Noraini Jane

Yang Berbahagia Dato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin ialah anak kepada Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin dan merupakan isteri kepada Raja Kecil Sulung Perak Yang Teramat Mulia Almarhum Raja Ashman Shah yang merupakan anakanda kepada Sultan Perak ke-34, Almarhum Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Almarhum Raja Ashman Shah telah dilantik sebagai Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak pada 16 Mac 2010 sehingga kemangkatannya pada 30 Mac 2012. Beliau juga memiliki raut wajah pan-asian kerana ibunya berketurunan British.

Noraini Jane
Yang Berbahagia Dato’ Seri
PasanganRaja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (kahwin.1991- mangkat.2012)
AnakandaRaja Eminah Alliyah
Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (Raja Kechil Sulung Perak)
Raja Bainunisa Safia
Nama penuh
Dato' Seri Noraini Jane binti Tan Sri Kamarul Ariffin
KerabatBukit Damansara, Selangor
AyahandaTan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin
PekerjaanPelakon

PendidikanSunting

Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara dan Garden International School, Bukit Kiara.

PerkahwinanSunting

Dato' Seri Noraini Jane telah berkahwin dengan Raja Ashman Shah pada 26 September 1991. Suaminya mangkat pada 30 Mac 2012 di rumah mereka di Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur akibat serangan asma.[1]

KerjayaSunting

Noraini Jane pernah berlakon filem Jasmin 1984 dan 1986 dan mendapat pengiktirafan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik 1984 . Beliau berlakon bersama Rosnani Jamil dalam filem arahan bapanya Tan Sri Kamarul Arrifin.

KeluargaSunting

Beliau memiliki tiga orang cahaya mata bersama suami, Yang Teramat Mulia Almarhum Dato’ Seri Raja Ashman Shah:

RujukanSunting