Noreen Noor
Noreen Noor atau nama sebenar, Noraini Mohamad Noor[2], merupakan salah seorang penyanyi serta pelakon yang dilahirkan di Singapura[3] sekitar 1970an hingga tahun 1980-an. Beliau juga pernah memenangi satu pertandingan nyanyian ketika berusia lima tahun dan ketika berkhidmat dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Noreen Noor | |
---|---|
![]() Kulit album Mekar Kembali | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Noraine binti Mohamad Nor |
Kelahiran | 1959[1] Singapura |
Kediaman | Kuala Lumpur |
Meninggal dunia | 22 Oktober 2013 (berumur 53–54) Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor |
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1980-an - 1990-an |
Syarikat rakaman | Columbia Broadcast System (CBS) |
Beliau telah mengeluarkan album pertamanya yang bertajuk Kepastian bersama syarikat rakaman Columbia Broadcast System (CBS) yang juga langkah pertamanya dalam bidang seni. Antara album yang dikeluarkan selepas itu ialah Dariku Untukmu, Air Mata dan Sunyi. Lagu-lagu beliau juga seringkali dimainkan di radio seperti lagu "Siang Terbayang Malam Merindu".
Selain daripada bernyanyi, beliau juga pernah menceburi bidang perfileman. Lakonan pertamanya adalah dalam filem Talak pada tahun 1984. Antara filem lain yang dibintangi beliau adalah seperti Hantu Siang (1986), Wira Angkasa (1987) dan Pelumba Malam (1989).[4]
Noraini Mohamad Noor memiliki hubungan keluarga dan merupakan dua pupu kepada Datuk Khadijah Ibrahim atau Khaty dari sebelah ibu.[5]
Noreen turut berlakon dalam filem Raya Tak Jadi (2011) arahan Prof Madya A Razak Mohaideen.[6]
Kehidupan peribadiSunting
Noraini pernah berkahwin dengan (Dato K) Tengku Kamaruzzaman Ibni Sultan Abu Bakar, Baharuddin Ngah dan Datuk Mokhtar Ahmad meninggalkan dua anak, Danial Baharuddin, 22, dan Diyana Tihani, 11 (anak angkat).
Pada 22 Oktober 2013, jam 5.50 pagi, Noraini Mohamad Noor telah meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri, Selangor akibat komplikasi buah pinggang dan jantung.[7], [8] Jenazahnya dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Pulai, Serkam Pantai, Melaka selepas solat Zohor.
DiskografiSunting
- Album pertama .Bila azwir khawin lagi 1974
Album Kepastian (Album pertama)
Dariku Untukmu (1984)
FilemSunting
- Talak (1984)
- Hantu Siang (1986)
- Wira Angkasa (1987)
- Pelumba Malam (1989)
- Cinta Metropolitan (1996)
- Raya Tak Jadi (2011)
• Balik Kampung (1986)
RujukanSunting
- ^ PENYANYI ERA 80-AN, NOREEN NOOR MENINGGAL DUNIA AWAL PAGI TADI.
- ^ Depan Mata: Kejutan Noreen Noor, Selebriti, myMetro Online.
- ^ "Saya masih ada - Noreen". Kosmo. 10 Mei 2009. Dicapai pada 23 September 2012.
- ^ "Saya masih ada - Noreen". Kosmo. 10 Mei 2009. Dicapai pada 23 September 2012.
- ^ Singer-actress Noreen Noor dies at 54.
- ^ Belasungkawa Noreen Nor (1959 - 2013): Alami komplikasi ginjal, jantung.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanawani
tidak disediakan - ^ Noreen Noor meninggal dunia akibat kompilakasi jantung, buah pinggang.