Nynaa Harizal

Pelakon wanita Malaysia

Nurul Hanynaa Harizal (lahir 21 Oktober 1996) ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia.[2][3] Biarpun telah memulakan kerjaya hiburannya sejak 2017, Nynaa terpilih sebagai salah seorang peserta Dewi Remaja 2019.[4]

Nynaa Harizal
Kelahiran
Nurul Hanynaa binti Harizal

(1996-10-21) 21 Oktober 1996 (umur 27)
PendidikanIjazah Perakaunan
Pusat pendidikanUniversiti Kolej KDU
Pekerjaan
Tahun aktif2017–kini
Ketinggian165 m (541 ka 4 in)[1]
PasanganFahmi Ilyas (k. 2021)
Anak-anak1

Kerjaya sunting

Pada usia 10 tahun, Nynaa memulakan kerjaya peragaan dengan melibatkan diri dalam sesi fotografi bersama majalah kanak-kanak, Bintang Kecil. Beliau pada mulanya tidak pernah terfikir untuk menceburi industri hiburan kerana pada asalnya beliau bercita-cita mahu menjadi juruterbang sama seperti bapanya.[5][6]

Dalam satu temubual bersama The Sun Daily, Nynaa berkata: "Saya rasa seperti ingin mencari hobi baharu semasa belajar. Memandangkan saya suka berada di hadapan kamera, saya pergi untuk sesi pencarian bakat di agensi model dan agensi iklan. Saya diberi banyak peluang untuk dipaparkan dalam majalah dan iklan tempatan".[5] Beliau bagaimanapun, meninggalkan industri hiburan untuk tempoh jangka pendek untuk menumpukan perhatian kepada pelajarannya di kolej.

Selepas menamatkan persekolahan, Nynaa didekati oleh seorang pencari bakat, dan beliau mengalami perubahan besar dalam kerjayanya. Selepas muncul dalam banyak iklan, beberapa penerbit mula mengasah bakatnya, mempelawa beliau membintangi siri televisyen.[6] Dalam tahun 2017, beliau membintangi drama pertamanya, Kekasih Paksa Rela yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Intan Najuwa. Menerusi drama ini, beliau memegang watak sebagai Nonie.[5]

Pada tahun yang sama, Nynaa menjadi salah seorang daripada 10 peserta Pertandingan Pencarian Gadis Panca 2017, yang turut disertai oleh Nelissa Nizam dan Silfeny Osman.[7] Peranan Nynaa di layar lebar hadir apabila beliau membintangi filem pertamanya, Mak pada tahun 2018.[6] Pada tahun berikutnya, beliau menyertai Dewi Remaja 2019/2020 yang turut disertai oleh Shaza Bae yang dinobatkan sebagai juara. Beliau memenangi tempat ketiga dalam pertandingan itu.[8]

Berlakon di bawah arahan pelakon senior, Eizlan Yusof, Nynaa memegang watak sebagai Mazni dalam filem Town Mall (2020), adaptasi dari novel 2015 bertajuk sama karya Hasrudi Jawawi terbitan Buku Prima. Dalam tahun 2020 juga, beliau berlakon dalam beberapa drama TV, antaranya ialah Chandelier dan Runi & Solah.[6] Nynaa berlakon dalam beberapa drama TV sepanjang 2021, antaranya ialah Romantika 4 Hari 3 Malam dan Dear Cinta, yang kedua-duanya bersiaran di TV3. Nynaa kemudian melakonkan watak Nelly dalam Kau Cipta Kasih.

Kehidupan peribadi sunting

Nynaa berkahwin dengan Fahmi Ilyas (lahir 1991) pada 28 Ogos 2021.[9] Bapanya, Harizal Hashim (lahir 1972), ialah seorang bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).[10]

Beliau ialah seorang pelajar yang menggemari subjek matematik dan mempunyai hobi menunggang kuda.[11]

Beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Zara Arianaa.

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Mak Filem pertama
2019 Bu, Kasih Suci
2020 Town Mall Mazni
2023 Sumpahan Syaitan Reena

Drama sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Hero Seorang Cinderella Astro Ria Slot MegaDrama
Kekasih Paksa Rela Nonie TV3 Slot Akasia
2018 Isteri Bukan Untuk Disewa Isabella Astro Ria Slot MegaDrama
2019 Cinta Tanpa Henti Hajar TV3 Slot Samarinda
Dia Pengantinku TV1 Slot Widuri
2020 Chandelier Khalida Astro Ria Slot MegaDrama
Family Spy Astro Ceria
Runi & Solah Rose TV3
One Two Hantu Merah Awesome TV
2021 Romantika 4 Hari 3 Malam Aida Safia TV3 Slot Lestary
One Two Hantu 2 Merah Awesome TV
Madam E-Wallet Sabrina TV3 Slot Drama Pukul 6
Dear Cinta Shasha
2022 Kau Cipta Kasih Nelly

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Terkoyak Langit Cinta
2018 Kembalikan Sinarnya
2020 Formula Cinta
Next Station, Jodoh Hana Awesome TV

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2019 Dewi Remaja 2019 Peserta Astro Ria
2020 Ujian Menantu Artis Jemputan Awesome TV
2021 Glam Ke Teng'glam 2

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 Artis Baharu Wanita Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ "Jom Kenali Bintang Baru Nynaa Harizal". Gelanggang Filem. 29 November 2017.
  2. ^ "Biodata Nynaa Harizal, Pelakon Baru Drama Kekasih Paksa Rela". azhan.co. 29 Januari 2018.
  3. ^ "20 Fakta tentang Nynaa Harizal, pelajar, pelakon dan model yang kini meningkat naik". Kampus Uols. 7 Ogos 2018.
  4. ^ Mark Ryan Raj (16 November 2019). "Dewi Remaja 2019 contestants to be quarantined for 54 days to avoid controversies". The Malay Mail. Dicapai pada 8 Disember 2019.
  5. ^ a b c Leena Zuki (28 Mei 2020). "Every cloud has a silver lining". The Sun Daily. Dicapai pada 2 Disember 2020.
  6. ^ a b c d Ridzuan Abdul Rahman (21 Mei 2021). "Bakal gegar industri seni". Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2021.
  7. ^ Muhammad Azrul Mohd Radi (3 November 2017). "10 jelitawan mara ke peringkat akhir Gadis Panca 2017". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-03. Dicapai pada 18 Julai 2020.
  8. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 September 2020). "Belum rezeki popular". Berita Harian. Dicapai pada 2 Disember 2020.
  9. ^ Zaidi Mohamad (2 September 2021). "Nynaa bergelar isteri". Berita Harian. Dicapai pada 16 November 2021.
  10. ^ Ridzuan Abdul Rahman; Zaara Talita (11 November 2021). "Suami Nynaa Harizal failkan permohonan supaya isteri kembali taat". Harian Metro. Dicapai pada 23 November 2021.
  11. ^ Nynaa pakar matematik Utusan Malaysia. 8 Oktober 2017. Diarkib daripada yang asal pada 10 Januari 2018. Dicapai pada 3 Oktober 2018.

Pautan luar sunting