Obsesi ialah sebuah siri drama televisyen 2008 arahan Murali Abdullah dibintangi oleh Lisa Surihani dan Remy Ishak.[1][2][3] Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 5 November hingga 28 Disember 2008 menggantikan Kasih Iftitah.

Obsesi
GenreDrama, cinta, konflik, keluarga
Ditulis olehAbdul Rahim Awang
PengarahMurali Abdullah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Bukan di Sini" oleh Sofaz
Lagu penutup"Bukan di Sini" oleh Sofaz
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod25
Penerbitan
PenerbitFadzil Teh
Tempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal5 November 2008 – 28 Disember 2008

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang perkahwinan Tengku Azzuddin (Remy Ishak) dengan Shirly Chua (Estelle Looi) yang tidak direstui oleh keluarga kedua-dua belah pihak. Walaupun rumahtangga mereka bahagia kerana saling mencintai, hidup mereka terpencil daripada kaum keluarga dan sanak saudara. Malah ada ahli keluarga kedua-dua belah pihak yang langsung tidak tahu tentang perkahwinan mereka.

Shirly berasal dari keluarga kaya, tetapi ibu dan ayahnya telah meninggal dunia. Dia cuma mempunyai seorang adik bernama Paul (Zachery F) dan sebahagian besar harta pusaka telah diwasiatkan oleh ayahnya kepada Shirly. Keadaan ini membuatkan Paul tidak berpuas hati dan apabila Shirly berkahwin dengan Tengku Azzuddin, Paul menganggap Tengku Azzuddin mahu membolot harta Shirly, lalu memusuhinya.

Pada suatu hari, dua tahun lalu selepas Tengku Azzuddin dan Shirly mendirikan rumahtangga, Tengku Mariam (Hjh Fauziah Nawi), ibu Tengku Azzuddin, telah mengadakan majlis hari jadinya di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Dia hanya menjemput ahli keluarga terdekat sahaja namun oleh kerana Shirly merupakan menantu yang tidak direstui, dia tidak dijemput ke majlis itu.

Shirly yang tidak mahu hubungan suami dengan ibu mertuanya terputus mendesak Tengku Azzuddin supaya menghadiri majlis itu. Untuk mengelakkan dari bersengketa disamping mencurigai isterinya curang, Tengku Azzuddin bersetuju untuk pergi namun di tidak ke rumah ibunya sebaliknya dia ke pejabat. Keadakan menjadi kelam kabut apabila Shirly ditemui oleh pembantu rumahnya mati dibunuh.

Polis mengklasifikasikan kejadian di rumah Tengku Azzuddin sebagai rompak dan bunuh namun Paul tidak bersetuju dengan klasifikasi yang dibuat oleh polis. Dia yakin Tengku Azzuddin bertanggungjawab, lebih-lebih lagi apabila semua harta yang ada atas nama Shirly bakal menjadi milik Tengku Azzuddin. Dia tidak berpuas hati kerana Tengku Azzuddin tidak ditangkap dan didakwa.

Apabila perbincangan dengan peguam tidak mendatangkan hasil yang diingini, dia bersumpah akan mencari sendiri maklumat yang boleh membuktikan kesalahan Tengku Azzuddin. Manakala, Tengku Mariam yang kasihan dengan anaknya yang sentiasa murung ingin menjodohkan Tengku Azzuddin dengan Suriati (Lisa Surihani). Berjayakah Paul membuktikan Tengku Azzuddin sebagai pembunuh? Siapakah pembunuh sebenar Shirly dan dapatkah Tengku Azzuddin menerima Suriati dalam hidupnya?

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Tema sunting

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar: "Siri ini juga memberi pengajaran dan mendidik penonton dengan mengetengahkan pelbagai ilmu berkaitan undang-undang yang diguna-pakai di Malaysia, adat resam orang melayu serta wasiat dan pembahagian harta mengikut undang-undang sivil. Ia juga menyalurkan maklumat berkaitan dengan usaha pelbagai agensi kerajaan untuk kesejahteraan rakyat, terutama pasukan polis, dan kerjasama yang diperlukan oleh agensi-agensi kerajaan daripada rakyat. Selain memberikan pengajaran dan teladan, ia juga sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat".[4]

Rujukan sunting

  1. ^ Saharudin Musthafa (5 November 2008). "Obsesi temukan Remy dan Lisa". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-02. Dicapai pada 2 Mac 2015.
  2. ^ Niezam Abdullah, Wanda Idris (28 Disember 2008). "Remy & Lisa serasi sehati". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-02. Dicapai pada 2 Mac 2015.
  3. ^ "Obsesi". aimanabdullah.com.
  4. ^ Budiey (3 November 2008). "Slot Samarinda: Drama Obsesi lakonan Lisa Surihani dan Remy Ishak". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 April 2010.