20 Oktober
tarikh
(Dilencongkan dari Oktober 20)
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | |||||
3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 |
10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 |
17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 |
24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 |
31 | ||||||
2021 |
20 Oktober merupakan hari ke-293 (hari ke-294 dalam tahun lompat) dalam takwim Gregorius. Tinggal 72 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
PeristiwaSunting
- 1740 - Maria Theresa (gambar) menaiki takhta Habsburg Austria, selaras dengan Persetujuan Pragmatik 1713.
- 1818 - United Kingdom dan Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian 1818, yang menetapkan sempadan Kanada – Amerika Syarikat mengikut selarian ke-49 utara.
- 1827 - Perang Kemerdekaan Yunani: Tentera laut bersekutu United Kingdom, Perancis dan Rusia memusnahkan gabungan armada Turki Uthmaniyyah dan Mesir di Pertempuran Navarino.
- 1941 - Perang Dunia Kedua: Beribu-ribu orang awam di Kragujevac di Serbia yang diduduki Jerman dibunuh dalam Pembunuhan Kragujevac.
- 1973 - Sydney Opera House di Sydney, Australia dibuka secara rasmi oleh Ratu Australia Elizabeth II.
- 2007 - Ali Larijani meletakkan jawatannya sebagai ketua perunding program nuklear Iran dan setiausaha Majlis Keselamatan Tertinggi Iran.
- 2009 - ECOWAS menggantung keahlian Niger atas sebab krisis perlembagaannya yang masih berlangsung.
- 2011 - Pemimpin Libya yang digulingkan Muammar Gaddafi terbunuh di Sirte, dengan Tentera Pembebasan Kebangsaan Libya menguasai bandar tersebut.
KelahiranSunting
- 1784 – Henry John Temple, Viscount ke-3 Palmerston, cendekiawan Inggeris dan Perdana Menteri United Kingdom (meninggal 1865)
- 1859 – John Dewey, filsuf dan ahli psikologi Amerika Syarikat (meninggal 1952)
- 1942 – Christiane Nüsslein-Volhard, ahli biologi dan genetik Jerman, pemenang Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan
- 1946 – Elfriede Jelinek, penulis Austria, pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan
- 1947 - Abdul Hadi bin Awang, seorang Menteri Besar Terengganu ke-11
- 1990 - Mayada, seorang penyanyi Indonesia
KematianSunting
- 1964 - Herbert Hoover, Presiden Amerika Syarikat ke-31
- 1967 – Shigeru Yoshida, diplomat dan Perdana Menteri Jepun ke-32 (lahir 1878)
- 1987 –Andrey Kolmogorov, ahli matematik Rusia (lahir 1903)
- 1999 – Jack Lynch, pemain bola sepak, peguam, dan Perdana Menteri Ireland ke-5 (lahir 1917)
- 2011 - Muammar Gaddafi, Ketua Negara Libya
- 2011 – Mutassim Gaddafi, kolonel tentera dari Libya (lahir 1977)
- 2012 – Paul Kurtz, filsuf dan cendekiawan dari Amerika Syarikat (lahir 1925)
- 2018 – Wim Kok, Perdana Menteri Belanda (lahir 1938)