Ola Teigen (11 Februari 1937 – 28 Julai 1970) merupakan ahli politik Norway dari Parti Buruh. Beliau dilahirkan di Ankenes. Teigen pernah berkhidmat sebagai timbalan perwakilan Parlimen Norway dari Nordland untuk penggal 1965 hingga 1969. Di peringkat tempatan, beliau merupakan ahli bandar raya Oslo dari 1963 hingga 1967.

Dari tahun 1964 hingga 1969, beliau menjadi pemimpin Liga Pemuda Buruh, sayap pemuda Parti Buruh. Beliau kemudiannya meletak jawatan semasa kontroversi kontrak dengan Agensi Perisikan Pusat. dimana menyebabkan beliau membunuh diri pada tahun berikutnya setelah mengalami masalah mental.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ NTB. "Ensomt på toppen når kriser rammer". E24 (dalam bahasa Norwegian). Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-20. Dicapai pada 2007-11-09.CS1 maint: unrecognized language (link)