Normala Omar
Pelakon veteran wanita Malaysia
Datin Normala binti Omar (lahir 3 Julai 1958) ialah seorang pelakon wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam televisyen dan filem. Beliau ialah isteri kepada pelakon Zulkifli Zain.
Normala Omar | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1976–kini |
Pasangan | Zulkifli Zain (k. 1975; m. 2020) |
Anak | 5 (termasuk Norzizi) |
Kehidupan peribadiSunting
Normala berkahwin dengan pelakon Zulkifli Zain pada 17 Disember 1975 dan dikurniakan lima anak. Anak-anak beliau hasil perkongsian hidup bersama Zulkifli ialah Norzizi, Norzaza, Norzazila, Norzazleen dan Mohd Noor Zabaiq.[1]
Zulkifli meninggal dunia pada 5 September 2020. Normala mendedahkan dalam satu temuramah bahawa perkahwinannya bersama Zulkifli tidak direstui keluarga.[2]
KesihatanSunting
Pada Ramadan 2016, Normala patah kaki kiri akibat terjatuh dari katil menyebabkan beliau tidak dapat bergerak untuk menjaga suaminya.[3]
RujukanSunting
- ^ Syafiqah Jalal (18 Disember 2019). "Contohi pasangan artis yang berjaya mengekalkan keharmonian rumah tangga" - Sambut ulang tahun ke-44, Zulkifli Zain dan Normala Omar dipuji Astro Gempak. Dicapai pada 14 September 2020.
- ^ Normala, Zulkifli setia harungi dugaan Harian Metro. 7 September 2020. Dicapai pada 14 September 2020.
- ^ Normala Omar: Tak sangka kami sakit pun sama-sama My Buletin Malaysia. 27 Julai 2016. Dicapai pada 15 September 2020.
Pautan luarSunting
Rencana berkenaan biografi ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |
Rencana mengenai pelakon Malaysia ini ialah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |