Nurul Izzah Anwar

ahli politik Malaysia
(Dilencongkan dari Nurul Izzah)

Nurul Izzah (lahir 19 November 1980) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat selain memegang jawatan di peringkat negeri dan cabang. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama 3 penggal iaitu 1 penggal di Permatang Pauh (2018-2022) dan 2 penggal di Lembah Pantai (2008-2018).

Nurul Izzah Anwar
Naib Presiden PKR (dilantik)
Memegang jawatan
2022
Berkhidmat dengan Amirudin Shari, Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Lih Kang, Aminuddin Harun (dipilih) dan Awang Husaini Sahari dan Saraswathy Kandasamy (dilantik)
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pulau Pinang
Memegang jawatan
2022
Didahului olehMuhammad Bakhtiar Wan Chik
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kedah
Memegang jawatan
2022
Didahului olehJohari Abdul
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Perlis
Memegang jawatan
2022
Didahului olehAmran Kamaruddin
Ketua PKR Cabang Permatang Pauh
Memegang jawatan
2022
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Permatang Pauh, Pulau Pinang
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului oleh Wan Azizah Wan Ismail
Digantikan oleh Muhammad Fawwaz Mat Jan
Majoriti15,668
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 7 April 2018
Didahului oleh Shahrizat Abdul Jalil
Digantikan oleh Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Majoriti2,895
Naib Presiden KEADILAN
Dalam jawatan
2014 – 16 Disember 2018
Berkhidmat dengan
Rafizi Ramli, Xavier Jayakumar, Teo Yu Keng, Tian Chua
Didahului oleh
Rafizi Ramli,Shamsul Iskandar, Tian Chua,
Butiran peribadi
LahirNur Izzah binti Anwar
(1980-11-19) 19 November 1980 (umur 43)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik Parti Keadilan Rakyat
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan Rakyat (2008-2015)
Pakatan Hadapan (2016-kini)
PasanganYin Shao Loong (k. 2022)
Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim (k. 2003; c. 2015)
Anak-anakRaja Nur Safiyah
Raja Harith
IbuDato Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
BapaDato Seri Anwar Ibrahim
HubunganAllahyarham Dato Ibrahim Abdul Rahman (Datuk)
KediamanBandar Sungai Long, Selangor
PekerjaanAhli Parlimen, ahli politik
Laman web rasminurulizzah.com

Beliau merupakan anak sulung kepada pasangan suami isteri iaitu YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Kewangan Malaysia dan Ahli Parlimen Tambun dan YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Pendidikan sunting

Nurul Izzah mendapat pendidikan terawalnya di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Ketika pendidikan menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Sri Hartamas, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya, Selangor.

Di peringkat universiti, beliau menyambung pelajaran di Pusat Matrikulasi UIAM, Petaling Jaya. Tetapi gagal kemudian berpindah ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).Mengharapkan ehsan bapa dia untuk masuk politik

Keluarga sunting

Beliau berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nur Safiyah. Raja Ahmad Shahrir Iskandar merupakan bekas pelajar Bukit Bintang Boys School dan juga bekas penuntut Universiti Cambridge. Kini, Shahrir bekerja di sebuah bank korporat. Nurul Izzah dan Shahrir mula berkenalan ketika bertemu di Institut Kajian Dasar (satu institusi yang ditubuhkan oleh bapanya, Datuk Seri Anwar semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dahulu).[1][2]

Perkahwinan mereka diadakan pada 9 Mei 2003, ketika Datuk Seri Anwar masih berada di dalam Penjara Sungai Buloh. Penjara Malaysia telah membenarkan Anwar Ibrahim keluar dari penjara untuk menjadi wali kepada anaknya, Nurul Izzah. Turut hadir dalam majlis perkahwinan tersebut ialah Tan Sri Azizan Zainul Abidin, Tan Sri Hassan Merican dan Datuk Seri Nazri Aziz. Sultan Terengganu iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin turut hadir ketika itu. Anwar Ibrahim dibebaskan sepenuhnya dari penjara pada September 2004 ketika Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia kelima.[3][4] Pasangan ini dianugerahkan dua cahaya mata, seorang perempuan dan seorang lelaki. Namun Nurul Izzah dilaporkan meminta cerai pada tahun 2014 dan mereka sedang menjalani proses mahkamah.[5][1] Akhirnya pada 15 Januari 2015, beliau telah diceraikan dengan talak satu.[6]

Penglibatan politik sunting

Semasa bapanya, Datuk Seri Anwar ditahan oleh pihak polis atas tuduhan liwat dan salah guna kuasa, Nurul Izzah dilihat sebagai harapan untuk membela nasib malang bapanya. Beliau pernah berjumpa dengan Presiden Filipina, Joseph Estrada dan meminta bantuan beliau. Beliau amat aktif dalam gerakan Reformasi 1998 dan wajahnya pernah muncul dalam CNN dan BBC. Ketika itu beliau berusia 18 tahun. Beliau juga pernah digelar 'Puteri Reformasi' berhubung peranan dan kecantikannya.

Selepas menuntut di universiti, Nurul Izzah menjadi penyelaras politik di pejabat Parti Keadilan Rakyat. Seterusnya menjadi sukarelawan kepada pasukan Pemantau Kesihatan Global (Global Health Watch) dan menjadi ahli majlis Forum Antarabudaya Pemimpin Wanita yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat.

Sejak 2001, Nurul Izzah bersama teman-teman dari badan-badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan ALTSEAN BURMA sempat mengadakan rapat umum bersama pelajar-pelajar Malaysia dan luar Negara di universiti-universiti seluruh dunia bagi menyuarakan masalah hak asasi manusia seperti tahanan ISA di Malaysia.[7]

Beliau mengumumkan perletakan jawatan beliau sebagai Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 17 Disember 2018.[8]

Pilihan raya umum Malaysia sunting

Pilihan raya umum 2008 sunting

Nurul Izzah telah dipilih oleh Parti Keadilan Rakyat untuk bertanding di kawasan parlimen Lembah Pantai menentang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Barisan Nasional) dan calon bebas N. Periasamy dalam pilihan raya umum ke-12. Beliau memenangi kerusi itu dengan mendapat 21,728 undi berbanding calon BN 18,833 undi dan calon bebas 489 undi.

Sementara ibunya Datin Sri Wan Azizah menang di parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang. Percaturan PKR selepas 15 April 2008 ialah kerusi Permatang Pauh akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar bertanding di sana. Setelah Nurul Izzah menang di Lembah Pantai, beliau juga dicadangkan mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada bapanya. Kini, kerusi Parlimen P44 Permatang Pauh telah dipertaruhkan semula dan dimenangi oleh Anwar pada Pilihanraya kecil baru-baru ini. DS Anwar Ibrahim memenangi kerusi tersebut setelah menewaskan wakil UMNO-BN Arif Shah Omar Shah dengan majoriti sebanyak 15 671 pengundi.

Pilihan raya umum 2013 sunting

Nurul Izzah sekali lagi terus mempertahankan kerusi Parlimen P121 Lembah Pantai dengan memperolehi undian majoriti 31,008; dan berjaya menewaskan lawannya Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (BN) mendapat sebanyak 29,161 undi dan Rosli Baba bagi kerusi (Bebas) memperoleh sebanyak 167 undi.[9]

Pilihan raya umum 2018 sunting

Pada PRU ke-14, Nurul Izzah telah bertanding bagi kerusi Parlimen P044 Permatang Pauh yang sebelum ini disandang oleh ibunya, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Nurul Izzah telah memenangi kerusi dengan undian sebanyak (35,534) serta memperolehi majoriti (15,688) undi. Beliau telah menewaskan calon BN Mohd Zaidi Mohd Said (19866) dan calon PAS Ustaz Afnan Hamimi yang memperolehi (14,428) undi.[10][11][12]

Pilhan raya umum 2022 sunting

Pada PRU ke-15 pula, Nurul Izzah telah ditewaskan dalam mempertahankan kerusi Parlimen P044 Permatang Pauh oleh calon PN Muhammad Fawwaz Mat Jan yang memperoleh 37,638 undi. Perkara ini mencipta sejarah baharu apabila kubu kuat PKR ini berjaya dirampas buat kali pertama sejak 1982.[13]

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[14][15][16][17]
Tahun Perlembagaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2008 Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (PKR) 21,728 52.62% Shahrizat Abdul Jalil (UMNO) 18,833 45.61% 41,289 2,895 72.88%
Periasamy Nagarathnam 489 1.18%
2013 Nurul Izzah Anwar (PKR) 31,008 51.39% Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (UMNO) 29,161 48.33% 61,048 1,847 84.30%
Rosli Baba 167 0.28%
2018 P044 Permatang Pauh,
Pulau Pinang
Nurul Izzah Anwar (PKR) 35,534 50.89% Zaidi Mohd Said (UMNO) 19,866 28.45% 69,828 15,668 86.18%
Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) 14,428 20.66%
2022 Nurul Izzah Anwar (PKR) 32,366 37.01% Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PAS) 37,638 43.04% 87,448 5,272 81.59%
Mohd Zaidi Mohd Zaid (UMNO) 16,971 19.41%
Mohamad Nasir Osman (PUTRA) 473 0.54%

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Nurul Izzah Anwar". Nurul Izzah Anwar Official website. Dicapai pada 10 March 2008.
  2. ^ Safiyah and Harith. The Star. 15 January 2015.
  3. ^ Eksklusif: Nurul Izzah.. Ayu Wanita Melayu
  4. ^ http://www.syokkahwin.com/blog/2007/08/13/gambar-nurul-izzah-datin-azizah-anwar-ibrahim-parti-keadilan/
  5. ^ Suami enggan cerai Izzah kerana masih sayang
  6. ^ Nurul Izzah bercerai
  7. ^ Laman web Nurul Izzah
  8. ^ "Nurul Izzah quits as PKR vice president". The Star Online. 17 Disember 2018. Dicapai pada 18 Disember 2018.
  9. ^ Nurul Izzah terus pertahan Lembah Pantai; Berita Harian Online. Link: http://www.bharian.com.my/articles/PRU13_NurulIzzahpertahankerusiLembahPantai/Article/[pautan mati kekal]
  10. ^ http://www.kosmo.com.my/terkini/keputusan-pru-14-nurul-izzah-menang-di-parlimen-permatang-pauh-1.670105
  11. ^ http://www.utusan.com.my/berita/politik/nurul-izzah-lari-ke-permatang-pauh-ganti-ibu-1.658348
  12. ^ https://berita.mediacorp.sg/mobilem/world/pru14-nurul-izzah-menang-kerusi-parlimen-permatang-pauh/4023998.html
  13. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1028563/nurul-izzah-tewas-di-permatang-pauh
  14. ^ "13th Malaysian General Election". The Star. Dicapai pada 3 January 2010.
  15. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 6 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
  16. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 6 May 2013.[pautan mati kekal]
  17. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Keputusan hanya boleh didapati pada pilihan raya 2004.

Pautan luar sunting