Norizam Tukiman, juga dikenali sebagai Zamburger atau Zamsaham ialah seorang pemilik kelab bola sepak Kelantan FC, usahawan burger dan makanan sejuk beku, pemilik hotel serta pelabur saham berketurunan Jawa. Beliau berasal dari Johor, Malaysia.

Norizam Tukiman
Kelahiran
Norizam bin Tukiman

WarganegaraMalaysia
Nama lainZamsaham
Zamburger
PendidikanDiploma dalam Strategi Kewangan di Universiti Oxford
PekerjaanUsahawan
Laman web rasmihttps://zamsaham.com

Pendidikan sunting

Norizam mendapat pendidikan dalam jurusan Diploma Analisis Pelaburan di Universiti Teknologi Mara Segamat, Johor dan menamatkan pengajian di peringkat Postgraduate Diploma dalam Strategi Kewangan di Universiti Oxford, England pada Jun 2021.[1]

Perniagaan sunting

 
Salah sebuah hotel milik Zamsaham yang terletak di Senai
  • Kelantan FC — Pada 3 September 2020, Zamsaham telah melabur sebanyak RM6.8 juta untuk menjadi pemilik saham syarikat The Red Wariors dan membeli pasukan Kelantan F.C..[2]
  • PSPS Riau – Pada 3 Mei 2021, Zamsaham melebarkan sayapya dalam industri bola sepak di negara jiran apabila sah menjadi pemilik baharu pasukan PSPS Riau yang bermain di Liga 2 Indonesia.[3]
  • Unclezam Holding Berhad – Norizam menjadi Pengerusi Eksekutif Kumpulan Unclezam Holding Berhad yang menjalankan operasi perniagaan dan pengeluaran produk makanan sejuk beku dan perkhidmatan katering kapal terbang.[4]
  • UZ Food Berhad
  • UZ Hotel Berhad
  • UncleZam Rice

Rujukan sunting

  1. ^ "Zamburger giat ambil alih hotel". Harian Metro. 21 Ogos 2021. Dicapai pada 2 Jun 2023.
  2. ^ Yatimin Abdullah (3 September 2020). "Zamsaham 'hero' Red Warriors". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2 Jun 2023.
  3. ^ Syafiq Aznan (3 Mei 2021). "Zamsaham beli kelab Indonesia". Berita Harian. Dicapai pada 2 Jun 2023.
  4. ^ Mohamad Hussin (25 April 2019). "RM100j pada 2020". Metro. Dicapai pada 2 Jun 2023.