Object Pascal merupakan pengaturcaraan berorentasikan objek terhasil dari bahasa pengaturcaraan Pascal biasanya dikenali sebagai bahasa pengaturcaraan utama Borland Delphi. Ia juga dikenali sebagai bahasa pengaturcaraan Delphi apabila menggambarkan loghat yang digunakan oleh Borland Delphi.

Borland menggunakan nama "Object Pascal" sebagai bahasa pengaturcaraan dalam versi pertama Borland Delphi, tetapi kemudiannya menamakannya semula sebagai "bahasa pengaturcaraan Delphi". Bagaimanapun, kompiler yang mendakwa sebagai serasi Object Pascal sering kali cuba serasi dengan kod sumber Delphi.

Borland menjual persekitaran pembangunan bersepadu - (integrated development environment) (IDEs) yang menkompil bahasa pengaturcaraan Delphi kepada Microsoft Windows, Microsoft .NET Framework dan Linux. Projek sumber terbuka Paskal Percuma membenarkan bahasa tersebut dikompil bagi Linux, Mac OS X, Win64, Windows CE, dan lain-lain.

Sejarah awal di Apple sunting

Object Pascal merupakan sambungan kepada bahasa pengaturcaraan Pascal yang dibangunkan di Apple Computer oleh pasukan yang diketuai Larry Tesler dengan khidmat nasihat oleh Niklaus Wirth, pencipta Pascal. Ia warisan dari versi Paskal berorentasikan objek lebih awal yang dikenali sebagai Clascal, yang kini dikenali sebagai komputer Lisa.

Object Pascal diperlukan bagi menyokong MacApp, applikasi framework Macintosh disambung yang kini dikenalis sebagai perpustakaan kelas (class library). Sambungan Object Pascal dan MacApp iti sendiri dimajukan oleh Barry Hanes, Ken Doyle, Larry Rosenstein, dan diuji oleh Dan Allen. Larry Tesler menyelia projek ini, yang bermula awal 1985 dan menjadi produk pada tahun 1986.

Apple menghentikan sokongan bagi Object Pascal apabila mereka berhijrah dari cip Motorola 68K kepada senibina IBM's PowerPC pada tahun 1994.

Tahun Borland sunting

Pada tahun 1986, Borland memperkenalkan tambahan serupa, juga dikenali sebagai Object Pascal, bagi keluaran Turbo Pascal bagi Macintosh, dan pada 1989 untuk Turbo Pascal 5.5 bagi DOS. Apabila Borland menumpu kembali dari DOS kepada Windows pada tahun 1994, mereka mencipta pengganti Turbo Pascal, dikenali sebagai Delphi dan memperkenalkan set baru sambungan bagi mencipta apa yang sekarang ini dikenali sebagai bahasa Delphi language. Pembangunan development bermula sekitar 1993 dan Delphi 1.0 dibebaskan secara rasmi di was officially released in US pada 14 Februari 1995. Ia menonjolkan sintak tidak serasi menggunakan katakunci class menggantikan object, pembina Create dan pemusnah Destroy maya (dan menyingkirkan keperluan memangil New dan Dispose procedures), properties, penujuk kaedah (method pointers), dan yang lain-lain. Ini jelas diilhamkan oleh lakaran kerja ISO bagi sambungan berorentasikan objek, tetapi banyak perbezaan dengan loghat Turbo Pascal (sebagaimana dinyatakan dalam lakaran ISO bahawa semua kaedah secara maya) diabaikan. Bahasa Delphi terus berkembang sepanjang tahun bagi menyokong konsep bahasa baru seperti integer 64-bit dan jujukan dinamik (dynamic arrays).

Versi 3 sunting

Panduan pengguna Delphi Version 3.
Panduan pengguna Delphi Version 3.

Dokumentasi Delphi 3.0 menyatakan bahawa ia serasi dengan Microsoft Windows 95, NT 3.51 (SP5+), atau NT 4.0 Workstation. Ia diedar dengan edisi-Delphi Perisai Pemasang Pintar (Install Shield Wizard). Bergantung kepada pilihan dipasang, 50 hingga 170 MB ruang cakera di mesin pembangunan diperlukan. Hardware diperlukan ditunjukkan sebagai:

  • Windows 95; 80486 atau pemproses lebih baik; 8Mb ingatan sistem (12 dicadangkan); VGA (640x480 pixel) atau monitor resolusi lebih tinggi; pemancu CD-ROM; dan peranti penunjuk.
  • Windows NT; 80486 atau pemproses lebih baik; 16Mb ingatan sistem; VGA (640x480 pixel) atau monitor resolusi lebih tinggi; pemancu CD-ROM; dan peranti penunjuk.

Version 3 mempunyai pilihan bagi pengkalan data tempatan sambungan dengan Oracle, Sybase Db-Lib, Microsoft SQL Server, Informix, DB/2, dan InterBase back-end. Sesetengah bungkasan di sertakan bersama dengan Borland's InterBase SQL yang sepatutnya boleh laksana bagi samaada Windows 95 atau NT. Versi pembangunan Interbase ini terhad bagi empat pengguna serentak.

Salinan lengkap Delphi 1.0 dimasukkan dalam CD bagi mereka yang masing melakukan pembangunan 16-bit Windows 3.1.

Penkompil sunting

Penterjemah sunting

Pascal Script (dahulunya dikenali sebagai InnerFuse) adalah sumber terbuka penterjemah/enjin skrip Object Pascal yang ditulis menggunakan Delphi. Menyokong subset Object Pascal secara terhad.

Contoh Hello world sunting

Object Pascal Apple sunting

 program ObjectPascalExample;
type THelloWorld = object procedure Put; end;
var HelloWorld: THelloWorld;
procedure THelloWorld.Put; begin WriteLn('Hello, World!'); end;
begin New(HelloWorld); HelloWorld.Put; Dispose(HelloWorld); end.

Object Pascal Turbo Pascal sunting

 program ObjectPascalExample;
type PHelloWorld = ^THelloWorld; THelloWorld = object procedure Put; end;
var HelloWorld: PHelloWorld; { this is a pointer to a THelloWorld }
procedure THelloWorld.Put; begin WriteLn('Hello, World!'); end;
begin New(HelloWorld); HelloWorld^.Put; Dispose(HelloWorld); end.

Object Pascal Delphi sunting

 program ObjectPascalExample;
type THelloWorld = class procedure Put; end;
var HelloWorld: THelloWorld;
procedure THelloWorld.Put; begin WriteLn('Hello, World!'); end;
begin HelloWorld := THelloWorld.Create; HelloWorld.Put; HelloWorld.Free; end.

Object Pascal Chrome sunting

 namespace ObjectPascalExample;
interface
type ConsoleApp = class class method Main; end;
THelloWorld = class method Put; end;
implementation
method THelloWorld.Put; begin Console.WriteLine('Hello, World!'); end;
class method ConsoleApp.Main; begin var HelloWorld := new THelloWorld; HelloWorld.Put; end;
end.

Object Pascal dalam Pasaran Perisian sunting

Sungguhpun .NET dan Java menguasai pasaran indutri perisian, Delphi memiliki pasaran yang penting dan kawasan di mana ia membuktikan penguasaannya [perlu rujukan].

Pautan luar sunting

CodeGear

Pengenalan bagi Object Pascal:

Panduan Bahasa Object Pascal Delphi:

Free Pascal Object Pascal reference guide:

GNU Pascal: