Norma Basaruddin

(Dilencongkan dari Norma Yuzie)

Norma binti Basaruddin atau lebih dikenali sebagai Norma Yuzie merupakan seorang pelakon dan penyanyi terkenal pada 1970-an.

Norma Yuzie
Album M. Shariff bersama Norma Yuzie.
Latar belakang
Nama lahirNorma binti Basaruddin
Kelahiran(1948-07-12)12 Julai 1948
 Malaysia
Berasal dari Malaysia
Meninggal dunia20 Julai 1977(1977-07-20) (umur 29)
 Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, Pelakon
Tahun aktif1970-an

Filem sunting

Sepanjang terbabit dalam bidang seni, Norma pernah berlakon dalam filem Cinta & Lagu dan sering muncul dalam drama televisyen, manakala, filem terakhir lakonannya ialah Pendekar terbitan Deddy M. Borhan dari Sabah Films.

Kematian sunting

Norma Yuzie meninggal dalam satu kemalangan jalan raya di Batu 3 1/4, Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada 20 Julai 1977 hanya selepas beberapa hari menyambut hari lahir beliau yang ke-29. Ia menjadi berita muka depan kebanyakan akhbar harian utama tempatan, termasuk Berita Harian ketika itu.[1]

Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, kereta jenis Fiat Sport yang dipandu Norma terbabas sebelum melanggar tiang lampu berhampiran sebuah kuil di laluan berkenaan, menyebabkan kereta terbabit remuk teruk, malah salah satu tayar depannya tercabut.

Beliau mengalami kecederaan teruk di kepala meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur. Jenazahnya kemudian dibawa pulang ke kampungnya di Butterworth sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bagan Dalam bersebelahan pusara ayahnya.

Norma merupakan seorang ibu tunggal meninggalkan dua anak lelaki, Zaini Yuhyi dan Zahani Yuhyi, yang masing-masing ketika itu berusia 10 dan 8 tahun.

Rujukan sunting

  1. ^ "Norma Yuzie maut nahas jalan raya, Oleh Hardi Effendi Yaacob". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-17. Dicapai pada 2008-11-18.