Nurul Fariha Onn (lahir 13 Mei 1981) merupakan seorang wartawan dan pengacara televisyen Malaysia, terkenal dengan rancangan televisyen terbitan TV3 termasuk Malaysia Hari Ini dan Majalah 3.[1]

Fariha Onn
Kelahiran
Nurul Fariha binti Onn

(1981-05-13) 13 Mei 1981 (umur 42)
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
Pekerjaan
  • Pengacara
  • Wartawan
  • Penerbit
Tahun aktif2004–kini
MajikanMedia Prima (sejak 2004)
PasanganMuhamad Azwan Ahmad Azam (k. 2023)
Anak-anak1

Kerjaya sunting

Selepas menamatkan pelajarannya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan penyiaran,[1][2] Fariha memulakan kerjaya di TV3 sebagai wartawan penyiaran untuk rancangan Medik TV, kemudian diserapkan pula dalam rancangan Bersamamu di mana beliau berurusan dengan insan kurang bernasib baik.[1] Pada tahun 2006, beliau diberi tugasan yang lebih besar dan mencabar apabila ditukarkan pula ke Majalah 3 yang ketika itu dihoskan oleh Norzie Pak Wan Chek sebelum diambil alih oleh Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, beliau sejak itu berkhidmat sebagai penerbit. Sejak 2012, beliau menjadi salah seorang pengacara rancangan Malaysia Hari Ini.[1]

Kehidupan peribadi sunting

Fariha telah berkahwin dengan seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia pada 2008 namun berpisah pada 2015 dan mempunyai seorang anak lelaki. Pada Mac 2023 Fariha telah berkahwin kali kedua dengan Muhamad Azwan Azam yang juga masih bujang dan dinikahkan di Masjid Al Mukarramah, Sri Damansara [3]

Filemografi sunting

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV
2004–2006 Medik TV Pengacara TV3
2006–2023 Bersamamu Suara latar & Penerbit
2006-sekarang Majalah 3 Pengacara & Penerbit
2012–kini Malaysia Hari Ini

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Nor Akmar Samudin (18 September 2015). Perguna pengalaman sebagai wartawan Harian Metro. Dicapai pada 10 April 2017.
  2. ^ Azanis Shahila Aman (6 Jun 2016). Nurul Fariha Onn on her journey as broadcast journalist IIUM Today. Dicapai pada 10 April 2017.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (21 Jun 2018). Raya 'orang kuat' MHI Harian Metro. Dicapai pada 21 Jun 2018.

Pautan luar sunting