Nota Buat Cempaka adalah drama bersiri Malaysia 2019 yang bertemakan cinta yang diadaptasi dari sebuah novel yang sama tajuk karya Sophilea. [1]

Nota Buat Cempaka
Genre
Ditulis olehSofia J Rhyland
PengarahLizam Togil Ujang
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanLuluh - Khai Bahar
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifAmilia Amrina Affifudin
PenerbitDatin Wan Kalsom Wan Yusof
Syarikat penerbitan
A Ten Alliance
Penyiaran
Saluran asalRTM (Slot Widuri)
Siaran asal6 Jun 201926 Julai 2019
Kronologi
MengikutiAku Yang Kau Tinggalkan
Diikuti olehSkin Sentuh Cinta Eryna

SinopsisSunting

Cempaka Elina yang bekerja sebagai jururawat mempunyai kekasih bernama Fikry. Walaupun hubungannya dengan Fikry ditentang keluarga, dia tetap memperjuangkan cintanya itu. Bagaimanapun, Fikry memalukan Cempaka dan ahli keluarganya apabila tidak hadir pada majlis pernikahan mereka. Bagi membalas rasa malu yang ditimbulkan Cempaka, dia harus akur dengan permintaan ibu bapanya supaya bertunang dengan lelaki pilihan mereka iaitu Dr Lukman Haris.

Dr. Luqman Harith yang dijodohkan dengan Cempaka Elina atas pilihan keluarga. Luqman pada awalnya tak menunjukkan minat mula rasa tergugat apabila Dr Mathew mendekati Cempaka. Cempaka pula merasakan dirinya sebagai orang ketiga kepada kisah cinta Luqman dan Dyja. Cempaka juga selalu mendapat nota-nota daripada seseorang yang tidak dikenali.

Pelakon dan watakSunting

  • Eyka Farhana sebagai Cempaka Elina
  • Daler Yusuf sebagai Dr Luqman
  • Allan Toh sebagai Dr Mathew
  • Hani Nazrina sebagai Dyja

RujukanSunting

  1. ^ "Drama Nota Buat Cempaka". myinfotaip.com. 23 Julai 2018.

Pautan luarSunting