Norazlina Awang Had

Datin Seri Panglima Norazlina Awang Had merupakan bekas penyampai berita di ntv7 dan terkenal sebagai penyampai berita Edisi 7. Beliau menyertai ntv7 pada 1998 sebagai penyampai berita sehinggalah berhenti pada tahun 2006 untuk menumpukan perhatian kepada keluarga.


Norazlina Awang Had
Kelahiran (1975-03-22) 22 Mac 1975 (umur 49)
PekerjaanPenyampai berita
PasanganDatuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan (k. 1998)[1]
Ibu bapaTan Sri Awang Had Salleh (bapa)

Kerjaya dan kehidupan peribadi

sunting

Norazlina yang mendapat diploma dari Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing dilahirkan di Kuala Lumpur.Kemudian Norazlina menyambung pelajaran di Auckland University of Technology di Auckland, New Zealand untuk mendapatkan ijazah dalam bidang rekaan grafik.

Bapa beliau ialah Tan Sri Datuk Dr Awang Had Salleh, seorang ahli akademik yang terkenal. Tan Sri Datuk Dr Awang Had pernah memegang jawatan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM] dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga pernah menjadi penasihat pendidikan kepada Menteri Pendidikan.

Beliau mempunyai 2 orang anak iaitu Karisma Putera yang lahir pada 2000 dan Kencana Putera yang dilahirkan pada 2003. Suami beliau ialah Datuk Seri Abdul Rahman Datuk Hj Dahlan, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Rahman adalah bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Musa Hj Aman, Ketua Menteri Sabah.

Rujukan

sunting
  1. ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (22/07/1998). "Norazlina pembaca berita bukan artis". Utusan Online. Dicapai pada 1 Julai 2013. Check date values in: |date= (bantuan)