Novel televisyen bersiri

Novel televisyen bersiri (renzoku terebi shosetsu), dikenali sebagai asadora (drama pagi), adalah siri program drama televisyen Jepun yang disiarkan pada pagi Isnin hingga Jumaat oleh perbadanan penyiaran awam Jepun NHK sejak 1961.

Novel televisyen bersiri mewakili drama Jepun.  Ia merupakan satu-satunya drama bersiri yang kadar penontonnya dilaporkan dalam akhbar tabloid setiap minggu. Pada mulanya ia menyiarkan enam cerita seminggu yang panjangnya adalah 15 minit setiap cerita dan berlangsung selama tempoh enam bulan. Tetapi sejak karya ke-102, ia mula menyiarkan lima cerita seminggu. Sejak permulaan siaran karya pertama hinnga karya ke-101 siarannya tidak pernah berhenti. Siaran karya ke-102 berhenti kerana mereka tidak boleh melakukan penggambaran disebabkan oleh wabak COVID-19.

Hampir semua kandungan karyanya adalah drama rumah dan kebiasaannya watak utamanya adalah perempuan.

Sejarah sunting

Selepas peperangan, novel disiarkan dalam radio setiap pagi dan nama program itu ialah "novel radio bersiri." Program itu dibentuk semula kepada drama radio dan apabila siaran televisyen mula diperkenalkan, ia berubah menjadi drama televisyen. Berdasarkan sejarah itu, maka lahirlah nama "novel teleisyen bersiri." Novel televisyen bersiri pada mulanya mempunyai lebih banyak kata-kata penerangan bentuk cerita daripada skrip lakonan kerana dipengaruhi zaman drama radio dan gaya tersebut berterusan sehingga kini. Karya pertama yang benar-benar berbentuk drama ialah Basu dori ura (Belakang jalan bas) (1958-1963, Isnin-Jumaat, 7.15-7.30 malam).

Pada 1961 karya pertama Musume to watashi (Saya dan anak perempuan saya) mula disiarkan. Karya itu disiarkan lima kali setiap minggu dan waktu siaran adalah 8.40-9.00 pagi. Daripada karya kedua Ashita no kaze (Angin esok) program itu mula disiarkan enam kali setiap minggu dan waktu siarannya berubah menjadi 8.15-8.30 pagi. Waktu dan kali siaran tersebut ditetapkan dan tidak pernah ditukar selama setengah abad. Satu karya disiarkan selama setahun (April-Mac). Rakaman itu merupakan satu bebanan untuk barisan pelakon dan krew. Hal ini kerana mereka perlu menghabiskan masa yang panjang untuk merakamkan cerita berpanjangan 15 minit tanpa berhenti disebabkan kemahiran penyuntingan yang belum canggih pada masa itu dan proses pengambilan demikian berterusan selama setahun. Oleh sebab itu, hampir semua pelakon utama terjatuh sakit pada pertengahan rakaman. Tambahan pula, pada 1974 rakamannya menghadapi masalah kerana Hidehiko Hayashi, penulis skrip Hatoko no umi (Laut Hatoko), melengah-lengahkan kerjanya.

Oleh sebab itu, mulai karya berikutnya tempoh siaran untuk satu karya dipendekkan kepada setengah tahun. Pada akhir 2000-an kadar penontonnya merosot dan ada karya yang kadar penonton ceritanya adalah kurang daripada 10 peratus. Tetapi sejak 2010 waktu siaran ditukar pada 8.00-8.15 pagi dan kadar penonton semakin pulih.

Isi Kandungan sunting

Novel televisyen bersiri biasanya mula disiarkan pada hari Isnin, dari akhir bulan Mac hingga awal April dan dari akhir bulan September hingga awal bulan Oktober (berdasarkan masa penyusunan semula NHK.)

Kecenderungan sunting

Menurut Rishi Endo, pengarah Jabatan Rancangan Drama NHK, imej heroin boleh dibahagikan kepada tiga.[1] Imej heroin yang pertama ialah heroin yang cuba mencari kebebasan. Heroin seperti ini dilihat dari Ohanahan hingga Oshin. Imej heroin yang kedua ialah heroin yang melakukan yang terbaik dalam pekerjaan di mana wanita belum maju sepenuhnya. Heroin seperti ini dilihat dalam Hanekonma, Hirari, Himawari (Bunga matahari) dan Ten urara. Selepas Churasan, temanya adalah "Wanita merealisasikan cita-citanya." Yukiko Kobayashi, yang pernah menjadi penerbit drama pagi, pula membahagikan karya-karya sebelum tahun 2009 ke dalam empat kategori, iaitu sebelum karya ke-14 Hatoko no umi (Laut Hatoko), bermula daripada karya ke-15 Mizuiro no toki (Masa berwarna biru muda), bermula daripada karya ke-42 Seishun kazoku (Keluarga zaman belia) dan bermula daripada karya ke-62 Watashi no aozora (Langit biruku).[2]

Kebanyakan karya berakhir dengan kegembiraan. Terdapat juga karya yang berakhir dengan kematian heroin, tetapi kematian itu merupakan kematian yang disanjung kerana perjalanan hidup mereka yang penuh dengan kedukaan.

Pada asasnya, semua karya adalah fiksyen.

Tetapan zaman sunting

Semua karya adalah cerita selepas Zaman Meiji, kecuali  Asa ga kita (Pagi telah tiba) yang mana ceritanya bermula pada Zaman Edo. Ada juga karya yang menggambarkan semua aliran zaman, iaitu bermula dengan zaman Meiji sehingga zaman kini.

Pada dasarnya, lokasi penyiaran adalah di Jepun. Kebiasaanya, pasukan produksi Tokyo menetapkan lokasi pentas pada bandar-bandar di timur Jepun, terutamanya Tokyo, sementara pasukan produksi Osaka pula menetapkannya pada bandar-bandar di barat Jepun, terutamanya Osaka.

Ramai pelancong mengunjungi lokasi di mana penggambaran itu dilakukan, dan oleh sebab itu banyak juga pemerintah daerah yang berusaha untuk dipilih sebagai lokasi penggambaran dengan tujuan pengaruh ekonomi dan promosi kawasan.

Pelakon sunting

Pelakon-pelakon utama akan mengadakan sidang media selepas pengumuman nama mereka dan akan dilaporkan dalam berita hiburan.

Dalam sebilangan besar karya, pelakon kanak-kanak memainkan heroin pada zaman kanak-kanak selama beberapa minggu selepas permulaan penyiaran.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting