Olaudah Equiano (disebut [o.la.u.dah é.ki.a.no], s. 1745 - 31 Mac 1797) atau juga Gustavus Vassa[5][6] adalah seorang bekas hamba, penulis dan aktivis abolisionis; beliau pernah diperhambakan berikutan suatu penculikan di rantau Eboe Kerajaan Benin (kini di selatan Nigeria) kepada pegawai Tentera Laut Diraja di Caribbean sebelum membebaskan diri pada tahun 1766.

Olaudah Equiano
Potret menghiasi autobiografi 1789 beliau lakaran Daniel Orme
Kelahirans. 1745
Meninggal dunia31 Mac 1797 (usia 52 tahun)
Nama lainGustavus Vassa, Gustavus Weston, Jacob, Michael
PekerjaanKelasi, saudagar, penulis, aktivis
Terkenal keranaPenggiat abolisionis; autobiografinya
PasanganSusannah Cullen (k. 1792; kematian 1796)
Anak-anakAnna Maria Vassa
Joanna Vassa

Berikutan pembebasan tersebut, beliau terlibat dalam pergerakan menghapuskan perhambaan di Britain terutamanya dalam Sons of Africa. Beliau turut menulis memoir mengenai pengalamannya diperhambakan yang banyak mengejutkan khalayak umum British terhadap kesengsaraan dihadapi orang-orang sebangsanya; ia turut dianggap sebagai "permulaan sastara Afrika modern yang sesungguhnya".[7]

Awal hidup sunting

Equiano dalam catatannya lahir di Essaka, kawasan Eboe di Kerajaan Benin yang kini merangkumi tenggara negara Nigeria. Beliau dan seorang adiknya diculik ketika dia berusia 11 tahun sebelum dipisahkan dan dijualkan kepada pedagang hamba utuk diperhambakan. Beliau tidak lama kemudian diserahkan kepada sekumpulan penghamba Eropah yang membawanya dan 244 orang Afrika lain[8][9] merentasi Lautan Atlantik ke jajahan Barbados di Hindia Barat British, Olaudah dan seberapa hamba lain didagangkan lanjut ke destinasi terakhir mereka di Jajahan Virginia.

Perhambaan sunting

Beliau dibeli seorang leftenan Tentera Laut Diraja British, Michael Henry Pascal yang menamakan dengan nama baru 'Gustavus Vassa' sempena Gustav Vasa - Gustav merupakan seorang bangsawan Sweden yang terkenal dalam memimpin perang yang menggulingkan kuasa Denmark yang menguasai gabungan negerinya dalam Kesatuan Kalmar, lalu kejayaan dalam peperangan ini memerdekakan Sweden lalu memecah sebagai sebuah kerajaan yang tersendiri.[8] Pascal membawa Equiano kembali ke England di mana Equiano diupah sebagai seorang valet semasa Pascal terlibat dalam Perang Tujuh Tahun menentang pihak Perancis - Equiano sendiri menjadi saksi kepada seberapa peperangan yang berlaku dalam kerahan ini iaitu Pertempuran Louisbourg (1758), Pertempuran Lagos (1759) dan Pengepungan Belle Île (1761). Olaudah turut dilatih menjadi kelasi yang ditugaskan mengangkut mesiu untuk disediakan menembak kapal-kapal musuh; malah beliau turut diajar membaca dan menulis oleh seorang kakak ipar Pascal di Great Britain

Pada Disember 1762, Olaudah dijual kepada seorang kapten bernama James Doran di Gravesend, Kent; dari sana Olaudah dibawa berlayar ke pulau Montserrat. Di Montserrat, beliau diserahkan kepada seorang saudagar Quaker Philadelphia bernama Robert King yang[10] mengerahkannya menguruskan laluan perkapalan dan kedai-kedainya.

Pembebasan sunting

Ketika Olaudah berusia 20 tahun pada 1765, King menjanjikan bahawa beliau boleh membebaskan diri dengan harga badan sebanyak 40 paun sterling.[11] King juga pada ketika ini mengajarnya membaca dan menulis dengan lebih lancar serta berniaga untuk diri sendiri - Olaudah berniaga buah-buahan, bekas kaca dan banyak barangan lain. Olaudah berjaya memerdekakan diri setahun kemudian, dan beliau segera siap berlayar ke England memandangkan statusnya sebagai orang merdeka (freedman) mendatangkan bahaya kepadanya di sini.

Penggiatan aktivisme sunting

Tidak lama selepas merdekanya Amerika British dalam suatu revolusi sengit menentang pihak British pada 1783, Equiano terlibat membantu hal kebajikan golongan hamba yang melarikan diri dan dimerdekakan semasa peperangan ini meletus baik di Amerika mahupun di Carribean yang dipanggil The Black Poor - sebanyak 20,000 orang.[12] Sebanyak 3,000 orang bekas hamba ini berpindah memulakan hidup baru baik di Nova Scotia, Sierra Leone mahupun di kota London sendiri.

Ketika masa ini juga beliau mengarang autobiografi sendiri iaitu The Interesting Narrative of the Life of Olaudah Equiano, or Gustavus Vassa, the African (1789) yang mengiashkan riwayat hidupnya dari zaman muda yang penuh adat resam masyarakat Igbo (atau "Eboe" sepertimana yang dieja dahulu) ke penculikan dan pelayarannya dan sepanjang perhambaannya. Buku dikarang ini sangat laris sehingga banyak pembaca di dunia Barat terkesan malu hiba membaca kesengsaraan yang diceritakan dalam perhambaannya; kesan ini mendampak kepada menguatnya pergerakan penghapusan permhambaan di serata Eropah serta juga di Dunia Baru.[13]

Pada 7 April 1792, Equiano berkahwin dengan seorang wanita Inggeris Susannah Cullen, di St Andrew's Church, Soham, Cambridgeshire; mereka bermukim di sana serta dikurniakan dua orang anak perempuan, Anna Maria (1793–1797) dan Joanna (1795–1857). Susannah meninggal dunia ketika berusia 34 tahun pada bulan Februari 1796.

Senja hidup sunting

Equiano meninggal pada 31 Mac 1797.[8] Mayatnya dikebumikan di Whitefield's Tabernacle, Tottenham Court Road 6 hari kemudian masih dengan nama Eropahnya - "Gustus Vasa, 52 years, St Mary Le bone"[14][15] - kini di Whitfield Gardens.[16] Wasiat beliau turut mengamanahkan agar separuh kekayaannya diberikan kepada Syarikat Sierra Leone dan separuh lagi kepada London Missionary Society sekiranya kedua-dua anaknya meninggal dunia sebelum mencecah usia dewasa majoriti (age of majority).

Rujukan sunting

  1. ^ Onyeoziri, F. (2008). Olaudah Equiano: Facts about his People and Place of Birth. Diarkibkan daripada yang asal pada |archive-url= requires |archive-date= (bantuan). Unknown parameter |archive= ignored (bantuan).
  2. ^ A. Alabi (2005). Telling Our Stories: Continuities and Divergences in Black Autobiographies. Springer. m/s. 54. ISBN 978-1403980946. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2017.
  3. ^ Carretta, Vincent (2005). Equiano, the African: Biography of a Self-Made Man. University of Georgia Press. m/s. xvi. ISBN 978-0-8203-2571-2.
  4. ^ Carretta, Vincent (2005). Equiano, the African: Biography of a Self-made Man. University of Georgia Press. m/s. 365.
  5. ^ Lovejoy, Paul E. (2006). "Autobiography and Memory: Gustavus Vassa, alias Olaudah Equiano, the African". Slavery & Abolition. 27 (3): 317–347. doi:10.1080/01440390601014302.-->
  6. ^ Christer Petley, White Fury: A Jamaican Slaveholder and the Age of Revolution (Oxford: Oxford University Press, 2018), p. 151.
  7. ^ O. S. Ogede, "'The Igbo Roots of Olaudah Equiano' by Catherine Acholonu", Africa: Journal of the International African Institute, Vol. 61, No. 1, 1991, at JSTOR (langganan diperlukan)
  8. ^ a b c "Olaudah Equiano". BBC History. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Julai 2006. Dicapai pada 5 Julai 2006.
  9. ^ Equiano, Olaudah (2005). The Interesting Narrative of the Life of Olaudah Equiano.
  10. ^ Equiano, Olaudah (1790). The Interesting Narrative of the Life of Olaudah Equiano, Or Gustavus Vassa, The African.
  11. ^ Walvin, James (2000). An African's Life: The Life and Times of Olaudah Equiano, 1745–1797. Continuum International Publishing Group. m/s. 71. ISBN 978-0-8264-4704-3.
  12. ^ Lovejoy (2006), p. 334.
  13. ^ Transatlantic Literature in the Long Eighteenth Century, ed. Kamille Stone Stanton and Julie A. Chappell (Newcastle upon Tyne: Cambridge Scholars, 2011)
  14. ^ "{title}". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Oktober 2017. Dicapai pada 23 Oktober 2017.
  15. ^ London Metropolitan Archives; Clerkenwell, London, England; Whitefield's Memorial Church [Formerly Tottenham Court Road Chapel], Tottenham Court Road, Saint Pancras, Register of burials; Reference Code: LMA/4472/A/01/004
  16. ^ "Whitfield Gardens". Londongardensonline.org.uk. Dicapai pada 21 January 2020.[pautan mati kekal]

Bacaan lanjut sunting

  • The Interesting Narrative of the Life of Olaudah Equiano, or Gustavus Vassa, the African.
  • For the history of the Narrative's publication, see James Green, "The Publishing History of Olaudah Equiano's Interesting Narrative", Slavery and Abolition 16, no. 3 (1995): 362–375.
  • S. E. Ogude, "Facts into fiction: Equiano's narrative reconsidered", Research into African Literatures, Vol. 13, No. 1, 1982
  • S. E. Ogude, "Olaudah Equiano and the tradition of Defoe", African Literature Today, Vol. 14, 1984
  • James Walvin, An African's Life: The Life and Times of Olaudah Equiano, 1745–1797 (London: Continuum, 1998)
  • Luke Walker, Olaudah Equiano: The Interesting Man (Wrath and Grace Publishing, 2017)

Pautan luar sunting