La Nouvelle Vague ("Gelombang Baru", nama yang digunapakai dalam kajian dan diskusi berbahasa Inggeris: French New Wave) ialah suatu pergerakan sinema yang muncul di Perancis[1] pada dekad-dekad 1950-an dan 1960-an dengan penumpuan kepada eksperimentasi dalam pembikinan filem dari banyak aspek termasuk gaya visual, penceritaan dan penyuntingan yang terterap dalam medium filem.[1] Ia merupakan antara pergerakan seni paling berpengaruh sepanjang sejarah perfileman dunia itu sendiri.

Pengungkapan gaya ini mula dijelaskan oleh Françoise Giroud, seorang wartawan akhbar L'Express pada 3 Oktober 1957[2] dalam suatu laporan sosiologi yang membutirkan fenomena terkini sezaman itu, ia turut dikembangkan oleh ulasan dikarang Pierre Billard pada Februari tahun sebelumnya. Pernyataan ini kemudiannya melekat pada pengulasan terhadap filem-filem yang muncul dalam Festival Filem Cannes 1959 dikaryakan para pengarah baik lama mahupun baru di mana terdapat pemerhatian ciri-ciri tertentu dikongsi sesama dalam karya-karya ini.

Ciri ketaraSunting

Terdapat beberapa ciri yang tampak dalam filem dikaryakan melalui pengaruh unsur dibawa pergerakan ini:[3]

  • Persediaan yang kurang memakan masa serta ringkas dan mudah alih,
  • pengarahan yang seakan gaya dokumentari
  • syot panjang (long take)
  • penyuntingan yang terputus-putus dan tidak berterusan
  • penceritaan yang menimbulkan ketaksaan tidak terjawab pada penghujung atau penamat filem disampaikan suatu realisme.

Tokoh-tokoh utamaSunting

Kalangan pembikin filemSunting

Kalangan pelakon filemSunting

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ a b [1] Diarkibkan 11 Mei 2008 di Wayback Machine
  2. ^ "« Connaissez-vous le cinéma ? »". Le Monde hors-série jeux. 2011. m/s. 79.
  3. ^ Thompson, Kristin. Bordwell, David. Film History: An Introduction, Third Edition. McGraw Hill. 2010, p.407–408.
  4. ^ "Where to Start Guide - directors". New Wave Film.com. Dicapai pada 30 April 2009.

Pautan luarSunting