Oja (penyanyi)

Daninas Huza bin Daud atau lebih dikenali sebagai Oja merupakan seorang penyanyi Malaysia yang popular sekitar 1990-an ketika beliau masih remaja. Beliau popular dengan lagu-lagu berentak balada seperti Dasira dan Maafkanku Ibu. Selepas itu, beliau lebih dikenali sebagai pemuzik di kelab malam dan juga pemuzik undangan untuk pelbagai acara.

Oja
Kelahiran
Daninas Huza bin Daud

(1979-07-04) 4 Julai 1979 (umur 43)
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, penggubah lagu, penulis lirik, pengarah muzik, pengaturcara muzik, penata bunyi, pelakon
Ibu bapaNasmalehan Ismail (Nas Atea) - ibu
SaudaraKhairool Idlan - bapa saudara
Afzainizam Ismail - bapa saudara
Ikhtiman Ismail - bapa saudara
Allahyarham Mastura Ismail - ibu saudara
Linda Ismail - ibu saudara
Kerjaya muzik
Juga dikenali sebagai
Oja GV7
GenreBalada, slow rock
InstrumenVokal, gitar, gitar bass, dram, papan nada
Tahun aktif1989–kini
Syarikat rakaman
Tunable Record Sdn. Bhd.
Pengkarya berkait
Tunable Band

Pada tahun 2016, beliau bergelar penyanyi untuk Tunable Band yang turut dianggotai oleh Botak (pemain gitar bass) dan dua orang bekas anggota kumpulan Spoon iaitu Boy atau Saifulnizam Mohamed Jelani (pemain gitar) dan Mohd Shahnaz Shaharudin (pemain dram). Penyertaan beliau dalam rancangan hiburan realiti Gegar Vaganza musim yang ketujuh pada tahun 2020 telah menaikkan semula nama beliau di persada seni tanah air.

Kehidupan awalSunting

Oja membesar dalam sebuah keluarga seni. Ibu beliau, Nas Atea, merupakan seorang penyanyi era 1980-an. Oja juga merupakan anak saudara kepada Khairool Idlan (seorang lagi penyanyi terkenal era 1980-an), Allahyarham Mastura Ismail (yang lebih dikenali sebagai Mastura Ali) yang terkenal dengan lagu-lagu loghat Negeri Sembilan seperti lagu Apo Kono Eh Jang dan Linda Ismail (pernah menghasilkan album Solid Gold bersama Khairool Idlan). Dua orang lagi bapa saudara beliau iaitu Afzainizam Ismail dan Ikhtiman Ismail lebih terkenal sebagai komposer dan penerbit rakaman.

Kehidupan peribadiSunting

Oja pernah melangsungkan perkahwinan sebanyak tiga kali. Beliau berkahwin buat kali pertama pada tahun 2001 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Walau bagaimanapun, perkahwinan tersebut hanya bertahan selama lima tahun.

Beliau berkahwin buat kali kedua pada tahun 2007 dan dikurniakan seorang anak lelaki. Walau bagaimanapun, perkahwinan tersebut juga berakhir dengan perceraian pada tahun 2010.

Beliau kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali ketiga pada tahun 2016. Perkahwinan tersebut kekal sehingga ke hari ini.[1]

KerjayaSunting

Memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 10 tahun. Drama pertamanya adalah Alahai Anak Omak pada tahun 1989[2].

Beliau bekerjasama dengan ibu saudaranya, Mastura Ali menghasilkan dua album, Ceneke (1994) dan Apo Salah Eh (1995).

Selepas tamat tingkatan 5, Oja terus aktif sebagai pemuzik. Beliau membuat persembahan di kelab, hotel dan pelbagai acara di seluruh Malaysia dan telah bersama membuat persembahan bersama lebih 50 band muzik[3]

Oja mahu mencipta lagu untuk kumpulan Spoon lalu menubuhkan syarikat rakaman Tunable Record Sdn Bhd. Namun pelbagai masalah timbul terutama isu penyanyi menyebabkan Oja terpaksa menjadi bidan terjun. Susunan muzik asalnya untuk kesesuaian Azlong, adik kepada Along tetapi susunan tersebut tidak sesuai dengan key suara Oja menyebabkan nyanyian Oja kedengaran pelik. Akibatnya Oja dikritik hebat oleh peminat Spoon. Oja membuat keputusan untuk keluar daripada Spoon dan menubuhkan kumpulan baru iaitu Tunable Band bersama dengan dua bekas anggota kumpulan Spoon, Boy atau Saifulnizam Mohamed Jelani, 37, (gitaris) dan Mohd Shahnaz Shaharudin, 37, (dram). Oja berpendapat Spoon adalah satu nama besar dan mempunyai peminat yang sangat fanatik.

Pada tahun 2020, Oja telah menyertai program realiti Gegar Vaganza.

Gegar Vaganza 2020Sunting

Oja merupakan salah seorang bintang yang menyertai program Gegar Vaganza untuk musim ketujuh (GV7) terbitan Astro bagi tahun 2020. Berikut merupakan jadual lagu tugasan yang diberikan pada setiap minggu.

Minggu Tema Lagu Tugasan Penyanyi Asal Kedudukan Markah Anugerah
1 Grand Konsert Dasira Oja 11 61.50%
2 Sama Naik Sepenuh Hati Kumpulan Spoon 5 67.90% Anugerah Digi Next Level
3 Cuba Try Test Satu Peluang Andi Bernadee 7 63.00% Bintang Cuckoo Healthy Home
4 Lagu Berhantu Kebahagian Dalam Perpisahan Shahir AF8 7 62.60%
5 Tahu Tahu Sampai Ketulusan Hati Anuar Zain 9 62.60%
6 Double Special Sembilu (duet bersama Black Hanifah) Ella 5 67.30%
7 Take Over Amalina Santesh 1 73.7% Bintang Paling Power Meow
8 (Suku Akhir) GV Throwback Memori Cinta Luka Nassier Wahab 5 59.60%
9 (Separuh Akhir) Outstation Biso Bonar

Fantasia Musim Cinta

Hattan

Iwan

1 69.90% Bintang Paling Power Meow
10 (Final) Konsert Akhir Di sini Cinta Di sana Rindu (duet bersama Siti Nordiana)

Jujur

Tajul dan Wany Hasrita

Radja

6 61.70% Anugerah Digi Next Level

DiskografiSunting

Album Solo
Tahun Judul Penerbit Edaran Lagu Popular
1992 Anak Jalanan Khairool Idlan Life Records Dasira
1993 Cepat-cepat Khairool Idlan Life Records Maafkan Aku Ibu
1996 Kerangka Ikhtiman Ismail Polygram Persis Wajahmu
Album Duet (bersama Mastura)
Tahun Judul Penerbit Edaran Lagu Popular
1994 Ceneke Ikhtiman ismail Suria Records Apo Kono Eh Jang
1995 Apo Salah Eh Ikhtiman Ismail Suria Records Apo Salah Eh

RujukanSunting

Pautan luarSunting