Buka menu utama

Northrop F-5A Freedom Fighter adalah sebuah pesawat pejuang kos rendah yang sesuai digunakan oleh pasukan tentera udara kecil-kecilan untuk cuba untuk mengendalikan pesawat pejuang supersonik. Pesawat ini mula dibina oleh syarikat Northrop dalam tahun 1962.

F-5A/B Freedom Fighter
F-5E/F Tiger II
Northrop F-5E (Tail No. 11419) (cropped).jpg
F-5E Tiger II versi awal milik Tentera Udara A.S
Peranan Pejuang / penyerang
Pengeluar Northrop
Penerbangan sulung F-5A: 30 Julai 1959
F-5E: 11 Ogos 1972
Mula digunakan 1962
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Tentera Udara Filipina
Tentera Udara Brazil
Lihat Pengguna bagi senarai lengkap Tentera Udara Malaysia
Jumlah dibina A/B/C: 836
E/F: 1,400+
Kos seunit F-5E: AS$2.1 juta[1]
Dibangunkan dari T-38 Talon
Kelainan Canadair CF-5
F-20 Tigershark

Latar BelakangSunting

Pesawat ini ada mulanya dibuat sebagai sebuah pesawat kos rendah yang memerlukan senggaraan yang mudah untuk dikendalikan. Ia dibuat untuk pengendalian oleh pasukan tentera yang tidak mempunyai pengalaman mengendalikan jet pejuang supersonik. Tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat enggan membeli pesawat ini kerana terlalu ringan untuk kegunaannya, tetapi berminat dengan versi pesawat latihan (kemudiannya menjadi T-38 Talon untuk kegunaan sebagai pesawat latihan penerbangan supersonik.

Apabila Presiden John F. Kennedy mengambil tampuk pemerintahan, Pentadbirannya dengan agresif mahu memerangi pengaruh Soviet Union, khususnya di negara-negara membangun. Perhatian mereka beralih kepada reka bentuk N-156F buatan Northrop, dan menjadi pesawat F-5A Freedom Fighter. Pesanan pertama diterima dalam tahun 1964 untuk pembekalan kepada Tentera Udara Diraja Norway. Akhirnya 636 buah pesawat F-5A dibina sehingga pengeluaran berakhir dalam tahun 1972.

Perang VietnamSunting

Tentera Udara Amerika Syarikat membuat penilaian pesawat F-5A di bawah program the Skoshi Tiger dalam tahun 1965. 12 buat pesawat dihantar untuk penilaian oleh Kumpulan Pejuang Taktikal ke 4503 (4503 TFW) dan diberikan penamaan F-5C. kumpulan ini mengadakan 3,500 penerbangan dari Bien Hoa di Vietnam Selatan dengan mengalami dua pesawat musnah. Tetapi Tentera Udara Amerika Syarikat mendapati pesawat F-5 tidak sesuai untuk kegunaan mereka. Pesawat-pesawat itu dipindahkan kepada Tentera Udara Vietnam Selatan. Vietnam Selatan mahukan pesawat F-4 Phantom, tetapi tidak diendahkan oleh Amerika Syarikat. Sebaliknya, mereka berpendapat pesawat F-5 setanding dengan pesawat supersonik yang digunakan oleh Vietnam Utara. Pesawat F-5 Vietnam Selatan menjalankan misi serangan darat untuk membantu pasukan tentera darat.

Perkhidmatan pesawat F-5 freedom Fighter dalam perkhidmatan Vietnam Selatan mendukacitakan kerana mempunyai ketepatan mengebom yang kurang baik. Selepas pengunduran Amerika Syarikat dari Vietnam Selatan dalam tahun 1973 melihat peningkatan bantuan tentera kepada Vietnam. Sejumlah 126 buah pesawat F-5A dihantar ke Vietnam, kebanyakannya menggunakan pesawat yang dahulunya digunakan oleh Taiwan, Korea Selatan dan Iran yang bertukar menggunakan pesawat F-5E Tiger II yang lebih berkeupayaan.

Menjelang tahun 1974, Vietnam mengendalikan 4 skuadron pesawat F-5A dan 3 skuadron F-5E. 36 buah pesawat F-5A yang lain diletakkan sebagai simpanan. Semasa serangan Vietnam Utara dalam tahun 1975, juru terbang Vietnam Selatan dapat melarikan 4 pesawat F-5A dan 22 pesawat F-5E mereka ke Thailand, dan kemudiannya dipulangkan kepada Amerika Syarikat.

87 buah pesawat F-5A dan F-5B ditawan oleh Vietnam dan digunakan oleh Tentera Udara Vietnam. Selepas kejatuhan Vietnam Selatan, pesawat-pesawat F-5 yang ditawan digunakan oleh Vietnam dalam peperangan di Kemboja, khususnya untuk mengebom kedudukan Khmer Rouge. Kerana kesukaran mendapatkan alat ganti, pesawat-pesawat F-5A dihentikan penggunaannya.

KelainanSunting

Rencana utama: Northrop F5E

Versi satu tempat dudukSunting

N-156F
Prototaip satu tempat duduk. Hanya 3 buah pesawat telah dibina.
YF-5A
3 buah prototaip ini telah diserahkan kepada Tentera Udara Amerika Syarikat dengan pengenalan YF-5A.
F-5A
Versi pesawat pejuang satu tempat duduk.
F-5A (G)
Versi pesawat pejuang F-5A satu tempat duduk untuk Tentera Udara Diraja Norway.
XF-5A
Pengenalan ini diberi kepada sebuah pesawat yang digunakan untuk ujian statik.
F-5C Skoshi Tiger
12 buah pesawat F-5A Freedom Fighters, diuji oleh Tentera Udara Amerika Syarikat selama 4 1/2 bulan di Vietnam.
F-5E Tiger II
Pesawat pejuang satu tempat duduk.
F-5E Tiger III
Versi tingkat upaya pesawat F-5E yang digunakan oleh Tentera Udara Chile.
F-5F Tiger II
Versi satu tempat duduk untuk Tentera Udara Tunisia
F-5G
Pengenalan sementara yang diberikan untuk F-20A Tigershark.
F-5N
Pesawat F-5E bekas Tentera Udara Switzerland telah digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat sebagai pesawat "penceroboh", bertujuan untuk mengantikan pesawat F-5E Tentera Laut A.S. dan Kor Marin Tentera Laut A.S yang sudah lama berperanan sebagai pesawat lawan, pesawat ini dijangka akan digunakan sehingga tahun 2015.[2]
F-5S
Pesawat F-5E yang ditingakat upaya untuk Angkatan Udara Republik Singapura. Berupaya untuk melancarkan peluru berpandu AIM-120 AMRAAM.
F-5T Tigris
Pesawat F-5E yang ditingakat upaya untuk Tentera Udara Diraja Thailand oleh Israel.
F-5EM
Pesawat F-5E yang ditingakat upaya untuk Tentera Udara Brazil.

Versi pesawat pengawasanSunting

RF-5A
Versi pesawat pengawasan F-5A satu tempat duduk.
RF-5A (G)
Versi pesawat pengawasan F-5A satu tempat duduk untuk Tentera Udara Diraja Norway.
RF-5E Tigereye
Versi pesawat pengawasan F-5E satu tempat duduk. Pesawat RF-5E Tigereye telah dieksport ke Arab Saudi, Iran dan Malaysia.
RF-5E Tigergazer
Versi pesawat pengawasan F-5E satu tempat duduk yang ditingkat upaya. Pesawat Tigergazer sekarang masih berkhidmat dengan Taiwan.
RF-5S Tigereye
Versi pesawat pengawasan F-5S satu tempat duduk untuk Angkatan Udara Republik Singapura.

Versi 2 tempat dudukSunting

F-5-21
Pengenal diberi sementara kepada pesawat YF-5B.
YF-5B
Sebuah pesawat F-5B telah dilengkapi dengan enjin 5,000 lb kuasa tujahan (2,268 kg) General Electric J85-GE-21, dan digunakan sebagai prototaip untuk pesawat F-5E Tiger II.
F-5B
Versi pesawat latihan 2 tempat duduk.
F-5B(G)
Versi pesawat latihan F-5B 2 tempat duduk untuk Tentera Udara Diraja Norway.
F-5D
Versi latihan yang tidak pernah dibina.
F-5F Tiger II
Versi pesawat latihan 2 tempat duduk.
F-5F Tiger III
Versi tingkat upaya pesawat F-5F yang digunakan oleh Tentera Udara Chile.
F-5T
Versi tingkat upaya pesawat F-5F yang digunakan oleh Tentera Udara Republik Singapura.
F-5FM
Versi tingkat upaya pesawat F-5F untuk Tentera Udara Brazil.

PenggunaSunting

 
Pengguna pesawat Northrop F-5 Tiger
 
F-5A Freedom Fighter
  Austria 
Dipinjam daripada Switzerland
  Bahrain
  Botswana
  Brazil 
Tentera Udara Brazil
  Kanada 
Tentera Udara Diraja Kanada
  Chile 
Tentera Udara Chile
  Ethiopia
  Greece
  Honduras
  Indonesia 
Tentera Udara Indonesia : Kesemua 16 buah pesawat F-5E telah dihentikan perkhidmatannya pada hujung tahun 2005 tetapi masih disimpan untuk kegunaan masa depan.
  Iran 
Tentera Udara Republik Islam Iran : 60 atau 75 F-5D/E masih beroperasi; daripada sejumlah 140 buah pesawat awal
  Jordan
  Kenya
  Libya
  Malaysia 
Tentera Udara Diraja Malaysia
  Mexico 
Mengoperasi 6 buah F-5E dan 2 buah F-5F
  Maghribi
  Belanda 
Tentera Udara Diraja Belanda
  Norway 
Tentera Udara Diraja Norway
  Pakistan 
Dipinjam sementara daripada negara lain semasa perang menentang India.
  Filipina 
Kebanyakan pesawat F-5 dibersarakan pada hujung tahun 2006, kecuali pesawat F-5B untuk tingkat upaya.
  Taiwan 
Pertama kali menerima pesawat F-5A/B pada 1965. Dari tahun 1973 hingga 1986, Taiwan telah mengeluarkan 308 buah pesawat F-5E/F dibawah lesen. Kumpulan berikutnya mempunyai gaya F-20 dengan muncung yang rata dan LERX yang dibesarkan.[3]
  Korea Selatan 
Tentera Udara Republik Korea
  Arab Saudi 
Tentera Udara Diraja Arab Saudi
  Singapura 
Angkatan Udara Republik Singapura
  Sepanyol 
Tentera Udara Sepanyol
  South Vietnam 
Tentera Udara Vietnam Selatan
  Vietnam 
Tentera Udara Rakyat Vietnam (beberapa buah telah ditawan daripada bekas Tentera Udara Vietnam Selatan)
  Switzerland
  Thailand 
Tentera Udara Diraja Thailand : Perkhidmatan F-5A/B/E akan dihentikan pada 2011 dan akan digantikan dengan JAS 39 Gripen. Pesawat F-5T Tigris masih akan digunakan.
  Tunisia
  Turki 
Tentera Udara Turki
  Amerika Syarikat 
Tentera Udara Amerika Syarikat, Kor Marin Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat
  Venezuela
  Yemen

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ Knaack, Marcelle Size. Encyclopedia of US Air Force Aircraft and Missile Systems: Volume 1, Post-World War II Fighters, 1945-1973. Washington, DC: Office of Air Force History, 1978. ISBN 0-912799-59-5.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan USN F-5N tidak disediakan
  3. ^ Joe Baugher. Pesawat Northrop F-5E/F dalam perkhidmatan dengan Taiwan

Pautan LuarSunting