Nu'man ibn Basyir merupakan seorang sahabat Nabi dari golongan Ansar yang lahir pada tahun 1 Hijrah. Ini bermakna beliau sebaya dengan Abdullah ibn Zubair.

Kelahiran beliau bersama Abdullah berjaya menyangkal fitnah kaum Yahudi Madinah sekaligus memberi sokongan moral kepada umat Islam ketika itu.

Rasulullah S.A.W mengatakan bahawa kelak beliau akan mati syahid dalam satu pertempuran.

Kehidupannya sunting

Selain sebaya, Nu'man merupakan teman rapat kepada Abdullah ibn Zubair. Bakat kepimpinan yang ada pada beliau menarik perhatian Abdullah lalu Nu'man dilantik sebagai Gabenor ketika wilayah Hijaz berada di bawah kekuasaan Abdullah ibn Zubair.

Dalam mempertahankan wilayahnya, beliau terkorban dalam pertempuran menentang kerajaan Bani Ummaiyyah di bawah pemerintahan Marwan bin al-Hakam.