Sukan Olimpik Musim Panas 1980

(Dilencongkan dari Olimpik Moscow 1980)

Sukan Olimpik Musim Panas 1980 (Bahasa Inggeris: 1980 Summer Olympics, Bahasa Rusia: Летние Олимпийские игры 1980) atau secara rasminya Sukan Olimpik XXII (Bahasa Inggeris: Games of the XXII Olympiad), merupakan acara pelbagai sukan yang telah diadakan di Moscow, Kesatuan Republik Sosialis Soviet (kini dikenali sebagai Rusia) dari 19 Julai hingga 3 Ogos 1980. Temasya ini merupakan kali pertama Sukan Olimpik diadakan di sebuah negara Eropah Timur, negara berbahasa Slavik dan negara komunis. Rusia akan menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2014 manakala China akan menjadi negara komunis kedua yang menganjurkan Sukan Olimpik pada tahun 2008.

Sukan Olimpik XXII
Bandar tuan rumah Moscow, U.S.S.R.
Upacara perasmian 19 Julai
Upacara penutupan 3 Ogos
Ikrar atlet 19 Julai 1980
Ikrar pengadil 3 Ogos 1980
Stadium Luzhniki Stadium

Lapan puluh Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan telah menyertai edisi Sukan Olimpik ini, bilangan yang terrendah sejak 1956. Hal ini adalah disebabkan oleh pemboikotan yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan disertai oleh 66 negara disebabkan oleh Perang Soviet di Afghanistan. Sebilangan atlet dari negara-negara memboikot telah menyertai Sukan Olimpik 1980 di bawah Bendera Olimpik. Kesatuan Soviet pula akan memboikot Sukan Olimpik Musim Panas 1984 yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

PemboikotanSunting

65 negara telah memboikot edisi Sukan Olimpik ini disebabkan oleh Serangan Soviet terhadap Afghanistan. Pemboikotan ini diketuai oleh Presiden Amerika Syarikat pada masa tersebut, Jimmy Carter. Beliau telah mengeluarkan ultimatum pada 20 Januari 1980 yang mengatakan bahawa AS akan memboikot Sukan Olimpik 1980 sekiranya tentera Kesatuan Soviet tidak diundurkan dari Afghanistan dalam tempoh sebulan.[1][2] Walaupun Iran merupakan musuh Amerika, negara tersebut turut memboikot Sukan Olimpik 1980 setelah Persidangan Islam mengutuk serangan Soviet.[3] Qatar tidak dijemput untuk menyertai kerana JOK negara tersebut tidak sempat untuk mendapat pengiktirafan IOC, Taiwan pula enggan menyertai temasya tersebut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Resolusi Nagoya, di mana mereka hendaklah bertanding di bawah nama "Taipei Cina". Atlet Australia, Andorra, Denmark, Ireland dan Puetro Rico pula menyokong pemboikotan tersebut dengan bertanding di bawah Bendera Olimpik.[2]

TemasyaSunting

Acara sukanSunting

Jadual pingatSunting

  *   Tuan rumah (Kesatuan Soviet)

KedudukanNegaraEmasPerakGangsaJumlah
1  Kesatuan Soviet (URS)*806946195
2  Jerman Timur (GDR)473742126
3  Bulgaria (BUL)8161741
4  Cuba (CUB)87520
5  Itali (ITA)83415
6  Hungary (HUN)7101532
7  Romania (ROU)661325
8  Perancis (FRA)65314
9  Great Britain (GBR)57921
10  Poland (POL)3141532
11  Sweden (SWE)33612
12  Finland (FIN)3148
13  Czechoslovakia (TCH)23914
14  Yugoslavia (YUG)2349
15  Australia (AUS)2259
16  Denmark (DEN)2125
17  Brazil (BRA)2024
  Habsyah (ETH)2024
19  Switzerland (SUI)2002
20  Sepanyol (ESP)1326
21  Austria (AUT)1214
22  Yunani (GRE)1023
23  Belgium (BEL)1001
  India (IND)1001
  Zimbabwe (ZIM)1001
26  Korea Utara (PRK)0325
27  Mongolia (MGL)0224
28  Tanzania (TAN)0202
29  Mexico (MEX)0134
30  Belanda (NED)0123
31  Ireland (IRL)0112
32  Uganda (UGA)0101
  Venezuela (VEN)0101
34  Jamaica (JAM)0033
35  Guyana (GUY)0011
  Lubnan (LIB)0011
Jumlah (36 negara)204204223631

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "The Olympic Boycott, 1980". state.gov. U.S. Department of State. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 February 2010. Dicapai pada 7 December 2015.
  2. ^ a b "Partial Boycott – New IOC President". Keesing's Record of World Events. 26: 30599. December 1980.
  3. ^ Freedman, Robert O.; Moscow and the Middle East: Soviet Policy since the Invasion of Afghanistan, p. 78 ISBN 0-521-35976-7
Didahului oleh
Montreal
Sukan Olimpik Musim Panas
Moscow

Sukan Olimpik XXII (1980)
Diikuti oleh:
Los Angeles