Oğuzhan Asiltürk

Oğuzhan Asiltürk (25 Mei 1935 – 1 Oktober 2021) ialah seorang ahli politik Turki.[1] Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Perusahaan dan Teknologi dan Menteri Dalam Negeri Turki[2]. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Tertinggi Parti Saadah, menggantikan Najmuddin Erbakan.[3]

Oğuzhan Asiltürk
Asiltürk pada 2021
Pengerusi Lembaga Penasihat Tertinggi Parti Saadah
Dalam jawatan
2011 – 1 Oktober 2021
Menteri Perusahaan dan Teknologi Turki
Dalam jawatan
21 Julai 1977 – 5 Januari 1978
PresidenFahri Korutürk
Perdana MenteriSüleyman Demirel
Didahului olehTarhan Erdem
Digantikan olehOrhan Alp
Menteri Dalam Negeri Turki
Dalam jawatan
31 Mac 1975 – 11 April 1977
PresidenFahri Korutürk
Perdana MenteriSüleyman Demirel
Didahului olehMukadder Öztekin [tr]
Digantikan olehSabahattin Özbek [tr]
Dalam jawatan
26 Januari 1974 – 17 November 1974
PresidenFahri Korutürk
Perdana MenteriBülent Ecevit
Didahului olehMukadder Öztekin
Digantikan olehMukadder Öztekin
Ahli Parlimen Turki
Dalam jawatan
14 November 1991 – 1 Oktober 2002
Kawasan pilihan rayaMalatya (1991, 1995, 1999)
Dalam jawatan
24 Oktober 1973 – 12 September 1980
Kawasan pilihan rayaAnkara (1973, 1977)
Butiran peribadi
Lahir25 Mei 1935
Hekimhan, Turki
Meninggal dunia1 Oktober 2021(2021-10-01) (umur 86)
Ankara, Turki
KerakyatanTurki
Parti politikParti Penyelamat Negara (MSP)
Parti Kesejahteraan (RP)
Parti Kebaikan (FP)
Parti Saadah (SP)

Biografi sunting

Asiltürk menghadiri sekolah menengah di Malatya. Beliau menyambung pengajian di Fakulti Kejuruteraan di Universiti Teknik Istanbul dan memulakan kerjayanya sebagai jurutera dan perunding bebas. Beliau berkahwin dengan Sevinç Asiltürk, dan dikurniakan empat orang anak.[4]

Asiltürk telah dipilih menyertai Dewan Himpunan Agung Kebangsaan Turki (Parlimen Turki) pada 1973, mewakili Ankara. Ketika berkhidmat, beliau juga telah dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri yang berkhidmat pada 1974 dan 1975 hingga 1977. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Perusahaan dan Teknologi dari 1977 hingga 1978. Beliau telah diharamkan daripada terlibat dalam politik selama 10 tahun pada 1980. Pengharaman tersebut terlerai berikutan Referendum Perlembagaan Turki 1987 dan beliau menjadi Setiausaha Agung bagi Parti Kesejahteraan. Pada 1991, beliau sekali lagi terpilih menyertai Parlimen mewakili Malatya dan menyertai Parti Kebaikan. Beliau menjadi ahli Parlimen sehingga 2002.

Susulan kematian Najmuddin Erbakan, Asiltürk menyertai Parti Saadah dan menjadi Pengerusi Lembaga Penasihat parti tersebut.[5] Pada 13 September 2021, Asiltürk dimasukkan ke Hospital Bandar Ankara, Bilkent disebabkan kesukaran bernafas akibat COVID-19.[6] Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 1 Oktober 2021, di usia 86 tahun.[7][8]

Rujukan sunting

  1. ^ Şahin, Sefa (1 October 2021). "Saadet Partisi YİK Başkanı Asiltürk vefat etti". Anadolu Agency (dalam bahasa Turkish). Ankara. Dicapai pada 1 October 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Felicity Party's Oğuzhan Asiltürk passes away aged 86". Daily Sabah. 1 Oktober 2021. Dicapai pada 3 Oktober 2021.
  3. ^ Arpacık, Cihat (9 January 2021). "Erdoğan-Asiltürk görüşmesi hem Cumhurbaşkanlığı hem Milli Görüş kulislerine nasıl yansıdı?". Independent Türkçe (dalam bahasa Turkish). Dicapai pada 1 October 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Oğuzhan Asiltürk eşiyle birlikte oyunu kullandı! Kardeşliğe ihtiyacımız var". Millî Gazete (dalam bahasa Turkish). Ankara. 24 June 2018. Dicapai pada 1 October 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  5. ^ "Saadet Partisi Kurucular Kurulu". NTV HABER (dalam bahasa Turkish). 20 July 2001. Dicapai pada 1 October 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ "Saadet Partisi YİK Başkanı Oğuzhan Asiltürk hastaneye kaldırıldı". Hürriyet (dalam bahasa Turkish). 13 September 2021. Dicapai pada 1 October 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  7. ^ "Son dakika... Saadet Partisi YİK Başkanı Oğuzhan Asiltürk, hayatını kaybetti". Hürriyet (dalam bahasa Turkish). 1 October 2021. Dicapai pada 1 October 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)
  8. ^ "Milli Görüş'e adanan bir ömür: Oğuzhan Asiltürk". TRT Haber (dalam bahasa Turkish). 1 October 2021. Dicapai pada 1 October 2021.CS1 maint: unrecognized language (link)