Nur Kasih The Movie

Nur Kasih The Movie merupakan sebuah filem drama romantik keagamaan Malaysia 2011 yang mula ditayangkan di pawagam pada 19 Mei 2011 di Malaysia.

Nur Kasih The Movie
Poster filem Nur Kasih The Movie
PengarahKabir Bhatia
PenulisKabir Bhatia (Lakon layar)
Mira Mustaffa (Skrip)
DibintangiRemy Ishak
Tiz Zaqyah
Fizz Fairuz
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
19 Mei 2011
Masa tayangan
92 minit
Negara Malaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM 2.83 juta [1]
Pecah panggungRM 4.93 juta

Plot sunting

Kesinambungan cerita Adam, Aidil, & Nur Amina dari siri televisyennya. Untuk filem ini, Aidil menjalani kehidupannya sebagai seorang bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu Ilyas, 7, dan Maryam, 5, setelah isterinya, Alia (Ayu Raudhah) meninggal dunia.

Maklum Balas sunting

Ulasan sunting

Menurut Tupai.com.my[2], filem ini masih mengekalkan elemen yang sama seperti siri televisyennya, keindahan sinematografi menjadi penarik kepada filem ini. Malangnya, penamat bagi diri Nur Kasih ini kelihatan agak berterabur. Bagi yang tidak mengikuti siri televisyennya dulu, penonton kelihatan agak sukar sedikit untuk mengetahui jalan cerita yang disediakan. Lakonan yang diberikan oleh tiga pendukung utama (Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz) berjaya menyentuh perasaan penonton. Penggunaan CGI turut diselitkan dalam filem ini. Malangnya, ia tidak ditangani dengan baik. Terletak kepada penonton untuk menilai filem ini.

Kutipan sunting

Filem ini berjaya mengutip lebih RM 500, 000 pada hari pertama tayangan. Setelah seminggu tayangan, filem ini berjaya mengutip RM 2. 38 juta.

Watak sunting

Watak utama sunting

 
Tiz Zaqyah memegang watak sebagai Nur Amina di dalam filem ini.

Watak sampingan sunting

Kameo sunting

Lagu Tema sunting

No.TajukArtisMasa
1."Nur Kasih"Tiz Zaqyah ft. Yassin3:44
2."Bertemu Cinta"Mila Jirin3:30
3."Tanpamu"Helena Adrian ft. Sabhi Saddi4:15
4."Usah Pergi"Bob Yusof3:20
Jumlah masa: 14:09


Anugerah dan Pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Kerja Pencalonan Keputusan
2011 Anugerah Skrin 2011 Pelakon Wanita Terbaik Filem Tiz Zaqyah Tercalon
Lakon Layar Terbaik Filem Mira Mustaffa Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Lelaki Terbaik Remy Ishak Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Tiz Zaqyah Tercalon
Lakon Layar Terbaik Mira Mustaffa Tercalon
Cerita Asal Terbaik Tercalon
Sinematografi Terbaik Norhanisham Muhamad Tercalon
Skor Muzik Asal Terbaik Hafiz Hamidun Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Dustin Tercalon
Pereka Kostum / Busana Terbaik Faizal Abdullah Tercalon
Lagu Tema Terbaik Nur Kasih "(Tiz Zaqyah dengan Yassin)" Tercalon
Pelakon Harapan Wanita Terbaik Sara Ali Tercalon
Pelakon Kanak - Kanak Terbaik Mohd Ilyas Suhaimi Tercalon
Anugerah Profima[3] Pengarah Terbaik Kabir Bhatia Menang
Key Grip Terbaik Mohd Yunus Mohd Hanafiah Menang
Operator Kamera Terbaik Shahizi Osman Menang
Sinematografi Terbaik Menang
Fokus Puller Terbaik Ismail Abu Bakar Menang
Filem Terbaik Nur Kasih The Movie Menang
2012 Anugerah Blokbuster Anugerah Filem Terhebat Tercalon
Anugerah Tuan Direktor Terhebat Francis Foo, Kabir Bhatia & Mira Mustaffa Tercalon
Anugerah Drama Muzikal Terhebat Nur Kasih The Movie Menang
Anugerah Lagu Filem Terhebat Nur Kasih "(Tiz Zaqyah dengan Yassin)" Tercalon
Anugerah Hero Terhebat Remy Ishak Tercalon
Anugerah Heroin Terhebat Tiz Zaqyah Tercalon
Anugerah Hero Baru Terhebat Syafie Naswip Tercalon
Anugerah Heroin Baru Terhebat Sara Ali Tercalon
Anugerah Shout![4][5][6][7] Pasangan Terbaik di Tabir Tiz Zaqyah and Remy Ishak Tercalon
Filem Terbaik Nur Kasih The Movie Tercalon

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-21. Dicapai pada 2011-05-28.
  3. ^ "http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AnugerahProfimamakinmantap/Article/index_html". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-04. Dicapai pada 2012-07-03. External link in |title= (bantuan)
  4. ^ (Melayu) Senarai Penuh Calon Akhir Shout! Awards 2012 Diarkibkan 2012-10-23 di Wayback Machine
  5. ^ (Inggeris) Adding Spice to Shout Awards! 2012
  6. ^ (Melayu) Senarai Penuh Pencalonan Kategori Shout! Awards 2012
  7. ^ (Melayu) Shout Awards 2012: Yuna Ungguli Lima Pencalonan Diarkibkan 2012-12-23 di Wayback Machine

Pautan luar sunting