28 Oktober
tarikh
(Dilencongkan daripada Oktober 28)
<< | Oktober | >> | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | ||
6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 |
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 |
20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 |
27 | 28 | 29 | 30 | 31 | ||
2024 |
28 Oktober merupakan hari ke-301 (hari ke-302 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 64 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Ohi di Greece (1940),
- Hari Perayaan Simon si Zilot dan Jude (Kristian Barat).
- Hari Kemerdekaan di Republik Czech daripada Austria-Hungary.
Peristiwa
sunting- 312 - Maharaja Rom Constantine Agung menewaskan Maxentius dalam Pertempuran Jambatan Milvian, dan dengan itu menamatkan Tetrarki.
- 1516 - Perang Uthmaniyah–Mamluk: Mamluk gagal untuk menghentikan kemaraan Uthmaniyah ke Mesir dalam Pertempuran Yaunis Khan.
- 1886 - Di Pelabuhan New York, Presiden Amerika Syarikat Grover Cleveland mentahbiskan Patung Liberty (gambar) yang merupakan hadiah daripada Perancis bagi memperingati ulang tahun ke-100 Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat.
- 1914 - Pertempuran Pulau Pinang berlaku di antara Empayar Rusia dan Empayar Jerman.
- 1918 - Czechoslovakia mencapai kemerdekaan daripada Austria-Hungary.
- 1922 - Kumpulan Fasis Blackshirts berarak menuju ke Rome untuk mengambil alih kerajaan Itali.
- 1940 - Kempen Balkan dalam Perang Dunia Kedua: Itali menyerang Greece selepas Greece menolak kata dua Itali.
- 1954 - Kerajaan Belanda diasaskan semula sebagai federasi dengan pengisytiharan Piagam Kerajaan Belanda.
- 2007 - Cristina Fernández de Kirchner terpilih menjadi Presiden Argentina wanita yang pertama, menggantikan suaminya Néstor Kirchner.
- 2009 - Penerbangan ujian pertama dalam program Ares I, Ares I-X berjaya dilancarkan NASA.
- 2010 - Tianhe-I di Tianjin, Republik Rakyat China, menjadi superkomputer terpantas di dunia.
- 2011 - Teater Bolshoi di Moscow (gambar) dibuka semula selepas pengubahsuaian enam tahun berharga 21 bilion rubel (AS$ 680 juta).
- 2012 - Parti Demokratik Sosial memenangi kemajmukan dalam pilihan raya parlimen bagi negara Lithuania.
Kelahiran
sunting- 1956 - Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran ke-6
- 1981 - Milan Baros, pemain bola sepak Elman F.C.