Nuremy Ramli

Noreminadiya Ramli (lahir 7 April 1986) ialah seorang bekas pelakon wanita Malaysia.[1] Beliau terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Castello (2006) dan Maut (2009).[2][3][4]

Nuremy Ramli
Kelahiran
Noreminadiya binti Ramli

(1986-04-07) 7 April 1986 (umur 36)
PendidikanDiploma Pengurusan Perniagaan
Pusat pendidikanPusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (Kolej PTPL)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2004–2013

KerjayaSunting

Nuremy memulakan kerjaya awalnya sebagai perunding kewangan di sebuah bank, kemudian bekerja dalam pejabat kerajaan.[5][6] Kerjaya lakonan beliau bermula apabila pengarah, Bade Hj. Azmi menawarkannya membintangi filem pertamanya, Castello (2006) yang mana beliau berlakon bersama Rosyam Nor dan Erra Fazira serta rakan pelakon, Liyana Jasmay. Beliau memegang watak seorang gadis Siam, Chalita muda, manakala Erra melakonkan watak Chalita dewasa.[3]

Pada tahun 2009, Nuremy mendapat kejayaan meluas menerusi dengan bekerjasama bersama Bade apabila melakonkan watak Fadillah dalam filem Maut (2009) yang menghimpunkan 3 cerita dalam 1 filem.[3] Beliau kemudian menandatangani kontrak bersama Metrowealth Pictures dan menjadi salah seorang artis kontraknya.[3] Sepanjang kontrak berjalan selama 3 tahun, Nuremy berlakon dalam beberapa filem terbitan Metrowealth seperti 3 Temujanji dan Hanya Aku Cinta Kau Seorang serta drama terbitan Metrowealth seperti Impian Raya Emelyn dan Pistachio Dayana. Beliau mengambil keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pelakon.

Kehidupan peribadiSunting

Nuremy dilahirkan di Sungkai, Perak dan merupakan anak bongsu daripada empat beradik. Beliau merupakan pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan di Kolej Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan (Kolej PTPL).[3] Beliau telah bertudung pada Mac 2012[7][8] dan berkahwin pada Jun tahun yang sama.[9][10]

FilemografiSunting

FilemSunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2006 Castello Chalita muda Filem pertama
2009 Maut Fadillah
2011 Senjakala Harlina
2012 3 Temujanji Nuremy
Nongkrong Lin
X Wanda
Hanya Aku Cinta Kau Seorang Murni Filem terakhir

DramaSunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Gerak Khas (Musim 10) TV2 Pelakon undangan
2010 Rambong
Durja Ningsun Zizie TV3
Habil & Qabil Mastura
Janji Kekasih Balqis
Dendam Orang Minyak Tidak dinamakan
2010–2011 Ana lu'lu Maslina
Bola Cinta Puteri Syakilla TV2
2011 Impian Raya Emelyn Emelyn TV9
2012 Cinta Buat Emelda Alia TV3
Pistachio Dayana Dayana TV9

RujukanSunting

  1. ^ "Biodata Profil Nuremy Nadia Ramli (Pelakon HACKS)". Buzzera. 26 Jun 2012. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  2. ^ Rozdan Mazalan (22 Januari 2009). "Tak kompromi soal maruah". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2020.
  3. ^ a b c d e Fatin Farhana Ariffin (15 November 2011). "Semangat tak pernah luntur". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2020.
  4. ^ Elrafaei Sapi (27 Januari 2010). "Sinonim dengan watak gadis Siam". Harian Metro. Dicapai pada 16 Januari 2020.
  5. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (6 Jun 2010). "Emy Nadia nekad". Berita Minggu. Dicapai pada 16 Januari 2020.
  6. ^ Raja Nurfatimah Mawar Raja Mohamed (11 Disember 2011). "Tinggal kerjaya demi berlakon". Berita Minggu. Dicapai pada 16 Januari 2020.
  7. ^ Rozdan Mazalan (19 Jun 2012). "Hijrah Nuremy". Berita Harian. Dicapai pada 16 Januari 2020.
  8. ^ "Penampilan Sopan Heroin Filem "HACKS" Nuremy Ramli". Oh Bulan!. 13 Julai 2012. Dicapai pada 26 Ogos 2018.
  9. ^ Elrafei Sapi (22 Oktober 2012). "'Bukan niat nak rahsia'". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Oktober 2012. Dicapai pada 16 Januari 2015.
  10. ^ "Nuremy Ramli dapat petunjuk daripada mimpi". Metrowealth Pictures. 5 Jun 2012. Dicapai pada 16 Januari 2015.

Pautan luarSunting