Oksida bes ialah sejenis oksida yang menunjukkan sifat bes, bertentangan dengan oksida asid. Oksida bes ataupun "bes kontang" lazimnya terbentuk melalui tindak balas oksigen dengan logam, terutamanya logam alkali (peringkat pengoksidaan +1) serta logam alkali bumi (peringkat pengoksidaan +2). Kedua-duanya merupakan oksida berion dan dapat larut dalam air untuk membentuk larutan bes hidroksida logam sementara unsur bukan logam membentuk oksida asid. Sebagai contoh, litium oksida Li2O menjadi bes, LiOH, dan barium oksida, BaO menjadi Ba(OH)2 selepas bertindak balas dengan air. Secara umum, kebesan oksida meningkat apabila menuruni di bahagian kiri jadual berkala ketika ciri-ciri logam unsur menjadi semakin ketara.[1] Tindak-tindak balas pembentukan adalah seperti di bawah:

  • Logam alkali (kumpulan 1)
X2O + H2O → 2XOH
  • Logam alkali bumi (kumpulan 2)
XO + H2O → X(OH)2

Berilium oksida, BeO ialah satu pengecualian; berilium oksida bercenderung terhadap sifat amfoterik (kedua-dua sifat asid dan bes).[2]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Dr.Verma, Khanna, Dr.Kapila (2017). Comprehensive Chemistry XI. Laxmi Publications. m/s. 164.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Atkins, P.; Overton, T.; Rourke, J.; Weller, M.; Armstrong, F. (2006). Inorganic Chemistry. Oxford University Press. m/s. 263–278.CS1 maint: multiple names: authors list (link)