Noorulhuda binti Abdul Wahab (lahir 27 Julai 1977 di George Town, Pulau Pinang) atau juga dikenali sebagai Nurul Wahab atau Nourul Depp merupakan seorang penyanyi, pengacara dan pelakon wanita Malaysia.

Nurul
Kulit album Tika Cinta
Kelahiran
Noorulhuda binti Abdul Wahab

(1977-07-27) 27 Julai 1977 (umur 46)
WarganegaraMalaysian
Nama lainNurul Wahab, Nourul Depp, Nurul
Pekerjaan
Tahun aktif1995–kini
Kampung asal Kuala Lumpur
PasanganAjai (k. 1996; c. 2006)
Eric Daniel Depp (k. 2012)
Anak-anakAyu Nazirah
Zachary
Raphael
Isabella
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Sony Music Malaysia (1995-1997)
Universal Music Malaysia (1998-2000)
Warner Music Malaysia (2001-2006)
Alibi Music (2009-2011)
NHW Productions Sdn Bhd (2012-kini)
Pengkarya berkait
Ajai , Ajai & Nurul

Latar belakang sunting

Nurul berasal dari Pulau Pinang dan merupakan anak ketujuh dari 15 orang adik-beradik. Salah seorang kakaknya, Noorhayati Abdul Wahab telah terlebih dahulu menceburi bidang seni suara sekitar awal dekad 90-an dengan menggunakan nama pentas Syaliaty.

Kerjaya nyanyian sunting

Nurul menghasilkan album pertamanya sewaktu berusia 17 tahun. Lagu hitnya Kerana Terluka dan Cinta Azali membawa tuah dan meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi wanita popular ketika itu. Menerusi album tersebut, Nurul meraih trofi Artis Baru Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik 1996.

Perkahwinan sunting

Nurul pernah mendirikan rumahtangga bersama komposer terkenal yang juga bekas pemain keyboard kumpulan Exists, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas dan dikurniakan seorang cahayamata perempuan bernama Ayu Nazirah (lahir pada 1998). Walau bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang dan akhirnya bercerai pada hujung tahun 2006 selepas 10 tahun bersama.

Nurul mendirikan rumahtangga kali kedua pada Khamis, 7 Jun 2012 bersama lelaki dari Paris bernama Eric Daniel Depp dengan mengusung tema "Aura Paris" dikutipan Harian Metro Edisi Kuala Lumpur pada Jumaat, 8 Jun 2012[1]. Mereka telah dikurniakan dua cahayamata lelaki bernama Zachary (lahir pada 3 Oktober 2013) dan Raphael (lahir pada 15 Januari 2015).[2]

Diskografi sunting

Album studio sunting

Album mini sunting

Album kompilasi sunting

  • Cita dan Cinta (2000)
  • The Essential Nurul (2011)

Album duet Ajai & Nurul sunting

  • Sehati Sejiwa (2001)
  • Ajai & Nurul (2002)
  • Seiring & Sejalan (2004)
  • Serasi Bersama (2006) [Kompilasi]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Nota
1997 Sate Milah Filem pertama.
2011 Tolong Awek Aku Pontianak Nadia

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Nota
2006 Mentor musim ke-2 Mentor TV3 Pemenang tempat kedua.

Anugerah dan penghargaan sunting

Tahun Acara Kategori Karya dicalonkan Keputusan Nota
1996 Anugerah Industri Muzik ke-3 Artis Baru Terbaik (Wanita) Menang Anugerah pertama.
2002 Anugerah Juara Lagu ke-17 Pop Rock "Keliru" Menang Juara kategori.
Juara Lagu Menang Menang bersama Ajai.
2006 Mentor (musim 2) Menang Pemenang tempat kedua.

Lihat juga sunting

Ajai & Nurul

Rujukan sunting

Pautan luar sunting