Old Enough merupakan filem drama Amerika Syarikat yang ditulis dan diarahkan oleh Marisa Silver, diterbitkan oleh Dina Silver, dan merupakan filem pertama lakonan Alyssa Milano. Sebagai penerbitan bajet rendah, filem ini telah dipertontonkan di Festival Filem Sundance,[1] dan memenangi hadiah utama.[2]

Old Enough
PengarahMarisa Silver
PenulisMarisa Silver
Dihasilkan olehDina Silver
Dibintangi
SinematografiMichael Ballhaus
Disunting olehMark Burns
Muzik olehJulian Marshall
Syarikat
penerbitan
Silver Films
Diedarkan olehOrion Classics
Tarikh tayangan
  • 24 Ogos 1984 (1984-08-24)
Masa tayangan
91 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris

Plot sunting

Di Bandar Raya New York, Karen (lakonan Rainbow Harvest) remaja dari kelas pertengahan-bawah, yang menjalinkan persahabatan dengan Lonnie (Sarah Boyd). Lonnie merupakan remaja berusia 11 tahun dan dari keluarga kelas atasan. Karen dan Lonnie saling menunjukkan dan belajar cara hidup mereka yang berbeza. Situasi menjadi sulit apabila abang Karen, Johnny (Neill Barry) menunjukkan minatnya kepada Lonnie dan Lonnie pun menaruh hati kepada Johnny. Namun, apabila seorang jiran baharu datang (Roxanne Hart) dan tinggal di dalam bangunan pangsapuri keluarga Karen, Johnny mula jatuh cinta kepada jiran tersebut. Hal ini telah menguji persahabatan Karen dan Lonnie.

Rujukan sunting

  1. ^ "Old Enough". Sundance Institute. Retrieved September 17,2 015.
  2. ^ Pace, Jon (October 23, 2014). "Don't You Forget About Me: Remembering Old Enough (1984)". Tenement Museum.

Pautan luar sunting