Norreen Iman
Norreen Iman Abdullah (Jawi) نورين ايمان بنت عبدالله ; lahir 14 Mac 1994) ialah seorang personaliti media sosial dan pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan drama lakonannya seperti Pelindung Seorang Puteri, Rindu Awak Separuh Nyawa dan Jangan Ganggu Jodohku.[1]
Norreen Iman | |
---|---|
Kelahiran | Norreen Iman binti Abdullah 14 Mac 1994 |
Pendidikan | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) |
Pekerjaan | Personaliti media sosial, pelakon |
Tahun aktif | 2020–kini |
Anak-anak | 2 |
Kerjaya sunting
Norreen Iman memulakan kerjaya awalnya sebagai pengurus akaun dan ejen insurans, reviewer dan seterusnya menjadi peniaga nasi lemak yang terkenal di bukit bintang . Beliau kemudian menempa nama sebagai personaliti media sosial.
Kerjaya lakonannya bermula menerusi siri drama Pelindung Seorang Puteri (2020) yang dibintangi oleh pelakon senior, Farid Kamil dan Lisa Surihani. Ini kemudian diikuti oleh 2 drama TV lakonannya pada tahun berikutnya, Rindu Awak Separuh Nyawa sebagai Qistina dan Jangan Ganggu Jodohku sebagai Shahida serta telefilem Delen sebagai Cupak.
Dia juga dikenali sebagai "influencer" yang memotong barisan ketika menghadiri konsert Billie Eilish di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kehidupan peribadi sunting
Norreen telah berkahwin dan dikurniakan 2 anak bersama suaminya.
Ibunya, Nor'aini Jaafar yang juga nenek kepada dua cucu, pernah menjadi tular kerana menamatkan pengajian diploma dalam bidang terapi di usia 58 tahun yang mana kos yuran pengajiannya ditanggung sepenuhnya oleh Norreen yang ingin melihat ibunya mencapai cita-cita menjadi ahli terapi.[2]
Filemografi sunting
Drama sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Pelindung Seorang Puteri | Muna | Astro Ria | Drama pertama |
2021 | Yang Bakal Mati Ramadan Ini | Lynn | Awesome TV | |
Rindu Awak Separuh Nyawa | Qistina | Astro Ria | ||
2021–2022 | Jangan Ganggu Jodohku | Shahida | ||
2022 | Bisik Bisik Gelora | Izzati | TV3 | |
Ash & Aish | Kak Wati | Astro Ria | ||
Gila Viral | Ladyku | Astro Warna | ||
Cina Buta | Norreen | Astro Ria | ||
2023 | Gadis Exxtra: Saiz Bukan Ukuran | Shahira | ||
Aku Hanim | Hazo |
Telefilem sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2021 | Delen | Cupak | Astro Citra |
2022 | Kami Blackpinky | Rosemah | Awesome TV |
London With Love | Didi | Sooka | |
2023 | Bisik Bisik Gelora Raya | Izzati | TV3 |
Televisyen sunting
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2021 | Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom | Dirinya sendiri/Tetamu jemputan | TV1 |
Iklan sunting
Tahun | Tajuk |
---|---|
2001 | Raya Petronas: Ombak Jahat |
2002 | Piala Dunia FIFA 2002: Makan Bola |
Piala Dunia FIFA 2002: Pasu Pecah |
Anugerah dan pencalonan sunting
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 | Artis Baharu Wanita Popular | Dirinya sendiri | Tercalon | [3] |
Rujukan sunting
- ^ "LAKONAN NORREEN IMAN DALAM DRAMA RINDU AWAK SEPARUH NYAWA DIPUJI RAMAI". OiJom. 3 Jun 2021. Dicapai pada 26 Jun 2022.
- ^ Nadia Shaiful Bahari (17 November 2018). "Nenek dua cucu sanggup ambil diploma demi jadi ahli terapi". mStar Online. Dicapai pada 26 Jun 2022.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (12 Oktober 2021). "'Cita rasa pengundi sukar dijangka'". Berita Harian. Dicapai pada 26 Jun 2022.