Nuklid radiogenik ialah sejenis nuklid yang dihasilkan melalui proses pereputan radioaktif. Ia boleh jadi sama ada radioaktif atau stabil.

Nuklid radiogenik (lebih kerap dipanggil isotop radiogenik) menghasilkan alatan-alatan terpenting dalam geologi. Ia digunakan dalam dua cara utama; dalam pentarikhan radiometrik (dengan membandingkan jumlah 'isotop produk' dengan jumlah 'isotop induk', misalnya dalam geokronologi uranium-plumbum) dan sebagai pengesan isotop (dengan membandingkan jumlah isotop radiogenik dengan isotop bukan radiogenik, misalnya 206Pb / 204Pb. Teknik ini dibincangkan lebih lanjut di Geokimia isotop).

Contoh-contoh sunting

Sesetengah isotop semula jadi bersifat radiogenik sepenuhnya, tetapi semua isotop ini adalah isotop radioaktif yang mempunyai separuh hayat yang terlalu pendek untuk wujud sejak azali. Oleh itu, ia hanya wujud sebagai 'isotop anak' radiogenik bagi sama ada proses pereputan yang sedang berjalan, ataupun proses kosmogenik (disebabkan oleh sinar kosmos) yang menghasilkannya dalam alam semula jadi. Sesetengah yang lain dihasilkan secara semula jadi oleh proses-proses nukleogenik (tindak balas nuklear semula jadi seperti penyerapan neutron).

Bagi isotop radiogenik yang mereput cukup perlahan, ataupun isotop-isotop yang stabil, sejumlah kecil isotop itu yang wujud sejak azali sentiasa ada, kerana semua isotop stabil dan berjangka hayat cukup lama memang terhasil secara semula jadi sejak azali. Sebahagian lagi jumlah isotop-isotop ini mungkin wujud secara radiogenik.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.