Norodom Sihanouk
Preah Bat Samdech Preah Norodom Sihanouk Varman (Khmer: នរោត្តម សីហនុ; 31 Oktober 1922 – 15 Oktober 2012) merupakan bekas Raja Kemboja. Setelah turun takhta pada 7 Oktober 2004 baginda mengambil gelaran Putera. Baginda dilahirkan di Phnom Penh, anakanda lelaki kepada Raja Norodom Suramarit dan Ratu Sisowath Kossamak.
Norodom Sihanouk នរោត្តម សីហនុ نورودوم سيهانوءوق | |||||
---|---|---|---|---|---|
Raja Kemboja Indochina Perancis (Penggal pertama) | |||||
Pemerintahan | 25 April 1941 – 2 Mac 1955 | ||||
Kemahkotaan | September 1941 | ||||
Didahului oleh | Sisowath Monivong | ||||
Diikuti oleh | Norodom Suramarit | ||||
Raja Kemboja (Penggal ke-2) | |||||
Pemerintahan | 24 September 1993 – 7 Oktober 2004 | ||||
Didahului oleh | Chea Sim | ||||
Diikuti oleh | Norodom Sihamoni | ||||
Keputeraan | Phnom Penh, Indochina Perancis | 31 Oktober 1922||||
Kemangkatan | 15 Oktober 2012 Beijing, China | (umur 89)||||
Pasangan | Norodom Monineath
(sejak 12 April 1952) | ||||
Anakanda | 14 anak | ||||
| |||||
Kerabat | Kerabat Norodom | ||||
Ayahanda | Norodom Suramarit | ||||
Bonda | Sisowath Kossamak | ||||
Agama | Agama Buddha | ||||
Tandatangan |
Norodom Sihanouk | |
---|---|
Dalam jawatan 18 Mac 1945 – 13 Ogos 1945 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Digantikan oleh | Son Ngoc Thanh |
Dalam jawatan 28 April 1950 – 30 Mei 1950 | |
Didahului oleh | Yem Sambaur |
Digantikan oleh | Samdech Krom Luong Sisowath Monipong |
Dalam jawatan 16 Jun 1952 – 24 Januari 1953 | |
Didahului oleh | Huy Kanthoul |
Digantikan oleh | Penn Nouth |
Dalam jawatan 7 April 1954 – 18 April 1954 | |
Didahului oleh | Chan Nak |
Digantikan oleh | Penn Nouth |
Dalam jawatan 3 Oktober 1955 – 5 Januari 1956 | |
Didahului oleh | Leng Ngeth |
Digantikan oleh | Oum Chheang Sun |
Dalam jawatan 1 Mac 1956 – 24 Mac 1956 | |
Didahului oleh | Oum Chheang Sun |
Digantikan oleh | Khim Tit |
Dalam jawatan 15 September 1956 – 15 Oktober 1956 | |
Didahului oleh | Khim Tit |
Digantikan oleh | San Yun |
Dalam jawatan 9 April 1957 – 7 Julai 1957 | |
Didahului oleh | Sam Yun |
Digantikan oleh | Sim Var |
Dalam jawatan 3 April 1960 – 19 April 1960 | |
Didahului oleh | Diri sendiri (sebagai PM Kerajaan Kemboja Bebas |
Digantikan oleh | Pho Proeung |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | Sangkum Reastr Niyum |
Bidang pengkhususan | Ahli politik |
Sepanjang sejarah Kemboja yang berceramuk baginda memegang begitu banyak jawatan sehinggakan Guinness Book of World Records mengenal pasti beliau sebagai ahli politik yang menjawat jawatan politik paling pelbagai. Ini termasuk dua penggal sebagai raja, satu sebagai presiden, dua sebagai perdana menteri, dan satu sebagai ketua negara tanpa gelaran Kemboja, termasuk pelbagai jawatan sebagai ketua dalam pelbagai kerajaan buangan.
Baginda mendapat pelajaran rendah di sekolah rendah Phnom Penh, Ecole Francois Baudoin. Baginda menyambung pelajaran menengah di Saigon (sekarang Bandar Ho Chi Minh), Vietnam dan semenjak itu menghadiri sekolah tentera di Saumur, Perancis. Apabila nenda lelaki sebelah bondanya, Raja Sisowath Monivong, meninggal pada 23 April 1941, Majlis Mahkota Crown Council melantik Putera Sihanouk sebagai Raja Kambodia, selepas baginda dimahkotakan pada bulan September tahun yang sama. Khabar angin bertiup pada masa itu bahawa perlantikan baginda disebabkan oleh pengaruh Perancis.
Selepas Perang Dunia II dan pada awal 1950-an, matlamat politik Raja Sihanouk cenderung ke arah nasionalisme dan baginda mula menyuarakan tuntutan agar Perancis memberikan kemerdekaan dan keluar daripada Kemboja, mencerminkan semangat kebanyakan negara di kawasan tersebut, termasuk Vietnam, Thailand, dan Laos. Baginda membuang diri ke Thailand pada 1952 dan enggan kembali sehingga kemerdekaan diberikan. Baginda kembali apabila permintaan baginda berjaya dan negaranya diberikan kemerdekaan pada 9 November 1953. Pada 2 Mac 1955, baginda turun takhta bagi memberi laluan kepada ayahanda baginda, menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Kambodia beberapa bulan kemudian. Selepas kemangkatan ayahanda baginda pada tahun 1960, baginda sekali lagi dilantik sebagai ketua negara, tetapi tidak dikurniakan gelaran 'Raja'.
Ketika Perang Vietnam berceramuk, Sihanouk cuba mengekalkan Kemboja sebagai negara berkecuali. Bergilir-gilir menyokong Republik Rakyat China dan Amerika Syarikat dan kemudiannya meyokong polisi Jalan Ketiga, baginda bagaimanapun gagal dalam usaha menghalang perperangan dari merebak sehingga ke dalam negara baginda. Pada Mac 1970, ketika baginda berada di luar negara, satu kudeta yang diatur oleh Lon Nol berlaku yang menyingkir beliau daripada kuasa. Selepas rampasan kuasa Putera Sihanouk melarikan diri ke Beijing dan menyusun pasukan untuk menentang kerajaan Lon Nol di Phnom Penh. Apabila Republik Khmer jatuh ke tangan Khmer Rouge pada April 1975, Putera Sihanouk menjadi simbol ketua negara sementara Pol Pot kekal menjadi kuasa di belakang takhta. Pada tahun berikutnya, pada 4 April, Sihanouk sekali lagi disingkir dari jawatannya dan bersara dari politik. Baginda sekali lagi mencari perlindungan di Republik Rakyat China dan Korea Utara.
Pencerobohan Vietnam ke atas Kambodia pada bulan Disember 1978 menyingkirkan Khmer Rouge. Walaupun berhati-hati dengan Khmer Rouge, Putera Sihanouk akhirnya bergabung tenaga dengan mereka agar dapat membentuk barisan bersatu menentang Vietnam. Pada 1982, baginda menjadi presiden Coalition Government of Democratic Kampuchea (CGDK), yang merangkumi parti FUNCINPEC-nya, KPNLF Son Sann dan Khmer Rouge. Vietnam berundur pada tahun 1989, meninggalkan kerajaan pro-Vietnam dibawah pemerintahan Perdana Menteri Hun Sen yang dikenali sebagai People's Republic of Kampuchea.
Perundingan damai antara CGDK dan PRK bermula tidak lama kemudian dan berlanjutan sehingga 1991 apabila semua pihak bersetuju untuk penyelesaian lengkap yang ditanda tangani di Paris. Putera Sihanouk kembali sekali lagi ke Kambodia pada 14 November 1991 selepas tiga belas tahun dalam buangan.
Pada tahun 1993, Yang Maha Mulia Norodom Sihanouk dilantik kembali sebagai Raja Kambodia dan anakandanya H.R.H. Norodom Ranariddh bermesyuarat dengan Madame Marie de Roland-Peel, General Secretary kepada British Committee for Free Vietnam, Laos, Cambodia & Burma dan mereka bersetuju untuk memasuki Southeast Asia Imperial & Royal League, diketuai oleh H.I.H. Putera Nguyen Phuc Buu Chanh dari Vietnam.
Semenjak kepulangannya kesihatannya terganggu dan banyak khabar angin menyatakan bahawa baginda akan menuruni takhta sekali lagi. Sepanjang awal 2004, baginda berulang beberapa kali ke Beijing, China, untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Minat masa lapang Sihanouk termasuk filem dan muzik. Baginda merupakan pembuat filem sepanjang tahun, mengarah banyak filem dan karangan muzik. Dia merupakan salah seorang ketua negara dalam kawasan ini yang mempunyai laman web tersendiri, yang mempunyai pengikut sendiri, menarik lebih seribu pelawat sehari, sejumlah besar dari pengguna Internet negaranya. Kenyataan Di Raja diletakkan di situ setiap hari untuk dibaca rakyatnya.
Raja Sihanouk masuk dalam buangan sendiri pada Januari 2004, menetap di Pyongyang, Korea Utara, dan Beijing, China. Baginda mengumumkan penurunan takhtanya pada 7 Oktober 2004. Seminggu selepas itu, pada 14 Oktober, salah seorang putera baginda, Norodom Sihamoni dilantik menggantikannya. Pada Oktober 2004, Norodom turun takhta.
Kemangkatan
suntingPada 15 Oktober 2012, baginda mangkat akibat serangan jantung di Beijing pada usia 89 tahun. Pembantu peribadinya Putera Sisowath Thomico memaklumkan bahawa baginda bersemayam di Beijing sejak Januari 2012. Beliau sepatutnya berumur 90 tahun pada 31 Oktober 2012 . Mayat baginda dibawa dari China kembali ke Phnom Penh untuk upacara pemakaman di istana diraja menurut tradisi Kemboja. [1]