Buka menu utama

Norshahrul Idlan bin Talaha (lahir pada 8 Jun 1986 di Besut, Terengganu) adalah pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Pahang. Beliau adalah pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dan telah menjadi pemain ternama semasa bermain dengan Kelantan FA. Pada masa ini beliau bermain untuk pasukan ATM FA di Liga Super Malaysia sebagai pemain penyerang. Dengan lariannya yang kencang, kemahiran menggelicik dan menyerang secara bersendirian,[perlu rujukan] banyak pihak mempertimbangkan beliau sebagai penyerang terbaik di Malaysia pada zaman ini selepas memenangi kategori Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai buat tahun ketiga berturut-turut pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012.[1]

Norshahrul Idlan
Maklumat peribadi
Nama penuhNorshahrul Idlan bin Talaha
Tarikh lahir (1986-06-08) 8 Jun 1986 (umur 33)
Tempat lahirBesut, Terengganu, Malaysia
Ketinggian1.71 m (5 ka 7 in)
Posisi permainanPenyerang
Maklumat kelab
Kelab terkiniPahang
Nombor9
Kerjaya remaja
1998–2002Piala Presiden Perak
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2003–2005Perak34(29)
2006Negeri Sembilan22(14)
2007–2009UPB-MyTeam75(51)
2010–2012Kelantan70(56)
2013–2014Johor Darul Ta'zim35(20)
2015–2015ATM21(15)
2015–2016Terengganu30(2)
2017Felda United19(4)
2018–Pahang17(2)
Pasukan kebangsaan
2003–2004Malaysia Malaysia B-2114(8)
2006–Malaysia Malaysia B-2313(9)
2007–Malaysia Malaysia57(7)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 26 November 2012.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 2 Disember 2012

KerjayaSunting

Perak FASunting

Walaupun Norshahrul dilahirkan di Besut, Terengganu tetapi beliau telah berpindah ke negeri Perak semasa beliau berusia 3 tahun. Beliau menyertai sekolah tempatan dan mula bermain bagi pasukan Piala Presiden Perak semasa berusia 14 tahun. Kemudian, beliau dinaikkan taraf untuk bermain bagi pasukan senior Perak pada tahun 2003. Kebanyakannya beliau adalah pemain gantian bagi Perak dan kadangkala bermain bagi pasukan simpanan. Selepas itu, beliau ditawarkan untuk bermain bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 20 tahun di Kejohanan Belia AFC 2004 yang telah diadakan di Malaysia. Beliau telah menghasilkan tendangan jauh dan menjaringkan satu gol bagi Malaysia. Kemudiannya Malaysia hanya layak ke suku akhir. Selepas kejohanan ini, beliau menjadi penyerang biasa bagi Perak.

Negeri Sembilan FASunting

Norshahrul menyertai Negeri Sembilan FA pada 2006 hanya untuk bermain selama setahun.

UPB-MyTeam FCSunting

Kemudian beliau ditawarkan untuk menyertai kelab yang baru dibentuk, UPB-MyTeam FC. Beliau adalah salah seorang daripada pemain utama dan menjadi penjaring terbanyak sebanyak 14 gol.[perlu rujukan]

Kelantan FASunting

Selepas UPB-MyTeam FC ditamatkan perkhidmatannya, beliau menyertai Kelantan FA. Beliau menjadi penjaring terbanyak semasa musim pertamanya di Kelantan FA. Semasa ketiga-tiga musim dengan Kelantan FA, beliau mencapai banyak kejayaan bersama-sama dengan pasukan khususnya pada musim 2012 selepas membantu pasukannya menyempurnakan treble dengan memenangi Piala Malaysia 2012. Beliau juga telah memenangi banyak anugerah individu seperti Anugerah Bolasepak Kebangsaan sebagai Penyerang Terbaik dan Pemain Paling Bernilai.

Johor Darul Takzim FCSunting

Selepas tiga musim di kelab terbaik Malaysia, Norshahrul meninggalkan Kelantan FA untuk menyertai Johor Darul Takzim FC dengan yuran perpindahan yang tidak dinyatakan, dipercayai sekitar RM1 juta (Masih belum dipastikan kerana masih lagi di dalam peringkat rundingan). [2] persembahan yang hambar sepanjang berada di johor membuatkan beliau berpindah ke pasukan ATM FA.

Kerjaya antarabangsaSunting

Norshahrul mewakili pasukan Malaysia sejak dari peringkat remaja lagi. Dia pernah bermain di kejohanan Belia Asia 2004. Dia juga salah seorang anggota pasukan yang memenangi Pestabola Merdeka 2007.

Norshahrul mendapat kaps pertama dalam perlawanan antarabangsa 'A' ketika menentang Bahrain pada 28 Oktober 2007 ketika menggantikan Sumardi Hajalan.

Gol antarabangsaSunting

# Tarikh Tempat Lawan Keputusan Perlawanan
1. 2 Disember, 2009 Vientiane, Laos   Timor-Leste 11-0 (M) Sukan Asia Tenggara 2009

PencapaianSunting

Tahun Pertandingan Pasukan Catatan
2010 Liga Super Malaysia   Kelantan FA Naib Juara (Format Liga)
Piala Malaysia   Kelantan FA Juara
2011 Piala Sumbangsih   Kelantan FA Juara
Piala FA   Kelantan FA Naib Juara
Liga Super Malaysia   Kelantan FA Juara (Format Liga)
2012 Piala Sumbangsih   Kelantan FA Naib Juara
Piala FA   Kelantan FA Juara
Liga Super Malaysia   Kelantan FA Juara (Format Liga)
Piala Malaysia   Kelantan FA Juara
2013 Liga Super Malaysia   Darul Takzim FC Tempat ketiga (Format Liga)
Piala FA Malaysia   Darul Takzim FC Naib Juara
2014 Liga Super Malaysia   Johor Darul Ta'zim FC Juara (Format Liga)
Piala Malaysia   Johor Darul Ta'zim FC Naib Juara

AnugerahSunting

Norshahrul menerima Pingat Setia Mahkota Kelantan (PS) sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan ke 42.

Anugerah Bola Sepak KebangsaanSunting

Musim Kategori
2012 Pemain Paling Bernilai Supermokh[3]
2012 Penyerang Terbaik[3]
2011 Pemain Paling Bernilai Supermokh[1]
2011 Penyerang Terbaik[1]
2010 Pemain Paling Bernilai[1]
2010 Penyerang Terbaik[1]

RujukanSunting

  1. ^ a b c d e Nor Aziran Yunus. "Norshahrul terbaik". Kosmo! Online. Dicapai 1 November 2013. 
  2. ^ RM1 juta berbaloi untuk dapatkan Mat Yo, Utusan Online, 4 November 2012
  3. ^ a b Syed Riduan Ahmad (09-10-13). "Kelantan kuasai anugerah bola sepak". Berita Harian. Dicapai 1 November 2013.  Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luarSunting