, Peserai Parit Sulong, Johor, Malaysia | 7 November 1967
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() |
Pasangan | Mohamed Jauzi Abdul Razak |
Alma mater | Universiti Saskatchewan, Saskatoon, Kanada Sarjana Muda Universiti Tun Abdul Razak Sarjana Universiti Utara Malaysia Doktor Falsafah (Ph.D.) |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Gaji | RM55,227.20 sebulan[1] |
Nilai bersih | RM1 ke 2.5 juta[1] |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2020 |
Beliau merupakan ahli politik dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) yang bermuafakat dengan Perikatan Nasional (PN).
Beliau telah dilantik untuk penggal kedua bermula Ogos 2021 sebagai Menteri Pengajian Tinggi dibawah kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri ke-9. Sebelum ini, beliau telah dilantik ke jawatan sama oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri ke-8, dari Mac 2022 hinggalah beliau meletakkan jawatannya pada Ogos 2021[4].
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor Darul Ta'zim semenjak 2008 dan sebagai Ketua Wanita UMNO semenjak tahun 2018.
Beliau turut berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bawah pentadbiran Pakatan Harapan pada April 2019 hingga meletakkan jawatan pada Mac 2020[5].
Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dari Mac 2008 hingga April 2009 dibawah dua orang mantan perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Sri Najib Tun Razak serta mantan Menteri Sumber Manusia ketika itu, Datuk Seri Dr. Subramanian Sathasivam. Pada masa yang sama, beliau juga turut memegang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO dari tahun 2004 hingga 2008[6].
Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah turut dilantik sebagai seperti Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) (2013-2018)[7] dan turut menerajui beberapa agensi kerajaan seperti Malaysia Network Information Centre Bhd (MyNIC) dan Astronautic Technology Sdn Bhd (ATSB).
Di pentas antarabangsa, beliau merupakan wanita Malaysia pertama yang dilantik sebagai Pengerusi kepada Commonwealth Women Parlimentarians (CWP) dari tahun 2016 hingga 2019 apabila memenangi 53 undian mengatasi Joyce Watson dari Wales (15 undian), Poto Williams dari New Zealand (10 undian) dan Linda Reid dari Kanada (9 undian)[8].
Politik Sunting
Noraini pertama kali dipilih ke Parlimen persekutuan pada pilihan raya umum 2008, menggantikan penyandang Syed Hood Syed Edros. Sejurus selepas pilihan raya, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia dalam kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan berkhidmat di bawah jawatan itu sehingga pengganti Abdullah Najib Razak menamakan kabinet pertamanya pada April 2009.[5]
Pada pilihan raya umum 2013, Noraini memenangi pilihan raya semula ke Parlimen dan kemudiannya dilantik oleh kerajaan sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).Pada pilihan raya umum 2018, Noraini dipilih semula sekali lagi walaupun dengan majoriti berkurangan.
Noraini juga merupakan pengerusi Ahli Parlimen Wanita Komanwel dari 2016 hingga 2019. Ahli Parlimen Wanita Komanwel (CWP) ialah rangkaian Persatuan Parlimen Komanwel yang berkempen untuk kesaksamaan jantina dan perwakilan sama rata di Parlimen.
Keputusan pilihan raya Sunting
Tahun | Kerajaan | Undi | Peratusan | Pembangkang | Undi | Peratusan | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Noraini Ahmad (UMNO) | 26,066 | 67.65% | Faizal Ali (PAS) | 12,167 | 32.35% | 39,637 | 13,599 | 78.90% | ||
2013 | Noraini Ahmad (UMNO) | 30,258 | 62.05% | Khairuddin Rahim (PAS) | 18,505 | 37.95% | 49,855 | 11,753 | 87.62% | ||
2018 | Noraini Ahmad (UMNO) | 24,481 | 49.19% | Anis Afida Mohd Azli (AMANAH) | 18,140 | 36.45% | 50,778 | 6,341 | 85.19% | ||
(PAS) | 7,148 | 14.36% |
Anugerah Sunting
- Melaka :
- Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) - Datuk (2005)[7][8]
- Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) - Datuk Seri (2020)[9][10]
- Pahang Darul Makmur :
- Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) - Dato' (2005)[7][11]
Penerbitan Sunting
- A Change in Narrative to Break the Bias – BERNAMA/ The Malaysia Reserve, 2022
- Let's Call Out Gender Bias Daily - New Straits Times, 2022
- Pushing Education for Sustainable Development to Greater Heights - New Straits Times, 2022
- Sustainable Higher Education in Malaysia – BERNAMA, 2022
- Appreciating Our Language, Our Cultural Heritage - The Malaysia Reserve, 2021
- Honouring Higher Education Educators - The Star, 2021
- Where Ideas Become Reality - New Straits Times, 2021
- Students Rise by Lifting Others - Free Malaysia Today, 2021
- Varsities Develop Future Leaders - New Straits Times, 2021
- Celebrating the Success of Women in Higher Education - The Star, 2021
- Simplifying Accommodation Search - New Straits Times, 2021
- PENJANA KPT-CAP to Boost Graduate Employability - New Straits Times, 2020
- Speech at the opening of the CWP Conference - The Parliamentarian, 2019
- The Commonwealth: Adding political value to global affairs in the 21st Century - The Parliamentarian 2019, 2019
- Women's Suffrage: A Prerequisite to the gender equality agenda - The Parliamentarian 2019
- Cyber Harassment Against Woman on Social Media - The Parliamentarian, 2019
- Economic Rights for Women - The Parliamentarian, 2018
- View from the CWP Chairperson - Women and democracy in Malaysia - The Parliamentarian, 2018
- If we want genuine positive change in the world, we need more women leaders. How can we persuade the word that the future is dependent on Gender Equality? - The Parliamentarian, 2017
- Women and Disabilities - The Parliamentarian 2017
- Networking between Parliaments and creating alliances - The Parliamentarian, 2017
- Job creation and growth: solutions to Inequality - The Parliamentarian, 2017
- Parliamentary Conference on the WTO - The Parliamentarian, 2017
Lihat juga Sunting
- Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2004
Rujukan Sunting
- ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 15 Oktober 2020.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 4 February 2017. Percentage figures based on total turnout.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati dari pilihan raya 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. SPR. Dicapai pada 24 March 2017. Cite has empty unknown parameter:
|1=
(bantuan) - ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-21. Dicapai pada 26 October 2014.
- ^ a b "SEMAKAN PENERIMA DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-29. Dicapai pada 25 October 2018.
- ^ "Malacca Governor's birthday honours list". The Star. 10 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-25. Dicapai pada 25 October 2018.
- ^ "Ismail Sabri heads list of recipients of Melaka State Awards". Bernama. 10 October 2020. Dicapai pada 10 October 2020.
- ^ "Ismail Sabri dahului senarai penerima darjah kebesaran Melaka" (dalam bahasa Malay). Berita Harian. 10 October 2020. Dicapai pada 10 October 2020.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Sultan of Pahang's 75th birthday honours list". The Star. 26 October 2018. Dicapai pada 25 October 2018.