Nupedia ialah sebuah ensiklopedia berdasarkan web yang mengandungi rencana-rencana yang ditulis oleh pakar-pakar dan dilesenkan di bawah kandungan bebas. Ia diasaskan oleh Jimmy Wales melalui syarikatnya, Bomis, sedangkan Larry Sanger merupakan ketua penyuntingnya. Nupedia berlanjutan dari Mac 2000 sehingga September 2003, dan kini lebih dikenali sebagai pendahulu Wikipedia. Ensiklopedia dalam talian ini dicirikan oleh proses penilaian setara yang luas untuk memastikan bahawa mutu rencana-rencananya adalah setanding dengan ensiklopedia-ensiklopedia yang profesional.

Nupedia
Tangkap layar daripada Wayback Machine
Maklumat umum
URLnupedia.org www.nupedia.com di Wayback Machine (diarkibkan 8 Ogos 2003)
www.nupedia.com di Wayback Machine (diarkibkan 7 April 2000)
JenisEnsiklopedia dalam talian
Tersedia dalam
  • Inggeris
  • Jerman
  • Sepanyol
  • Perancis
  • Itali
Ditubuhkan9 Mac 2000 Sunting nilai ini di Wikidata
DibubarkanSeptember 2003
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikBomis (sebelum)
PenciptaJimmy Wales Sunting nilai ini di Wikidata
PengasasJimmy Wales dan Larry Sanger Sunting nilai ini di Wikidata
Kandungan dan sokongan
KeluaranEnsiklopedia internet Sunting nilai ini di Wikidata
Dilancarkan pada9 Mac 2000; 24 tahun yang lalu (2000-03-09)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Nupedia cuma hendak cendekiawan-cendekiawan bersukarela tidak berbayar untuk menyumbang kandungan-kandungannya. Sebelum ia bertamat operasinya, Nupedia menghasilkan 25[1] buah rencana yang telah siap proses penilaiannya (tiga buah rencana mempunyai dua versi dengan panjangnya yang berbeza) dan 74 buah rencana yang masih berlangsung.

Sejarah

sunting

Dari mulanya, Nupedia memang merupakan sebuah ensiklopedia kandungan bebas. Projek itu menggunakan lesen yang dicipta sendiri, iaitu Lesen Kandungan Terbuka Nupedia. Pada Januari 2001, Nupedia bertukar kepada Lesen Dokumentasi GNU selepas didesak oleh Richard Stallman dan Yayasan Perisian Bebas. Bagaimanapun, Stallman juga memulakan projek GNUPedia pada waktu yang sama, dan ini menyebabkan keraguan tentang persaingan yang mungkin tertimbul antara kedua-dua projek itu. Walaupun Nupedia menggunakan lesen kandungan percuma, satu persoalan yang meragukan penyerta-penyerta GNUpedia adalah bahawa penilaian setara yang luas menentangi kebudayaan dan falsafah gerakan perisian bebas.

Pada waktu yang sama, Nupedia memulakan Wikipedia sebagai projek sampingan untuk membenarkan penulisan rencana-rencana usaha sama sebelum rencana-rencana itu diserahkan kepada Nupedia untuk proses penilaian setara. Ini menarik minat daripada kedua-dua pihak kerana struktur ini yang bersifat kurang birokratik amat disukai oleh penyokong-penyokong GNUPedia. Oleh itu, GNUPedia tidak pernah benar-benar berkembang, dan ancaman pesaingan antara kedua-dua projek dapat dielakkan. Walaupun Sanger adalah orang yang mengetuai kegiatan Wikipedia pada permulaannya (disebabkan jawatannya sebagai ketua penyunting Nupedia), Wikipedia bertumbuh dan menarik penyumbang-penyumbang sehingga mengembangkan nyawa tersendiri dan bermula hidup berasingan daripada Nupedia.

Selain daripada menyebabkan penamatan projek GNUPedia, Wikipedia juga menyebabkan penutupan Nupedia beransur-ansur. Bomis memutuskan untuk menamatkan pembiayaan ketua penyunting bergajinya pada Februari 2002, dan Sanger meletakkan jawatannya untuk kedua-dua projek tidak lama kemudian. Selepas pemergiannya, Nupedia semakin merupakan tambahan untuk Wikipedia (cuma terdapatnya dua buah rencana sahaja yang selesai proses penilaiannya selepas 2001). Semasa Nupedia semakin merosot, gagasan untuk menukarkannya menjadi sebuah ensiklopedia versi stabil bagi rencana-rencana Wikipedia yang telah diluluskan kekadangnya dikemukakan, tetapi tidak pernah dilaksanakan. Tapak web Nupedia ditutup pada 26 September 2003 dan kandungannya yang tidak banyak itu digabungkan dengan Wikipedia.

Proses penyuntingan

sunting

Proses penyuntingan Nupedia terdiri daripada tujuh langkah:

  1. Pemberian tugas
  2. Melantik ketua pengulas
  3. Mengetuai ulasan
  4. Membuka rencana untuk ulasan
  5. Mengetuai penyuntingan
  6. Membuka rencana untuk penyuntngan
  7. Membuat kelulusan terakhir dan pembubuhan teg-teg bahasa komputer.

Kelayakan-kelayakan untuk menjadi penyumbang Nupedia agak tinggi. Polisinya menyatakan, "Kami ingin penyunting-penyunting yang benar-benar merupakan pakar-pakar dalam bidang-bidang masing-masing dan (dengan tidak banyak pengecualian) mempunyai ijazah kedoktoran". Bagaimanapun pengulas-pengulas yang menilai draf-draf rencananya, secara am, tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perkara rencana itu. Pengulas-pengulas ini dikecam dengan nama skrin mereka. Walaupun terdapatnya kemudahan untuk pengulas mengemukakan biodata mereka, ramai yang tidak berbuat demikian; oleh itu, pakar-pakar terpaksa menulis rencana-rencana berdasarkan ulasan-ulasan daripada pengulas-pengulas tanpa nama, tanpa dapat mengetahui kelayakan-kelayakan mereka. Proses itu juga berbeza dengan Wikipedia kerana pengulas-pengulas cuma dibenarkan memberi kritikan dan tidak dibenarkan menyunting rencana-rencananya. Oleh sebab bilangan penyerta di Nupedia terlalu kecil, tidak terdapatnya juga perbincangan antara orang-orang yang mempunyai pengetahuan dalam sesuatu perkara.

Pembangunan perisian

sunting

Nupedia menggunakan perisian NupeCode yang dicipta secara usaha sama dan merupakan perisian sumber terbuka (dikeluarkan di bawah Lesen Awam Am GNU yang direka bentuk untuk projek-projek penilaian setara yang besar. Kod sumbernya boleh didapati di tempat simpan Sistem Versi-Versi Serentak (CVS) Nupedia.

Sebagai sebahagian projek itu, "NuNupedia" yang merupakan versi baru untuk perisian asli telah diperkembangkan. NuNupedia dilaksanakan untuk tujuan-tujuan ujian di SourceForge, tetapi ia tidak pernah mencapai tahap yang mencukupi untuk menggantikan perisian yang asli.

Salah satu daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh Nupedia sewaktu kewujudannya adalah bahawa perisian ini tidak mempunyai kefungsian. Terdapatnya banyak kefungsian yang tidak sedia ada dan yang memerlukan penggunaan apa-apa sahaja yang ada, umpamanya penggunaan garis bawah untuk blok-blok teks yang kelihatan seolah-olah pautan, tetapi sebenarnya bukan pautan.

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting