Din Search atau nama sebenarnya Nordin bin Mohd Taib (lahir 21 Julai 1963) merupakan seorang penerbit album dan pemain gitar irama kumpulan rock lagenda Search. Beliau yang mendapat jolokan King Of Rhythm mula menganggotai kumpulan tersebut pada tahun 1984 setelah beliau bertemu dengan rakan sekelasnya, Yazit Ahmad yang juga pemain dram Search di kelab Red Rooster, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan abang kepada Hamzah bin Mohd Taib atau Kid, pemain gitar utama Search selepas Hillary Ang yang juga pernah menganggotai kumpulan Gersang pada tahun 1986.

Din Search
Nama lahirNordin bin Mohd Taib
Juga dikenali sebagai
Din Search, Din Mayat
Kelahiran (1963-07-21) 21 Julai 1963 (umur 60)
Berasal dariJohor Bahru, Johor Johor, Malaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanPemuzik
InstrumenGitar Irama
Tahun aktif1984 hingga kini.
Syarikat rakaman
Polygram
PMC / BMG
Pengkarya berkait
Kumpulan Search

Latar Belakang sunting

Din dilahirkan dalam keluarga seni di mana beliau merupakan anak kepada komposer Allahyarham Taib Othman & juga anak saudara kepada Allahyarham Rahim Othman. Selain Kid, beliau juga mempunyai 2 orang adik yang turut mencipta nama dalam industri muzik tempatan iaitu Musa atau Lomaq, pemain bass Kumpulan Kris yang juga bekas anggota Kumpulan Mega dan Tambi yang merupakan pemain dram kumpulan Dejavu.

Biarpun Din lebih dikenali sebagai pemain gitar irama Search, terdapat beberapa lagu Search yang meletakkan Din sebagai pemain gitar utama, antaranya Gelora Cintaku, Mencari (instrumental) dan Seroja.