Ogung merupakan alat muzik sekaligus alat komunikasi yang digunakan oleh masyarakat batak di Indonesia. Ogung itu sendiri berbentuk gong dengan saiz yang berbeza-beza. Ogung adalah salah satu bahagian daripada Gondang sabangunan (terdiri dari taganing, ogung, Sarune dan Hesek), yang digunakan untuk upacara adat seperti upacara meninggal orang tua yang sudah punya cicit, menggali tulang orang tua untuk dipindahkan ke bangunan yang telah disediakan, bahkan pada upacara adat perkahwinan.

Sejarah sunting

Sampai sekarang asal mula ogung di tanah batak masih menjadi misteri. Banyak cerita yang melatarbelakangi asal usul ogung. Ada yang berpendapat bahawa ogung adalah buatan masyarakat batak itu sendiri, sebab ogung merupakan salah satu bahagian dari Gondang sabangunan, alat muzik tradisional Batak yang diyakini semuanya dibuat oleh nenek moyang orang batak dan hanya dipakai oleh orang batak. Namun ada pendapat lain bahawa ogung bukanlah produk asli orang batak, tetapi berasal dari luar Sumatera Utara. Ada yang mengatakan bahawa ogung berasal dari Pulau Jawa, tapi ada juga yang mengatakan bahawa ogung berasal dari India.[1]

Macam-macam sunting

Seiring dengan banyaknya sub-etnik dalam suku batak itu sendiri (terdiri dari Toba, Karo, Mandailing, Angkola-Sipirok, Simalungun dan Pakpak), setiap sub-etnik mempunyai peranti ogungnya sendiri.[2] Penamaan ogung yang berbeza disebabkan perbezaan latar budaya. Ini adalah macam-macam ogung dari setiap sub-etnis:

Sub-etnik Toba sunting

  1. Ogung Panggora: Panggora mempunyai erti "yang berseru, memberi kesan kejut". Disebut demikian kerana bunyinya yang menggelegar dan keras berbanding ogung-ogung lain.
  2. Ogung Ihutan: Dinamai ogung Ihutan kerana tugasnya mengikuti bunyi ogung Oloan. Ikutan bererti "yang mengikuti". Nama lain ogung ini adalah pangalusi bererti "jawapan". Ogung ini mempunyai nada yang lebih tinggi berbanding ogung Oloan.
  3. Ogung Doal: ogung ini berfungsi menambah variasi bunyi ogung saja, dengan menambah ritme tambahan, terdiri atas beberapa jenis, antara lain:
    1. Ogung Doal Oloan: ogung yang mempunyai nada rendah. Ogung ini menghasilkan bunyi yang beritme berterusan supaya diikuti bunyi ogung lain. Hal ini yang menyebabkan ogung ini dinamakan Oloan yang bererti "diikuti" Disebut-sebut sebagai kepala pemimpin semua ogung.
  4. Ogung Jeret

Sub-etnik Karo sunting

  • Ogung Gung

Jenis ogung saiz besar.

  • Ogung Panganak (anak ogung)

Jenis ogung yang lebih kecil dari Gung.

Sub-etnik Mandailing dan Angkola-Keprok sunting

Kedua-dua sub-etnik ini memiliki penamaan ogung yang sama, iaitu:

  • Ogung Jantan (laki-laki) dan ogung Dadaboru (perempuan)

Kedua ogung ini adalah yang terbesar dari ogung lain

  • Ogung Pamulosi, Panongahi, dan Pandoali

Ketiga-tiga mereka merupakan ogung yang lebih kecil dari ogung Jantan dan Dadaboru. Sering disebut sebagai ogung Mong-mongan

Sub-etnik Simalungun sunting

  • Ogung Sibanggalan (besar) dan ogung Sietekan (lebih kecil)

Keduanya merupakan ogung besar, hanya saja punya saiz berbeza.

  • Ogung Mong-mongan

Terdiri dari dua buah ogung kecil.

Sub-etnik Pakpak sunting

Terdiri daripada tiga ogung iaitu Takudep, Poi, dan pongpong.

Kualiti sunting

High ogung milik orang Batak sebenarnya sama sahaja dengan gong yang lain di pelosok daerah di Indonesia, iaitu diperbuat daripada logam, berdiameter 16-65 cm, mempunyai ketebalan kisaran 2,5-10 cm, dan mempunyai pencu (bahagian tengah ogung yang menonjol keluar). Akan tetapi, walaupun dewasa ini banyak muncul pengrajin ogung di tanah batak, beberapa pemuzik batak lebih menyukai gong yang berasal dari Pulau Jawa, kerana bunyinya yang lebih sedap didengar.

Pemilikan sunting

Setiap sub-etnik dalam masyarakat Batak punya ciri-ciri pemilikan ogung. Pada orang Karo, ogung wajib hukumnya dimiliki setiap desa sehingga semua warga di desa tertentu bersama-sama memiliki dan merawat ogung itu. Berbeza dengan orang Karo, orang Pakpak menganggap ogung adalah benda yang mewah dan berharga. Jika sebuah keluarga mempunyai ogung, hal ini petanda bahawa keluarga ini orang terpandang. Itulah sebabnya ogung bagi orang Pakpak identik dengan "raja" dan "harta" sebab yang mempunyai ogung biasanya keluarga kerajaan atau orang kaya.[3]

Fungsi sunting

Seperti telah disebutkan di atas, ogung berfungsi sebagai alat muzik tradisional. Namun di lain sisi, ogung mempunyai fungsi lain yang dikhususkan dalam masyarakat batak. Pada zaman dahulu kala di mana belum ada alat komunikasi canggih seperti sekarang ini, ogung digunakan sebagai alat komunikasi dengan masyarakat setempat bila terjadi hal-hal tertentu yang urgent, seperti misalnya ada kebakaran, ada pencuri, ada penyerang yang disyaki, dll. Terutama bila memanggil orang untuk mengadakan pertemuan tertentu oleh masyarakat itu. Demikianlah fungsi ogung sebagai alat komunikasi dalam masyarakat batak, di mana yang digunakan hanya satu jenis, bukan secara keseluruhan seperti di Gondang sabangunan.

Penggunaan zaman sekarang sunting

Seiring dengan perkembangan zaman, populariti ogung sebagai alat komunikasi dalam masyarakat batak mulai menurun. Hal ini disebabkan banyaknya inovasi alat komunikasi baru seperti telefon, handphone, bahkan social networking yang diminati ramai masyarakat Indonesia, termasuk masyarakat batak di Sumatera Utara. Oleh kerana itu ogung hanya digunakan untuk event-event tertentu seperti pengesahan bangunan, dll. Bukan hanya itu saja populariti ogung juga lebih dikenali sebagai bahagian dari alat muzik tradisional Batak, Gondang sabangunan yang sering mengiringi acara-acara khas Batak, contohnya acara reuni tahunan marga tertentu atau perkahwinan adat.

Rujukan sunting

  • Bungaran Antonius Simanjuntak. 2006. Struktur Sosial dan Sistem Politik Batak hingga 1945: Suatu Pendekatan Antropologi dan Budaya Politik. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.

Pautan luar sunting