Nurul Fatiha Abd Hamid

Nurul Fatiha Abd Hamid (lahir 13 April, 1986), merupakan seorang atlet gimnastik artistik yang pernah mewakili Malaysia pada kejohanan Sukan Asia Tenggara (2001 / 2003 / 2005 / 2007), Sukan Komanwel (2006), Sukan Asia (2006) juga kejohanan gimnastik besar yang lain. Nurul Fatiha dilahirkan di Alor Star, Kedah, Malaysia.

Nurul Fatiha Abd Hamid
Latar belakang
Nama lahirNurul Fatiha Abd Hamid
Kelahiran (1986-04-13) 13 April 1986 (umur 34)
Malaysia Alor Star, Kedah, Malaysia
Pekerjaan•Atlet Gimnastik (1993-2007)

•Jurulatih Pelapis Kebangsaan (2011-2012)

•Jurulatih Gimnastik Kebangsaan (2012-2014)

•Penerbit Rancangan RTM (2014-Kini)

•Pengacara/Pengulas Sukan (2006-Kini)

•Penyampai Berita Sukan RTM (2010-Kini)

•Juri Gimnastik Antarabangsa (2009-Kini)
Tahun aktif1993 - 2007
Laman sesawang
Laman Facebook Rasmi [1], Laman Instagram Rasmi nurulfatiha08

Nurul Fatiha telah menamatkan pelajarannya di Universiti Putra Malaysia dan bekerja sebagai pengacara dan penyampai berita di RTM. Beliau juga kini menjawat jawatan sebagai Penerbit Rancangan di RTM.

Pada 10 Disember 2010, Nurul Fatiha telah berkahwin dengan bekas pemain bola sepak Kelantan FA, yang kini bermain bersama Johor Darul Ta'zim F.C. iaitu Mohd Shakir Shaari. Mereka dikurniakan 4 orang cahayamata selepas sembilan tahun perkahwinan.

Antara pencapaian terbaik Nurul Fatiha adalah memenangi 6 pingat Emas di Sukan Asia Tenggara


KerjayaSunting

Pembabitan Nurul Fatiha di dalam sukan gimnastik ini bermula sejak tahun 1993. Nurul Fatiha telah tersenarai di dalam peserta 12 terbaik dari ratusan pelajar di seluruh Malaysia untuk menyertai Program Jaya'98. Program pemilihan itu dijalankan oleh jurulatih dari Rusia untuk mencari bakat-bakat baru bagi program pembangunan sukan negara.

Menurut Nurul Fatiha, dia tidak mengetahui apa-apa langsung tentang sukan gimnastik dan terpaksa bermula dari asas. Tetapi, setelah didedahkan dengan sukan ini dengan lebih mendalam, Nurul fatiha semakin meminati sukan ini dan terus mengaktifkan diri dalam sukan gimnastik ini.

Atas kesungguhan yang ditunjukkan oleh Nurul Fatiha, dia mula diserapkan ke dalam pasukan junior kebangsaan pada tahun 1993.

PendidikanSunting

Berikut adalah senarai dimana Nurul Fatiha bersekolah:

PencapaianSunting

  • 1 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa pada SUKMA 1998 di Selangor
  • 1 Pingat Emas, 2 Pingat Perak dan 3 Pingat Gangsa pada SUKMA 2000 di Pulau Pinang
  • 1 Pingat Emas, 2 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa pada SUKMA 2002 di Sabah
  • 3 Pingat Emas pada Sukan Sea 2001 di Kuala Lumpur, Malaysia
  • 2 Pingat Emas pada Sukan Sea 2003 di Hanoi, Vietnam
  • 1 Pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 1 Pingat Gangsa pada Sukan Sea 2005 di Manila, Filipina
  • 2 Pingat Gangsa pada Sukan Sea 2007 di Korat, Thailand

Di Luar GimnastikSunting

Selain daripada terbabit dalam Sukan Gimnastik, Nurul Fatiha juga terbabit menjadi pengacara, model iklan dan juga pengulas sukan (semasa masih bergiat dan selepas bersara). Antara program yang menampilkan Nurul Fatiha ialah:

  • Model Iklan Maxis 2001
  • Model Iklan Milo
  • Pengacara Rancangan Sukan.com RTM 1 2005
  • Pengulas Sukan RTM Sukma 2006 Kedah
  • Pengulas Sukan RTM Sukma 2008 Terengganu
  • Wartawan Sukan Silver Sports
  • Pengacara Majlis Sukan Kolej UPM 2007
  • Pengacara Majlis Anugerah Sukan Wanita Majlis Olimpik Malaysia
  • Pengacara Majlis Anugerah MSSM Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Pengacara Program Sukan Olimpik London 2012 di RTM
  • Pengacara Program Sukan Komanwel Glasgow 2014 di RTM
  • Pengacara Program Sukan Asia Indonesia 2018 di RTM
  • Pengacara Program Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di RTM




AnugerahSunting

Antara anugerah yang telah dimenangi oleh Nurul Fatiha sepanjang pembabitan beliau dalam sukan gimnastik:

  • Best Kuala Lumpur Gymnast 1997-2006
  • Tunas Harapan Sukan Komanwel 1998
  • Olahragawati Kuala Lumpur bawah 12 Tahun 1998
  • Olahragawati Harapan Kuala Lumpur 2000
  • Anugerah Khas Cemerlang Sempena Sukan Sea Kuala Lumpur 2001
  • Anugerah Penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Sukan Sea 2001 Kuala Lumpur
  • Anugerah Warna Penuh Sekolah Sukan Bukit Jalil 2001
  • Anugerah Khas Individu Sekolah Sukan Bukit Jalil 2001
  • Anugerah Warna Penuh Sekolah Sukan Bukit Jalil 2003
  • Anugerah Khas Individu Sekolah Sukan Bukit Jalil 2003
  • Anugerah Puteri MSSM-MILO 2003
  • Anugerah Penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Sukan Sea 2003 Vietnam
  • Anugerah Khas Individu Sekolah Sukan Bukit Jalil 2005
  • Anugerah Penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Sukan Sea 2005 Filipina
  • Anugerah Penghargaan Khas Universiti Putra Malaysia 2006
  • Anugerah Penghargaan Kementerian Pendidikan Malaysia sempena Sukan Sea 2007 Thailand
  • Anugerah Penghargaan Khas Universiti Putra Malaysia 2007

PersaraanSunting

Pada tahun 2007, Nurul Fatiha mengambil keputusan untuk bersara dari lapangan gimnastik untuk menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pelajaran.

Walaupun beliau bersara dari arena gimnastik, Nurul Fatiha tetap bergerak aktif di sebalik tabir. Beliau telah ditawarkan untuk menjadi Jurulatih Gimnastik Pelapis Kebangsaan (2011-2012) sebelum dilantik menjadi Jurulatih Gimnastik Kebangsaan (2012-2014).

Pada tahun 2012, beliau juga telah lulus dalam mendapat lesen menjadi juri gimnastik peringkat antarabangsa. Beliau banyak mengadili pertandingan peringkat antarabangsa antaranya Sukan SEA Singapura 2015 dan World Cup Gimnastik. Antara pencapaiannya dalam bidang juri, Nurul Fatiha telah terpilih oleh FIG (International Gymnastics Federation) ke Kejohanan Sukan Olimpik Remaja di Argentina 2018. Nurul Fatiha merupakan antara 3 pemegang lesen juri bertaraf antarabangsa di Malaysia.

PengacaraSunting

Selepas bersara dari sukan gimnastik pada tahun 2007, Nurul Fatiha kini menceburi bidang penyiaran. Bermula dengan sebagai pengulas sukan jemputan di Sukma Kedah pada tahun 2006, dirinya semakin aktif menjadi pengulas dan pengacara sukan sejak dari itu. Pada tahun 2010, Nurul telah ditawarkan menjadi penyampai berita sukan di RTM. Nurul kini juga menjawat jawatan sebagai penerbit rancangan di RTM sejak 2014 hingga kini.

TriviaSunting

  • Nurul Fatiha merupakan anak bongsu dari 3 adik-beradik. Nurul mempunyai seorang abang dan seorang kakak.
  • Di kalangan kenalan, Nurul Fatiha selesa di panggil sebagai Nurul. Panggilan manja Nurul Fatiha dalam keluarganya ialah Ayun.
  • Pengalaman paling manis buat Nurul Fatiha ialah berjaya memasuki pusingan akhir dan berada di tempat ke-7 pada Kejohanan Piala Dunia di Shanghai pada tahun 2007 dalam acara palang bertingkat.
  • Pengalaman yang paling Nurul Fatiha tidak dapat lupakan ialah dia mengalami kecederaan lutut yang agak serius menjelang Sukan SEA 2003. Setelah membuat imbasan pada lutut Nurul, doktor tidak membenarkannya bertanding. Namun begitu, Nurul tetap mahu bertanding. Doktor memberikan amaran dan tidak akan bertanggungjawab jika terjadi apa-apa ke atas Nurul Fatiha. Nurul terpaksa menurunkan tandatangan pada borang AOR (At Own Risk). Akhirnya, Nurul Fatiha berjaya membawa pulang 2 Emas dari pertandingan tersebut.
  • Nurul Fatiha adalah satu-satunya gimnas wanita yang memenangi pingat emas berturut-turut dalam saingan individu keseluruhan di Sukan SEA iaitu pada 2001 KL dan 2003 Vietnam.
  • Nurul Fatiha juga bertuah kerana terpilih oleh Majlis Olimpik Malaysia sebagai atlet remaja ke kem Olimpik bagi mewakili Malaysia sempena Sukan Olimpik 2014 di Athens,Greece
  • Pada 1998 ketika KL menjadi tuan rumah Sukan Komanwel, Nurul adalah pembawa baton untuk diserahkan kepada Putera Edward ketika majlis pembukaan mengiringi mendiang Koh Eng Tong iaitu pemenang emas pertama Malaysia di Sukan Komanwel.
  • Nurul pernah bergabung menjadi pengacara sukan secara langsung bersama-sama pengacara sukan lain yang berpengalaman seperti Hasbullah Awang,Harmi Taazim , Hafizal Hamad dan Shaukei Kahar.

Pautan luarSunting