Nydia, Terendak dan Bintang : Junior vs Senior

Buku / Novel
Nydia, Terendak dan Bintang : Junior vs Senior
Siri
Pengarang Asal Puteri Nor
Penterjemah
ISBN ISBN 9789675406799
Kod Buku
Saiz
Genre Tidak diketahui
Terbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
Negara Malaysia
Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 26-Julai-2010
Bilangan Muka Surat 265
Harga Malaysia Barat RM16.00/Malaysia Timur RM18.00(2010)

Buku Nydia, Terendak dan Bintang : Junior vs Senior dikarang oleh dan diterbitkan pada 26-Julai-2010 merupakan sambungan kepada buku Nydia Terendak dan Bintang : Episod Pengenalan. Ia diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd dalam bahasa Melayu dengan nombor ISBN13 978-967-5406-79-9, dan dijual pada harga Malaysia Barat RM16.00/Malaysia Timur RM18.00(2010).

Jalan cerita berkisar tentang pelajar-pelajar di MRSM Terendak, sebuah sekolah berasrama penuh iaitu Maktab Rendah Sains MARA yang terletak di Kem Terendak, Melaka.

RingkasanSunting

SINOPSIS BUKU :

Selamat kembali ke MRSM Terendak, Nydia! Tidak sampai dua bulan cuti sekolah, kini Nydia dan rakan-rakan kembali semula ke MRSM Terendak dengan sesuatu yang baharu dan pastinya pelbagai aktiviti baharu yang akan mereka hadapi. JUNIOR? Ada junior baharu? Bagaimana gelagat mereka nanti? Tentu bermacam-macam kerenah yang terpaksa dihadapi Nydia dan rakan-rakannya nanti. Pasti! Bagaimana Nydia menyelesai semua masalah itu? Mampukah senior-senior ini memberikan memberikan teladan yang baik kepada junior-junior mereka?

Pautan luarSunting