Liana Rafiai

Bekas pelakon wanita Malaysia
(Dilencongkan dari NurLiana Rafiai)

NurLiana Rafiai (lahir 12 September 1982) merupakan seorang bekas pelakon wanita Malaysia. Beliau sering berlakon dalam banyak filem sebagai artis undangan.[1]

Liana Rafiai
Kelahiran
NurLiana binti Rafiai

(1982-09-12) 12 September 1982 (umur 41)
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2006–2012; 2014
MajikanMetrowealth Pictures (2010 - 2012)

Kerjaya sunting

Beliau telah diperkenalkan dalam filem Qabil Khushry Qabil Igam dalam watak kameo yang kecil. Selepas itu beliau telah berlakon dalam banyak filem antaranya 3 Temujanji, Kongsi dan lain-lain. Beliau diperkenalkan dalam watak penting dalam filem pertamanya Nongkrong. Beliau memainkan peranan penting dalam filem tersebut serta memegang watak Puteri Paya Bakau Dayang dan filem akan datang, Liana memegang salah satu watak utama daripada 6 artis dalam filem bertajuk X: Janda-Jandaku Gangster. Beliau mula dikenali ramai sebagai Dr Maya dalam drama Santau Merasuk.

Kehidupan peribadi sunting

Beliau telah mendirikan rumahtangga pada 8 September 2012.[perlu rujukan] Sejak itu, beliau memutuskan untuk berhenti berlakon.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 Qabil Khushry Qabil Igam Kameo
2011 Kongsi
2012 Adnan Sempit 2 Cikaro Kameo
3 Temujanji Teman Wanita Kamal
Nongkrong Puteri Paya Bakau Dayang
X Janda-Jandaku Gangster Ziana
Aji Noh Motor Mimi Kameo
Taikun Shasha
2014 Pejam Pelik Mak Filem pendek

Rujukan sunting

  1. ^ Aida Rismariza Kamaruddin (7 April 2012). "Liana Rafiai mahu terbang lebih tinggi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-11. Dicapai pada 11 Oktober 2017.

Pautan luar sunting