Nyahcas berbara (Inggeris: glow discharge) ialah plasma yang terhasil oleh laluan arus elektrik melalui gas bertekanan rendah. Ia dihasilkan dengan mengenakan voltan di antara dua elektrod logam di dalam satu tiub kaca yang mengandungi gas. Apabila voltan itu melebihi nilai tertentu yang dinamakan voltan rosak, gas di dalam tiub itu terion, bertukar menjadi plasma, dan mula mengalirkan elektrik, menyebabkannya bersinar dengan cahaya berwarna. Warna bergantung kepada jenis gas yang digunakan. Nyahcas berbara banyak digunakan sebagai sumber cahaya dalam peranti-peranti seperti lampu neon, lampu pendarfluor dan televisyen skrin plasma. Dengan meneliti cahaya yang dihasilkan dengan spektroskopi, banyak maklumat berkenaan interaksi atom dalam gas boleh didedahkan, oleh itu nyahcas berbara digunakan dalam fizik plasma dan kimia analitik. Ia juga digunakan dalam teknik rawatan permukaan yang dikenali sebagai percikan.

Lampu neon 1/2 inci tinggi, menunjukkan nyahcas berbara.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.