Buka menu utama

Risteena Munim

Pelakon wanita Malaysia
(Dilencongkan dari Nur Risteena)
"Nur Risteena" dilencongkan di sini.

Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas (lahir 19 November 1989)[Nota 1] ialah seorang pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau mula dikenali umum dalam bidang seni lakonan tanahair menerusi drama waktu perdana Playboy Itu Suami Aku yang disiarkan di Slot Akasia TV3 di mana beliau memegang peranan utama sebagai Afina Aulia.[2][3]

Nur Risteena
Risteena.jpg
Risteena sewaktu sesi fotografi bersama Metro Ahad pada 10 Julai 2013.
KelahiranNur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas
(1989-11-19) 19 November 1989 (umur 29)
Kepala Batas, Pulau Pinang, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
Nama lainRisteena
PendidikanIjazah Sarjana Muda Komunikasi Massa
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanPelakon, model, jurucakap produk
Tahun aktif2012–kini
Terkenal keranaPlayboy Itu Suami Aku
Menjinak Ombak
Girlfriend Kontrak
Ibu bapaZainul Ilyas Zainul Abidin (Bapa)
Che Bunga Salleh (Ibu)
SaudaraRahimah Sadrina (Kakak)
Ruhainies Farehah (Adik)
Riesha Sharmin (Adik)
Nul Aiman (Adik)

Kehidupan awalSunting

Risteena dilahirkan pada Ahad, 19 November 1989 Masihi bersamaan 19 Rabitul Akhir 1410 Hijrah di Kepala Batas, Pulau Pinang dan beliau merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik kepada pasangan Zainul Ilyas Zainul Abidin dan Che Bunga Salleh. Adiknya, Ruhainies Farehah juga seorang pelakon yang mencipta nama menerusi drama Hello, Mr. Perfect! bersama Fattah Amin. Beliau lebih mesra dengan panggilan Ris dikalangan keluarganya.[4][5][6][7] Risteena merupakan lulusan dalam bidang komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Lendu, Melaka.

KerjayaSunting

 
Memegang watak sebagai Alisa dalam filem Girlfriend Kontrak.

Bermula sebagai pelakon tambahan dan model sambilan pada usia belasan tahun. Risteena mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2013 apabila beliau memegang peranan tambahan dalam siri drama Friday I'm In Love pada 2012, bersama-sama dengan pelakon utamanya—Qi Razali, Ryzal Jaafar, Aiman Hakim Ridza, Zoey Rahman, Bella Dally dan Nelydia Senrose.

Dalam tahun 2013, Risteena berlakon dalam empat drama dan dua telefilem. Beliau memegang watak pembantu dalam siri drama Karlos bersama-sama dengan pelakon utamanya, Johan As'ari dan Syazwan Zulkifli. Seterusnya beliau muncul dalam siri drama Menjinak Ombak dan bergandingan bersama Fattah Amin dalam siri drama Playboy Itu Suami Aku, beliau memegang watak utama sebagai Afina Aulia. Didalam drama itu beliau dikritik kerana lakonannya yang mengjengkelkan.[8] Beliau turut berlakon dalam siri drama Diandra, bersama pelakon utamanya, Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza. Antara telefilem lakonannya ialah Bukan Cinta Monyet dan Di Bawah Satu Langit.

Pada 2014, beliau berlakon dalam siri drama aksi, Plan B bersama-sama dengan Shukri Yahaya, Beto Kusyairy dan Mikail Andre. Selain itu, beliau turut melebarkan sayapnya ke layar lebar apabila beliau berlakon dalam filem pertamanya, Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin, bersama-sama dengan pelakon utamanya, Shaheizy Sam. Filem ini ditayangkan pada 28 Ogos 2014. Selepas tamatnya Plan B, Risteena berehat seketika daripada bidang lakonan kerana menyambung pelajarannya. Beliau seterusnya melakonkan watak aksi seorang pelacur dalam filem yang tidak diketahui tajuknya yang akan menjalani penggambarannya di Chicago, Illinois, Amerika Syarikat.[9][10] Pada 2015, Risteena bergandingan dengan pelakon Keith Foo menerusi filem, Girlfriend Kontrak [11] arahan pengarah filem Australia, Virginia Kennedy, beliau memegang watak sebagai Alisa. Filem ini ditayangkan pada 24 September 2015 dan diterbitkan oleh Grand Brilliance.

Pada 2016, beliau berlakon dalam siri drama Cinta Teruna Kimchi bersama-sama dengan Johan As'ari, Niena Baharun dan Nazim Othman dan seterusnya muncul dalam filem Chowrasta arahan Profesor Datuk Abdul Razak Mohaideen. Seterusnya, Risteena memegang watak utama sebagai Ain dalam siri melodrama Demi Cinta Ain yang bersiaran di TV3, drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini turut dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Zahirah MacWilson dan Nazrief Nazri. Pada Julai, beliau muncul dalam filem keempat lakonannya, Anak Mami Nasi Kandaq arahan Prof Madya Abdul Razak Mohaideen, dengan memegang watak sebagai Fitri.[12]

Bekerja di bawah arahan Ahmad Idham, Risteena memegang watak Dr. Azira, seorang pakar psikologi dalam filem komedi seram Hantu Wangan yang ditayangkan pada 22 Mac 2018, turut dibintangi oleh Achey Bocey dan Cat Farish.[13][14]

Kehidupan peribadiSunting

Sejak kemunculannya dalam bidang seni, Risteena sering dilihat menghiasi drama dan telefilem di stesen televisyen, terutamanya di TV3.[15] Bermula dengan telefilem Karlos, diikuti Playboy Itu Suami Aku, Menjinak Ombak, Pilihan Rozana dan terbaharu, Dosa Kelmarin, maka tidak hairanlah beliau mula dilabel sebagai 'anak emas' di rangkaian televisyen popular itu.[15] Menafikan akan perkara tersebut, beliau berkata, peluang itu adalah satu rezeki dan kepercayaan yang bermakna buat dirinya.[15][16][17]

Di awal kerjayanya sebagai pelakon, Risteena pernah dikritik hebat gara-gara lakonannya menerusi Playboy Itu Suami Aku dikatakan agak kaku dan ‘kayu’.[18][8][19]

Risteena merupakan lulusan jurusan Komunikasi Massa dari UiTM. Namun, khabar angin mula timbul mengatakan beliau tidak pernah menghabiskan pengajian di UiTM dan mengaku dirinya memiliki segulung ijazah adalah palsu dan dusta semata-mata. Bagaimanapun, dalam temuramah dengan Harian Metro, Risteena menjelaskan bahawa beliau bukanlah berhenti atau diberhentikan, sebaliknya menangguhkan pengajiannya sementara mendapat banyak tawaran berlakon.[20]

Risteena turut mengakui tidak mencemburui adiknya, Ruhainies yang lebih popular[21] dan menganggap kejayaan adiknya membuatkan beliau lebih bekerja keras.[22]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan Sumber
2014 Mamak Cupcake Shima Woo Ming Jin Pelakon pembantu [23]
2015 Girlfriend Kontrak Alisa Virginia Kennedy Pelakon utama [24]
Chowrasta Zahara Abdul Razak Mohaideen Pelakon utama [25]
2016 Anak Mami Nasi Kandaq Fitri Abdul Razak Mohaideen Pelakon utama [26]
2017 Pak Pong Rohayu Fauzi Nawawi Pelakon undangan
2018 Hantu Wangan Dr. Azira Ahmad Idham Pelakon utama
Qhaliq Qhalisya Rosli Mohd Taib Pelakon utama
Blok 404 Misha Azma Aizal Yusoof Pelakon utama

DramaSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Friday I'm In Love Dirinya sendiri TV9 Pelakon tambahan, peranan kecil
2013 Sahara Astro Prima
Karlos Ikin TV3 Slot Aksi
Diandra Fida TV3 Slot Lestary
Playboy Itu Suami Aku Afina Aulia TV3 Slot Akasia
Menjinak Ombak Sakinah TV3 Slot Zehra
2014 PLAN B Airis TV3 Slot Aksi
2015 Cermin Kasih Amira TV2
Alaa Bib.. Habibah TV3 Slot Iris
Lara TV3
2016 Cinta Teruna Kimchi Suraya TV3 Slot Lestary
Demi Cinta Ain Ain TV3 Slot Samarinda
2017 Gaduh-Gaduh Sayang Syazana TV1 Adaptasi novel
Kisah Dari Mekah Jaja Astro Oasis
2018 Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung Aisyah TV3
2019 Ajari Playboy Itu Niki TV3
Manuskrip Cinta Helena TV1

TelefilemSunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Bukan Cinta Monyet Nurul Suhana
Di Bawah Satu Langit Lys TV3
2014 Terpaku Pontianak Seri
Haji Tak Mabrur
2015 Hantu Botox
Pilihan Rozana Rozana
Romantika Bulan Madu Iris TV3
2016 Bila Artis Balik Kampung Beraya Wati Astro Prima
Baju Berkancing Peniti TV3
Kecoh Mami Jarum Beraya Rita
2017 Cikgu Manik Urai Cikgu Shahirah TV2
Pintu No.9 Masjid Nabawi Astro Citra
Cinta Latah Zana TV2
Kakak Iparku Memang Win Siti TV9
2018 Personal Shopper Amani Astro Ria

Anugerah dan pencalonanSunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2015 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015 Pelakon Drama Wanita Pilihan Dicalonkan
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29[27][28] Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan

CatatanSunting

  1. ^ Beliau berkongsi tarikh lahir dengan penyanyi Liza Hanim yang 10 tahun lebih tua daripadanya. Ini kerana Liza lahir pada 19 November 1979 manakala Risteena lahir pada 19 November 1989. Beliau turut berkongsi tarikh lahir dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang 9 tahun lebih tua daripadanya. Beliau juga turut berkongsi tarikh lahir dengan pelakon wanita Indonesia, Ayu Azhari yang 20 tahun lebih tua daripadanya. Beliau juga berkongsi tarikh lahir dengan pelakon veteran Indonesia, El Manik.

RujukanSunting

  1. ^ Biodata Risteena Munim Pelakon Drama Playboy Itu Suami Aku Dunia Hiburan Tempatan, Melvister.com. Diperoleh pada 10 Disember 2013.
  2. ^ Menangis kerana kontroversi Kosmo! (23 November 2013). Diperoleh pada 1 Disember 2013.
  3. ^ Nan Hidayat Nan Azmie (25 Jun 2016). Risteena tak buru populariti Kosmo!. Dicapai pada 25 Jun 2016.
  4. ^ Marina Sahabudin (17 Februari 2016). Kurang popular?: Risteena enggan mengalah Sinar Harian. Dicapai pada 18 Februari 2016.
  5. ^ Amirul Haswendy Ashari (30 Ogos 2015). Risteena bukan lagi ‘kayu’ Harian Metro. Dicapai pada 1 September 2015.
  6. ^ Nor Eryani Yusop (2 September 2015). Risteena hadam cacian Kosmo!. Diperoleh pada 3 September 2015.
  7. ^ Ardini Sophia Sina (19 Oktober 2014). Komen pedih menjadi motivasi Harian Metro. Dicapai pada 23 Oktober 2014.
  8. ^ a b Nina Farzuin Md. Shahrom (10 Ogos 2014). Risteena Munim dilabel 'pelakon kayu' Sinar Harian. Dicapai pada 10 Ogos 2014.
  9. ^ "Risteena Munim tidak sabar lakonkan watak pelacur". RotiKaya. 8 Ogos 2014. Dicapai 2014-08-10. 
  10. ^ "Risteena Munim 'Pelakon Kayu' tak sabar jadi pelacur". Suara TV. 10 Ogos 2014. Dicapai 2014-08-25. 
  11. ^ Ab Rahman, Farhana (24 September 2015). "Gandingan Keith Foo-Risteena Munim tarikan Girlfriend Kontrak". Berita Harian. Dicapai 27 Jun 2016. 
  12. ^ Chua, Dennis (8 Julai 2016). "Hilarious look at colourful community". New Straits Times. Dicapai 15 Julai 2016. 
  13. ^ "Watak tidak bertemu hantu". Harian Metro. 19 Oktober 2017. Dicapai 31 Mac 2018. 
  14. ^ Kemalia Othman (7 Oktober 2017). "Risteena sudah ada teman". mSTAR Online. Dicapai 31 Mac 2018. 
  15. ^ a b c Norhidayyu Zainal (20 Mac 2014). Nur Risteena 'anak emas' TV3? Sinar Harian. Dicapai pada 1 April 2014.
  16. ^ Risteena Tidak Mahu Hanya Lakonkan Watak Wanita Lembut Kemalia Othman. mStar. 10 Ogos 2014.
  17. ^ Risteena Munim dilabelkan sebagai Artis Bermasalah? Utara News. 18 Jun 2016.
  18. ^ RISTEENA MUNIM, HEROIN PLAYBOY ITU SUAMI AKU KECEWA DILABEL ‘PELAKON KAYU’? Sensasi Malaysia. 24 Disember 2013.
  19. ^ Risteena kalis cemuhan Suara TV. 3 September 2015.
  20. ^ Bukan Tipu Lulusan Ijazah, Cuma Tangguh Pengajian – Nur Risteena BeautifulNara. 19 Mei 2014.
  21. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (18 Februari 2017). Risteena tidak cemburu Ruhanies lebih popular Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
  22. ^ Zaidi Mohamad (15 Mei 2016). Kejayaan Ruhainies dorong Risteena lebih gigih Berita Harian. Dicapai pada 16 September 2018.
  23. ^ Perak Today (15 Mei 2014). "Gementar tunggu reaksi penonton". Dicapai 2014-05-30. 
  24. ^ Suara.TV (27 September 2015). "Kerana 'Girlfriend Kontrak' Nur Risteena Sanggup Jatuh Atas Tahi Lembu". Dicapai 27 Jun 2016. 
  25. ^ Rozaimi Zubaidi (12 Jun 2015). "'Chowrasta' Diiktiraf Malaysia Book of Records, Filem Paling Ramai Ditonton". mStar. Dicapai 2015-07-01. 
  26. ^ Ramlah Zainal (14 Julai 2016). "Gembira AMNK dapat sambutan". Harian Metro. Dicapai 2016-07-14. 
  27. ^ Zaidi Mohamad (12 Mei 2016). Belum rezeki saya menang anugerah - Risteena BH Online. Dicapai pada 13 Mei 2016.
  28. ^ Risteena Munim tidak kecewa belum menang anugerah Cinema.com.my. Dicapai pada 13 Mei 2016.

Pautan luarSunting