Sukan Olimpik Musim Panas 2016

(Dilencongkan dari Olimpik Rio 2016)

Sukan Olimpik Musim Panas 2016 (Portugis: Jogos Olímpicos de Verão de 2016, bahasa Inggeris: 2016 Summer Olympics; diringkaskan kepada Rio 2016) atau nama rasminya Sukan Olimpik XXXI (bahasa Inggeris: Games of the XXXI Olympiad) dan secara meluas dikenali sebagai ialah acara sukan antarabangsa mengikut tradisi Sukan Olimpik yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil. Pusingan pembukaan untuk acara tertentu bermula pada 3 0gos 2016—dua hari sebelum upacara pembukaan dan acara sukan ini berlangsung secara rasmi bermula 5 Ogos sehingga 21 Ogos 2016.

Sukan Olimpik XXXI
Hos BandarRio de Janeiro, Brazil
Cogan kataA new world
(Bahasa Portugis: Um mondo novo)
(Sebuah dunia baharu)
Negara207
Atlet11,238
Acara306 dalam 28 sukan (41 disciplin)
Pembukaan5 Ogos 2016
Penutupan21 Ogos 2016
Dibuka oleh
Kawah Obor
Vanderlei Cordeiro de Lima dan Jorge Gomes
StadiumMaracanã
Musim Panas
Musim Sejuk
Sukan Paralimpik Musim Panas 2016

Lebih daripada 10,500 atlet dari 206 negara mengambil bahagian termasuk penyertaan buat pertama kali Kosovo dan Sudan Selatan.[1] Bersama 306 set pingat, acara sukan ini akan menampilkan 28 sukan Olimpik - termasuk ragbi tujuh dan golf yang ditambah oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun 2009. Acara sukan ini mengambil tempat di 33 venue di bandar tuan rumah dan 5 venue di bandar São Paulo (bandar terbesar Brazil), Belo Horizonte, Salvador, Brasília (ibu negara Brazil) dan Manaus.

Ini merupakan Sukan Olimpik Musim Panas pertama dibawah presiden IOC, Thomas Bach.[1] Bandar tuan rumah, Rio de Janeiro diumumkan semasa Sesi IOC ke-121 yang berlangsung di Copenhagen, Denmark pada 2 Oktober 2009. Rio menjadi bandar Amerika Selatan pertama untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas. Ini merupakan acara sukan pertama yang diadakan di negara berbahasa Portugis, yang pertama diadakan semasa musim sejuk negara tuan rumah, yang pertama sejak tahun 1968 untuk diadakan di Amerika Latin dan yang pertama sejak tahun 2000 untuk diadakan di Hemisfera Selatan.

Pelbagai kontroversi telah berlaku sebelum acara sukan ini bermula termasuk termasuk ketidakstabilan kerajaan persekutuan Brazil, kebimbangan mengenai virus Zika, pencemaran teruk di Teluk Guanabara serta skandal doping melibatkan Rusia yang memberi kesan kepada penyertaan atlet mereka dalam acara sukan ini.

Proses bidaan sunting

Proses bidaan untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2016 secara rasminya dilancarkan pada 16 Mei 2007.[2] Langkah pertama untuk setiap bandar adalah untuk mengemukakan permohonan awal kepada Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sebelum 13 September 2007 untuk mengesahkan hasrat mereka untuk membida. Fail bidaan rasmi yang lengkap mengandungi jawapan kepada 25 soalan borang IOC perlu dihantar oleh bandar pemohon sebelum 14 Januari 2008. Empat calon bandar dipilih untuk senarai pendek pada 4 Jun 2008: Chicago, Madrid, Rio de Janeiro dan Tokyo (yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 1964 dan akan sekali lagi menjadi tuan rumah pada tahun 2020). IOC tidak menggalakkan Doha untuk fasa pencalonan walaupun mendapat skor lebih tinggi daripada calon terpilih, Rio de Janeiro, kerana niat mereka untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada bulan Oktober iaitu di luar kalendar sukan IOC. Prague dan Baku juga gagal melepasi had kelayakan.[3]

Nawal El Moutawakel dari Maghribi mengetuai Suruhanjaya Penilaian 10 anggota selepas juga mempengerusikan suruhanjaya penilaian untuk bidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012. Suruhanjaya ini membuat pemeriksaan di bandar yang tercalon pada suku kedua tahun 2009. Mereka mengeluarkan penilaian teknikal yang komprehensif untuk ahli-ahli IOC pada 2 September, sebulan sebelum pilihan raya.[4]

Banyak sekatan direka untuk mencegah calon bandar daripada berkomunikasi bersama atau mempengaruhi secara langsung 115 ahli yang mengundi. Bandar-bandar tidak boleh menjemput mana-mana ahli 10C untuk melawat dan tidak boleh menghantar apa-apa yang boleh dianggap sebagai hadiah. Namun begitu, calon bandar melabur jumlah wang yang besar dalam program PR dan media mereka dalam usaha untuk secara tidak langsung mempengaruhi ahli-ahli IOC dengan meraih sokongan domestik, sokongan daripada media sukan dan media antarabangsa umum.

Undian terakhir dijalankan pada 2 Oktober 2009 di Copenhagen dimana Madrid dan Rio de Janeiro dilihat sebagai bandar yang akan menjadi tuan rumah. Chicago dan Tokyo tersingkir selepas pusingan pertama dan kedua undian manakala Rio de Janeiro mendahului Madrid sebelum memasuki pusingan terakhir. Rio de Janeiro menang undian dan diumumkan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim Panas 2016. Bidaan yang gagal daripada bandar Amerika Selatan yang lain termasuk Buenos Aires (1936, 1956, 1968, 2004), Cali (1976, 1988, 2004) dan Brasília yang menarik diri semasa proses bidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2000.

Keputusan bidaan Sukan Olimpik Musim Panas 2016[5]
Bandar NOC Pusingan 1 Pusingan 2 Pusingan 3
Rio de Janeiro   Brazil 26 46 66
Madrid   Sepanyol 28 29 32
Tokyo   Jepun 22 20
Chicago   Amerika Syarikat 18

Pembangunan dan persediaan sunting

 
Peta Rio de Janeiro menunjukkan venue pertandingan Sukan Olimpik Musim Panas 2016.
 
Stadium Maracanã, tapak majlis pembukaan dan penutup serta perlawanan akhir bola sepak.

Pada 26 Jun 2011, ia telah dilaporkan dalam AroundTheRings.com bahawa COO Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Roderlei Generali meletak jawatan hanya selepas setahun menggalas tugas ini di ROOC. Perkara ini berlaku hanya lima bulan selepas CCO, Flávio Pestana meletak jawatan atas sebab peribadi.[6] Pestana menarik diri kemudiannya semasa Sukan Paralimpik Musim Panas 2012. Renato Ciuchin kemudiannya dilantik sebagai COO.[7]

Venue dan infrastruktur sunting

Acara sukan mengambil tempat di lapan belas venue sedia ada (lapan daripadanya memerlukan penambahbaikan), sembilan venue baru dibina untuk Sukan Olimpik dan tujuh venue sementara akan dirobohkan selepas sukan berakhir.

Setiap acara berlangsung di salah satu daripada empat kelompok Olimpik yang berasingan secara geografi: Barra, Copacabana, Deodoro dan Maracanã. Cara yang sama digunakan semasa Sukan Pan Amerika 2007. Beberapa venue terletak di Taman Olimpik Kelompok Barra.

Venue terbesar dari segi kapasiti penonton adalah Stadium Maracanã, secara rasmi dikenali sebagai Stadium Jornalista Mário Filho yang boleh menempatkan 74,738 penonton dan akan berperanan sebagai Stadium Olimpik rasmi yang menjadi lokasi upacara pembukaan dan penutupan serta perlawanan akhir bola sepak. Sebagai tambahan, lima venue di luar Rio de Janeiro juga menjadi lokasi acara bola sepak iaitu di bandar Brasília, Belo Horizonte, Manaus, Salvador dan São Paulo.

Perkampungan atlet kali ini didakwa akan menjadi yang terbesar dalam sejarah Sukan Olimpik. Kemudahan yang disediakan termasuk kira-kira 80,000 kerusi, 70,000 meja, 29,000 tilam, 60,000 penyangkut pakaian, 6,000 televisyen dan 10,000 telefon pintar.

Taman Olimpik sunting

Taman Olimpik Barra ialah kelompok untuk sembilan venue sukan di Barra da Tijuca, zon barat Rio de Janeiro, Brazil yang digunakan untuk Sukan Olimpik dan Paralampik 2016. Tapak Taman Olimpik ini sebelumnya merupakan Autódromo Internacional Nelson Piquet.[8]

Sembilan venue yang digunakan di Taman Olimpik adalah:[9][10] Carioca Arena 1: bola keranjang (kapasiti: 16,000); Carioca Arena 2: gusti, judo (kapasiti: 10,000); Carioca Arena 3: lawan pedang, taekwondo (kapasiti: 10,000); Future Arena: bola baling (kapasiti: 12,000); Pusat Akuatik Maria Lenk: terjun, renang berirama, polo air (kapasiti: 5,000); Stadium Akuatik Olimpik: renang, play-off polo air (kapasiti: 15,000); Pusat Tenis Olimpik: tenis (kapasiti: 10,000 Gelanggang Utama); Arena Olimpik Rio: gimnastik (kapasiti: 12,000); dan Velodrom Olimpik Rio: lumba basikal trek (kapasiti: 5,000).

Bola sepak sunting

Beberapa perlawanan bola sepak mengambil tempat di 5 venue di bandar São Paulo, Belo Horizonte, Salvador, Brasília dan Manaus.

Senarai sunting

Baru kekal
Sedia ada
Sementara
Luar Rio de Janeiro

Pengubahsuaian bandar sunting

Pusat bandar bersejarah Rio menjalani projek pemulihan pesisiran air besar-besaran yang dikenali sebagai Porto Maravilha.[11] Ia meliputi kawasan seluas 5 km2 (1.9 bt2). Projek ini bertujuan untuk membangunkan kawasan pelabuhan untuk meningkatkan daya tarikan di pusat bandar dan meningkatkan kedudukan daya saing Rio dalam ekonomi global. Pengubahsuaian ini melibatkan: 700 km (430 bt) rangkaian awam untuk bekalan air, kebersihan, saliran, elektrik, gas dan telekomunikasi; 4 km (2.5 bt) terowong; 70 km (43 bt) jalan; 650 km2 (250 bt2) kaki lima; 17 km (11 bt) laluan basikal; 15,000 pokok; tiga loji rawatan sanitasi. Sebagai sebahagian daripada pengubahsuaian ini, trem baru dibina dan akan bermula dari Lapangan Terbang Santos Dumont ke Rodoviária Novo Rio. Ia dijangka dibuka pada bulan April 2016.[12]

Acara sukan ini memerulakan lebih daripada 200 kilometer pagar keselamatan. Untuk menyimpan barang kelengkapan, Rio 2016 menggunakan dua gudang. Sebuah gudang berkeluasan 15,000 meter persegi di Barra da Tijuca, barat Rio digunakan untuk memasang dan membekalkan perabot dan kelengkapan untuk perkampungan Olimpik. Gudang kedua berkeluasan 90,000 meter persegi di Duque de Caxias menyimpan peralatan yang diperlukan untuk acara sukan.[13]

Teknologi sunting

Sukan Olimpik Rio mempunyai teknologi robotik yang baru dicipta oleh Kawalan Gerakan Mark Roberts untuk meluaskan jangkauan jurugambar di pelbagai venue.[14]

Larian obor sunting

Api Olimpik dinyalakan di kuil Hera, Olympia pada 21 April 2016 iaitu tempat permulaan tradisi fasa larian obor Yunani. Pada 27 April, api tersebut diserahkan kepada penganjur Brazil dalam sebuah majlis di Stadium Panathenaic, Athens. Hentian sementara berlaku di Switzerland untuk melawat ibu pejabat IOC dan Muzium Olimpik di Lausanne serta Pejabat PBB di Geneva.[15]

Larian obor memulakan perjalanan Brazil pada 3 Mei di ibu negara, Brasília. Larian obor akan melawat lebih daripada 300 bandar-bandar Brazil (termasuk semua 26 ibu negeri dan Wilayah Persekutuan Brazil), dengan bahagian akhir yang akan diadakan di bandar Rio de Janeiro[16]

Buat kali pertama dalam sejarah Sukan Olimpik Musim Panas, kawah utama tidak akan terletak secara tetap di stadium utama sukan. Sama seperti Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010 dimana kawah terletak di luar Pusat Konvensyen Vancouver, kawah rasmi akan terletak di Pelabuhan Rio de Janeiro.[17]

Tiket sunting

Harga tiket diumumkan pada 16 September 2014 dan akan dijual dalam mata wang Real Brazil (BRL). Sejumlah 7.5 juta tiket akan dijual; 200,000 tiket lebih kurang daripada Sukan Olimpik Musim Panas 2012 kerana saiz kebanyakan arena lebih kecil. Harga tiket bermula pada BRL 40 untuk kebanyakan acara sehingga BRL 4,600 untuk tempat duduk paling mahal di acara pembukaan. Kira-kira 3.8 juta tiket boleh didapati dengan harga BRL 70 atau kurang.[18][19] Acara jalanan seperti lumba basikal jalanan, lumba jalan kaki dan maraton boleh ditonton sepanjang laluan mereka secara percuma.

Acara sukan sunting

Upacara pembukaan sunting

 
Upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2016

Upacara pembukaan mengambil tempat di Stadium Maracanã pada 5 Ogos 2016. Ini merupakan kali pertama sejak 1900 bahawa upacara pembukaan untuk Sukan Olimpik Musim Panas berlangsung di venue selain daripada stadium olahraga. Seperti yang dimandatkan dalam Piagam Olimpik, prosedur menggabungkan upacara rasmi pembukaan acara sukan antarabangsa ini (termasuk ucapan alu-aluan, mengibarkan bendera dan perarakan atlet) dengan persembahan artistik untuk mempamerkan budaya negara tuan rumah. Terdapat lebih kurang 78,000 penonton di Stadium Maracanã.[20]

Pengarah-pengarah kreatif untuk upacara pembukaan ini adalah Fernando Meirelles, Daniela Thomas dan Andrucha Waddington.[21] Koreografer Brazil, Deborah Colker menyediakan leibh daripada 6000 sukarelawan untuk mengambil bahagian dalam upacara pembukaan. Latihan bermula dan berakhir pada bulan Mei 2016.[22]

Kawah obor Olimpik dinyalakan di dalam Stadium Maracanã oleh pemenang pingat gangsa acara maraton di Sukan Olimpik Musim Panas 2004, Vanderlei Cordeiro de Lima. Kawah obor ini berbentuk seperti pasu sebagai sebahagian daripada tumpuan penganjur untuk mencegah pemanasan global, ia direka untuk mempunyai pengeluaran yang rendah dan menghasilkan jumlah api yang lebih kecil berbanding kawah-kawah sebelumnya. Api ini disertai oleh arca kinetik berbentuk bulat yang besar oleh Anthony Howe.[23] Kawah obor kedua dinyalakan oleh seorang remaja bernama Jorge Gomes dihadapan Gereja Candelária.[24]

Sukan sunting

Program Sukan Olimpik Musim Panas 2016 menampilkan 28 sukan, sejumlah 41 disiplin dan 306 acara.

Sukan baru sunting

 
Lapangan Golf Olimpik di Barra da Tijuca

Terdapat dua tempat terbuka untuk sukan dan pada mulanya tujuh sukan memulakan bidaan untuk dimasukkan dalam program tahun 2016. Besbol dan sofbol yang dikeluarkan daripada program pada tahun 2005, karate, skuasy, golf, sukan roller dan ragbi memohon untuk dimasukkan dalam program. Pemimpin tujuh sukan ini mengadakan pembentangan dihadapan lembaga eksekutif IOC pada bulan Jun 2009.[25]

Pada bulan Ogos, lembaga eksekutif memberi kelulusan kepada ragbi tujuh dengan undi majoriti sekaligus mengeluarkan besbol, sukan roller dan skuasy daripada perdebatan. Antara baki tiga sukan—golf, karate dan sofbol, lembaga memberi kelulusan kepada golf. Keputusan muktamad mengenai baki dua sukan telah dibuat pada 9 Oktober 2009, hari terakhir Sesi IOC ke-121. Sebuah sistem baru telah dijalankan semasa sesi ini; sukan kini hanya memerlukan majoriti mudah daripada jawatankuasa penuh IOC untuk kelulusan berbandingan dengan majoriti dua pertiga yang diperlukan sebelum ini.[26][27] Pengarah Eksekutif Persekutuan Golf Antarabangsa, Antony Scanlon berkata bahawa pemain utama, termasuk Tiger Woods dan Annika Sörenstam, akan menunjukkan sokongan mereka penglibatan golf dalam Olimpik dengan mengambil bahagian dalam acara ini.[28]

Persekutuan Pelayaran Antarabangsa mengumumkan pada bulan Mei 2012 bahawa luncur angin akan diganikan pada Sukan Olimpik 2016 dengan luncur layang-layang,[29] tetapi keputusan ini telah ditarik balik pada bulan November.[30] IOC mengumumkan pada bulan Januari 2013 bahawa mereka akan mengkaji semula kedudukan acara berbasikal susulan pengakuan Lance Armstrong bahawa beliau menggunakan dadah meningkatkan prestasi dan tuduhan bahawa badan pentadbir berbasikal telah menyembunyikan kes doping.[31]

Berbeza dengan pengecualian semasa Sukan Olimpik 2012, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa mengumumkan bahawa sukan kali ini akan mempunyai sebuah acara gala untuk gimnastik.[32]

Negara peserta sunting

 
Jumlah atlet pasukan Olimpik Musim Panas 2016

201 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan telah layak menerusi sekurang-kurangnya seorang atlet. Dua pasukan Bebas juga mengambil bahagian, sebuah pasukan Atlet Olimpik Pelarian dan sebuah pasukan Atlet Olimpik Bebas.

Sebagai negara tuan rumah, Brazil telah menerima kemasukan automatik untuk beberapa sukan termasuk dalam semua disiplin berbasikal dan enam tempat dalam acara angkat berat.[33][34] Tiga negara pertama untuk layak adalah Jerman, Great Britain dan Belanda yang masing-masing berkelayakan empat atlet dengan memenangi pingat dalam acara berpasukan di Sukan Ekuestrian Dunia FEI 2014.[35]

Sudan Selatan dan Kosovo dijangka membuat penampilan pertama mereka dalam Sukan Olimpik.

Kuwait telah diharamkan pada bulan Oktober 2015 untuk kali kedua dalam tempoh lima tahun kerana campur tangan kerajaan dalam jawatankuasa Olimpik negara itu.[36]

Atlet pelarian sunting

Oleh kerana krisis migrasi Eropah dan sebab-sebab lain, IOC membenarkan atlet untuk bertanding sebagai Atlet Olimpik Bebas di bawah Bendera Olimpik. Di dalam Sukan Olimpik yang sebelumnya, pelarian tidak boleh bertanding kerana ketidakmampuan untuk mewakili negara NOC mereka.[37] Pada 2 Mac 2016, IOC memuktamadkan rancangan untuk pasukan Atlet Olimpik Pelarian; daripada 43 atlet pelarian dianggap berpotensi layak, 10 akan dipilih untuk membentuk pasukan.[38]

Atlet bebas sunting

Oleh sebab penggantungan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan Kuwait, atlet dari Kuwait dibenarkan untuk mengambil bahagian di bawah Bendera Olimpik sebagai Atlet Olimpik Bebas.

Rusia telah digantung buat sementara pada bulan November 2015 daripada semua pertandingan olahraga (balapan dan padang) termasuk Sukan Olimpik Musim Panas 2016 oleh IAAF susulan laporan Agensi Anti-Doping Dunia untuk doping dalam olahraga.[39] IAAF mengumumkan bahawa mereka akan membenarkan atlet individu Rusia untuk memohon "kelayakan bakat luar biasa" untuk mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik sebagai atlet "neutral" jika atlet tersebut telah disahkan bahawa mereka tidak terlibat dalam penggunaan dadah atau program doping Rusia.[40]

Pada 24 Julai 2016, IOC menolak cadangan IAAF dan WADA untuk membenarkan atlet yang tidak menggunakan dadah untuk mengambil bahagian sebagai atlet neutral dengan menyatakan bahawa tidak wujudnya atlet neutral dalam Piagam Olimpik dan bahawa ia adalah keputusan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan negara tersebut untuk membuat keputusan atlet mana yang akan mengambil bahagian.[41]

Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan yang mengambil bahagian

Kalendar sunting

UB Upacara pembukaan Acara pertandingan 1 Acara Pingat Emas PG Pameran gala UT Upacara penutupan
Ogos 3
Rab
4
Kha
5
Jum
6
Sbt
7
Ahd
8
Isn
9
Sel
10
Rab
11
Kha
12
Jum
13
Sbt
14
Ahd
15
Isn
16
Sel
17
Rab
18
Kha
19
Jum
20
Sbt
21
Ahd
Acara pingat Emas
  Upacara (pembukaan / penutupan) UB UT
  Memanah 1 1 1 1 4
  Olahraga 3 5 4 5 5 4 6 7 7 1 47
  Badminton 1 1 2 1 5
  Bola keranjang 1 1 2
  Tinju 1 1 1 1 1 1 3 4 13
Lumba kanu   Slalom 1 1 2 16
  Sprint 4 4 4
Lumba basikal   Jalan 1 1 2 18
  Balapan 1 2 2 1 1 3
  BMX 2
  Bukit 1 1
  Terjun 1 1 1 1 1 1 1 1 8
  Ekuestrian 2 1 1 1 1 6
  Lawan pedang 1 1 1 1 2 1 1 1 1 10
  Hoki 1 1 2
  Bola sepak 1 1 2
  Golf 1 1 2
Gimnastik   Artistik 1 1 1 1 4 3 3 EG 18
  Berirama 1 1
  Trampolin 1 1
  Bola baling 1 1 2
  Judo 2 2 2 2 2 2 2 14
  Pentatlon moden 1 1 2
  Lumba perahu dayung 2 4 4 4 14
  Ragbi tujuh sebelah 1 1 2
  Lumba perahu layar 2 2 2 2 2 10
  Menembak 2 2 2 1 2 1 2 2 1 15
  Renang 4 4 4 4 4 4 4 4 1 1 34
  Renang berirama 1 1 2
  Ping pong 1 1 1 1 4
  Taekwondo 2 2 2 2 8
  Tenis 1 1 3 5
  Triathlon 1 1 2
Bola tampar   Pantai 1 1 4
  Dalam dewan 1 1
  Polo air 1 1 2
  Angkat berat 1 2 2 2 2 2 1 1 1 1 15
  Gusti 2 2 2 3 3 2 2 2 18
Jumlah pingat emas 12 14 14 15 20 19 24 21 22 17 25 16 23 22 30 12 306
Pingat emas terkumpul 12 26 40 55 75 94 118 139 161 178 203 219 242 264 294 306
Ogos 3
Rab
4
Kha
5
Jum
6
Sbt
7
Ahd
8
Isn
9
Sel
10
Rab
11
Kha
12
Jum
13
Sbt
14
Ahd
15
Isn
16
Sel
17
Rab
18
Kha
19
Jum
20
Sbt
21
Ahd
Acara pingat emas

Jadual pingat sunting

Kunci

  *   Tuan rumah (Brazil)


Jadual pingat Sukan Olimpik Musim Panas 2016
 Ked.  Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1   Amerika Syarikat (USA) 37 34 32 103
2   Great Britain (GBR) 24 21 13 58
3   China (CHN) 22 18 22 62
4   Jerman (GER) 14 8 12 34
5   Rusia (RUS) 13 16 17 46
6   Jepun (JPN) 12 7 20 39
7   Perancis (FRA) 9 14 14 37
8   Itali (ITA) 8 12 6 26
9   Australia (AUS) 8 11 10 29
10   Belanda (NED) 8 6 4 18
11   Korea Selatan (KOR) 8 3 8 19
12   Hungary (HUN) 7 3 4 14
13   Sepanyol (ESP) 6 2 3 11
14   Brazil (BRA)* 5 5 5 15
15   Kenya (KEN) 5 5 0 10
16   Croatia (CRO) 5 2 0 7
17   Jamaica (JAM) 5 0 2 7
18   New Zealand (NZL) 4 8 3 15
19   Kanada (CAN) 4 3 14 21
20   Kazakhstan (KAZ) 3 5 7 15
21   Cuba (CUB) 3 2 4 9
22   Colombia (COL) 3 2 3 8
23   Argentina (ARG) 3 1 0 4
24   Iran (IRI) 3 0 4 7
25   Ukraine (UKR) 2 4 2 8
26   Korea Utara (PRK) 2 3 2 7
27   Poland (POL) 2 2 5 9
28   Belgium (BEL) 2 2 2 6
  Thailand (THA) 2 2 2 6
30   Uzbekistan (UZB) 2 1 4 7
31   Georgia (GEO) 2 1 3 6
32   Yunani (GRE) 2 1 2 5
  Switzerland (SUI) 2 1 2 5
34   Slovakia (SVK) 2 1 0 3
35   Denmark (DEN) 1 6 6 13
36   Sweden (SWE) 1 6 3 10
37   Afrika Selatan (RSA) 1 6 2 9
38   Belarus (BLR) 1 3 2 6
39   Armenia (ARM) 1 3 0 4
40   Serbia (SRB) 1 2 1 4
  Slovenia (SLO) 1 2 1 4
42   Indonesia (INA) 1 2 0 3
43   Republik Czech (CZE) 1 1 6 8
44   Habsyah (ETH) 1 1 4 6
45   Romania (ROU) 1 1 2 4
46   Bahrain (BRN) 1 1 0 2
  Vietnam (VIE) 1 1 0 2
48   Taipei Cina (TPE) 1 0 2 3
49   Atlet Olimpik Bebas (IOA) 1 0 1 2
50   Bahamas (BAH) 1 0 0 1
  Fiji (FIJ) 1 0 0 1
  Jordan (JOR) 1 0 0 1
  Kosovo (KOS) 1 0 0 1
  Puerto Rico (PUR) 1 0 0 1
  Singapura (SIN) 1 0 0 1
56   Azerbaijan (AZE) 0 4 7 11
57   Malaysia (MAS) 0 4 1 5
58   Turki (TUR) 0 2 4 6
59   Ireland (IRL) 0 2 0 2
60   Lithuania (LTU) 0 1 3 4
61   India (IND) 0 1 1 2
  Mexico (MEX) 0 1 1 2
  Mongolia (MGL) 0 1 1 2
  Venezuela (VEN) 0 1 1 2
64   Algeria (ALG) 0 1 0 1
  Grenada (GRN) 0 1 0 1
  Filipina (PHI) 0 1 0 1
  Qatar (QAT) 0 1 0 1
69   Mesir (EGY) 0 0 3 3
  Norway (NOR) 0 0 3 3
71   Israel (ISR) 0 0 2 2
  Tunisia (TUN) 0 0 2 2
73   Austria (AUT) 0 0 1 1
  Bulgaria (BUL) 0 0 1 1
  Republik Dominika (DOM) 0 0 1 1
  Estonia (EST) 0 0 1 1
  Finland (FIN) 0 0 1 1
  Côte d'Ivoire (CIV) 0 0 1 1
  Maghribi (MAR) 0 0 1 1
  Portugal (POR) 0 0 1 1
  Emiriah Arab Bersatu (UAE) 0 0 1 1
Jumlah (81 Negara) 260 260 297 817

sunting

Logo rasmi untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2016 direka oleh agensi Tatíl Design dari Rio dan didedahkan pada 31 Disember 2010.[42] Logo ini mewakili tiga bentuk dalam warna kuning, hijau dan biru seperti bendera Brazil yang bercantum dengan bentuk keseluruhan mencerminkan Gunung Gula Jantung. Logo ini adalah berdasarkan empat konsep: tenaga berjangkit, kepelbagaian yang harmoni, alam semulajadi yang rimbun dan semangat Olimpik. Firma Tatíl mereka bentuk logo yang berjaya dipilih dalam sebuah pertandingan melibatkan 139 agensi.[43]

Logo ini telah diperhatikan seolah-olah meniru lukisan La Danse karya Henri Matisse. Terdapat juga dakwaan oleh Yayasan Telluride yang berpangkalan di Colorado bahawa logo ini telah diciplak dari mereka. Ini bukanlah kali pertama yayasan tersebut telah mendakwa peniruan logo mereka oleh sebuah acara Brazil; pada tahun 2004, elemen logo tersebut telah ditiru untuk logo sambutan karnival di Salvador.

Maskot rasmi sunting

Maskot rasmi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2016 didedahkan pada 24 November 2014 bernama Vinicius sempena pemuzik Vinicius de Moraes dan mewakili hidupan liar Brazil membawa ciri-ciri reka bentuk mamalia. Nama maskot ini ditentukan oleh undian awam dimana ia mendapat 44 peratus daripada 323,327 undian. Keputusan undian diumumkan pada 14 Disember 2014.[44][45]

Upacara penutupan sunting

Upacara penutupan mengambil tempat di Stadium Maracanã pada 21 Ogos 2016.

Kebimbangan dan kontroversi sunting

 
Fort Copacabana dijadual untuk menjadi lokasi acara perlumbaan basikal jalanan, renang maraton dan triatlon.
 
Marina da Glória, lokasi acara lumba layar

Penularan wabak Virus Zika di Brazil telah meningkat kebimbangan mengenai potensi kesannya terhadap atlet dan pelancong. Penganjur merancang untuk melaksanakan pemeriksaan harian di venue Olimpik untuk mengelakkan lopak air bertakung yang membolehkan nyamuk untuk membiak.[46] Dr. Amir Attaran dari Universiti Ottawa, menulis dalam Ulasan Kesihatan Orang Awam Harvard dengan memberi amaran bahawa 500,000 pelancong antarabangsa ke Sukan Olimpik boleh menyebabkan "malapetaka global" wabak Zika dan menegaskan bahawa ia adalah "tidak bertanggungjawab dari segi sosial" dan "etika yang boleh dipersoalkan" untuk membenarkan sukan ini diteruskan.[47] Ramai atlet telah menarik dari dari Sukan Olimpik kali ini kerana kebimbangan mengenai virus Zika.[48][49][50][51][52][53][54][55]

Teluk Guanabara yang akan digunakan untuk acara pelayaran dan luncur angin adalah sangat tercemar. Antara punca pencemaran adalah sampah yang tidak dikutip termasuk ke dalam teluk ini melalui sungai-sungai tercemar dan pekan shanty di sepanjang pantai. Pencemaran Guanabara telah lama menjadi isu; walaupun pegawai rasmi menjanjikan semasa Sidang Kemuncak Bumi pada tahun 1992 bahawa mereka akan mula untuk menangani pencemeran ini, usaha sebelumnya untuk berbuat begitu tidak mencukupi. Sebagai usaha mereka untuk membida sukan ini, Rio sekali lagi menegaskan untuk memulakan usaha membersihkan teluk ini.[56][57] Walau bagaimanapun, beberapa inisiatif yang dicadangkan berdepan masalah bajet.[58]

Sebelum usaha-usaha ini, hanya 17% kumbahan Rio telah dirawat;[59] kumbahan ini juga telah bocor ke dalam teluk ini. Pada tahun 2011, sebuah konsortium baru mengambil alih operasi sistem kumbahan Rio di zon barat "AP5" sebagai sebuah projek warisan untuk sukan ini. Konsortium tersebut komited untuk menaik taraf sistem kumbahan yang akan mengurangkan jumlah kumbahan yang mengalir ke dalam teluk ini sebanyak 17 juta gelen menjelang akhir tahun 2016. Walau bagaimanapun, apenggunaan sistem baru ini adalah perlahan dan tidak konsisten disebabkan oleh kebimbangan oleh penduduk terhadap kos pemasangan.[60] Walaupun Datuk Bandar Rio, Eduardo Paes menyatakan bahawa bandar ini mungkin tidak mampu untuk mencapai matlamatnya untuk 80% kumbahan dirawat,[61] sekurang-kurangnya 49% kumbahan telah dirawat.[59]

Pencemaran ini telah membawa kepada kebimbangan mengenai bagaimana ia akan memberi kesan kepada pertandingan dan kesihatan atlet; pada tahun 2014, pelayar yang berlatih di teluk ini memberitahu The New York Times bahawa mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai bentuk sampah terapung di perairan daripada tayar sehinggalah bangkai anjing.[56] Pada bulan Disember tahun tersebut, penyelidik dari Yayasan Oswaldo Cruz mendapati "bakteria super" kalis ubat—enzim KPC— dalam sampel air dari Sungai Carioca. Mereka memberi amaran bahawa "pembawa boleh membawa bakteria ini kembali ke tempat asal mereka dan kepada orang lain, menyebabkan kitaran penyebaran".[61][62] Susulan sebuah acara percubaan pada bulan Ogos 2015, pelayar Jerman, Erik Heil dijangkiti bakteria dipercayai mempunyai kaitan dengan kumbahan tersebut.[59]

 
Jet pejuang F-5EM Tiger II Tentera Udara Brazil semasa latihan untuk Sukan Olimpik 2016.

Pada tahun 2014, Operasi Car Wash, sebuah siasatan oleh Polis Persekutuan Brazil membongkar pengubahan wang haram dan rasuah dalam syarikat minyak milik kerajaan, Petrobras, dimana eksekutif didakwa menerima rasuah sebagai balasan untuk pemberian kontrak kepada firma pembinaan pada harga yang melambung. Pada awal tahun 2015, siri bantahan terhadap kegiatan rasuah oleh kerajaan Presiden, Dilma Rousseff bermula di Brazil, dicetuskan oleh pendedahan bahawa ramai ahli politik terlibat dalam skandal Petrobras. Menjelang awal tahun 2016 skandal ini telah meningkat kepada krisi penuh politik bukan sahaja menjejaskan Presiden Rousseff tetapi juga bekas Presiden Luiz Inácio Lula da Silva, menyebabkan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara yang melibatkan berjuta-juta penunjuk perasaan.[63]

Pada masa yang sama, Brazil berdepan kemelesetan ekonomi paling teruk sejak era 1990-an, sekaligus meningkatkan persoalan mengenai sama ada negara ini telah cukup bersedia untuk sukan dengan latar belakang politik dan ekomoni yang tidak menentu. IOC menyatakan bahawa mereka sedang memerhatikan perkembangan politik negara ini. Pada 14 April 2016, Penyelarasan Keselamatan Olimpik memberi jaminan bahawa krisis ekonomi dan politik tidak akan menjejaskan keselamatan dan operasi sukan.[64]

Presiden Rousseff yang berada dalam proses pemecatan tidak akan dijemput untuk menghadiri mana-mana acara semasa sukan ini. Sebaliknya, jemputan utama sebagai ketua negara adalah untuk Naib Presiden, Michel Temer.[65] Pada 12 Mei, kuasa dan kewajipan Presiden Rousseff digantung selama 180 hari selepas sebuah sesi dalam Senat Persekutuan, dengan itu Naib Presiden, Temer akan menjadi Pemangku Presiden semasa sukan.[66]

Pada 21 Julai 2016, dua minggu sebelum Sukan bermula, Polis Persekutuan Brazil menumpaskan rancangan pengganas jihad Islam untuk mencetuskan huru-hara dengan cara yang serupa seperti Peristiwa München pada tahun 1972. 10 orang yang bersekutu dengan ISIS telah ditangkap dan dua lagi telah melarikan diri. Selain itu, kumpulan pengganas tersebut telah secara agresif menggalakkan serangan berseorangan menyasarkan atlet dari UK, Amerika Syarikat, Perancis dan Israel, mencadangkan penggunaan racun atau bahan letupan yang dilekatkan pada pesawat kecil tanpa pemandu.[67]

Pada 21 April - hari obor Olimpik dinyalakan - sebuah seksyen setinggi 50 meter daripada laluan basikal Tim Maia, menyeberangi Oscar Niemayer Avenue di kejiranan Conrado São dan sebahagian daripada warisan sukan telah dilanggar oleh ombak gergasi dan runtuh. Dua pejalan kaki meninggal dunia selepas jatuh ke dalam laut.[68] Empat hari selepas iniden tersebut, Datuk Bandar Rio, Eduardo Paes mengumumkan bahawa laluan basikal Tim Maia akan dibaiki sebelum Sukan Olimpik dan bahawa syarikat-syarikat yang bertanggungjawab untuk laluan ini akan dihukum.[69]

Siaran sunting

 
Pusat Penyiaran Antarabangsa di Taman Olimpik Barra

Perkhidmatan Penyiaran Olimpik berfungsi sebagai hos penyiar untuk acara sukan ini; asilkan daripada sejumlah 52 unit mudah alih, OBS akan mengedarkan 40,000 jam rakaman televisyen dan 60,000 jam rakaman digital acara sukan untuk pemegang hak antarabangsanya; buat kali pertama dalam sejarah Sukan Olimpik, rakaman berorientasikan digital akan melebihi jumlah rakaman berorientasikan televisyen. Pusat Penyiaran Antarabangsa dibina di kelompok Barra da Tijuca.[70] NHK dan OBS akan sekali lagi merakam sebahagian daripada acara sukan ini termasuk upacara pembukaaan dan acara terpilih dalam video 8K. Selain itu, berkembang daripada format 180-darjah semasa Sukan Olimpik Beliau Musim Sejuk 2016, 85 jam kandungan video akan berasal dari format realiti maya 360-darjah. Kandungan video ini boleh didapati secara eksklusif untuk peranti Samsung Gear VR.[71] Oleh kerana kepakaran mereka dalam penyiaran sukan ini, kakitangan NBC dan Sky New Zealand akan mengendalikan produksi untuk acara golf dan ragbi tujuh.[70]

Pada bulan Ogos 2009, IOC mencapai perjanjian untuk menjual hak penyiaran domestik untuk Sukan Olimpik Musim Panas 2016 kepada Grupo Globo. Menggantikan Rede Record, perjanjian ini meliputi liputan percuma dalam Rede Globo, pay TV dan hak digital untuk acara sukan. Globo pula memberi sublesen hak liputan percuma tidak sepenuhnya kepada Rede Record bersama-sama Rede Bandeirantes.[72]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "About Rio 2016 Summer Olympics". Rio 2016 Olympics Wiki. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-08. Dicapai pada 31 Oktober 2015.
  2. ^ "2016 Bid Process Launched". International Olympic Committee. Mei 16, 2007.
  3. ^ "Four on 2016 Olympics short-list". BBC News. Jun 4, 2008. Dicapai pada 15 Mac 2010.
  4. ^ "Olympic News – Official Source of Olympic News". International Olympic Committee. Dicapai pada 30 Julai 2012.
  5. ^ "Past Bid Results". GamesBids.com. Dicapai pada 31 Oktober 2015.
  6. ^ "Around the Rings - Articles Archive". aroundtherings.com. Dicapai pada 31 Oktober 2015.
  7. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-04. Dicapai pada 2016-05-24.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  8. ^ Lewis, Peter (15 September 2013). "Rio Olympics 2016: Brazilian city in a race against time to be ready to play host to the Games". ABC News Australia. Australian Broadcasting Corporation. Dicapai pada 14 Mei 2016.
  9. ^ "Introducing Carioca Arena 1… the new home of Olympic basketball". Rio 2016. Organizing Committee of the Olympic and Paralympic Games Rio 2016. 12 Januari 2016. Dicapai pada 4 Mac 2016.
  10. ^ "Barra Region". Portal Brasil 2016. Governo Federal do Brasil. Dicapai pada 4 Mac 2016.
  11. ^ Porto Maravilha Rio de Janeiro City Hall. Retrieved 10 August 2012. (Portugis).
  12. ^ Railway, Gazette (26 November 2015). "Rio tram starts test running". Railway Gazette. Railway Gazette. Dicapai pada 1 Januari 2016.
  13. ^ "8,400 shuttlecocks, 250 golf carts, 54 boats... the mind-blowing numbers behind the Rio 2016 Games".
  14. ^ Simon, Johnny (4 Jun 2016). "Rio Games to have smart sports cameras". Mashable.com. Dicapai pada 4 Jun 2016.
  15. ^ "Greek fire lights up Rio 2016 Games... Olympic Torch lit in traditional ceremony at Olympia". Rio 2016 website. 21 April 2016. Dicapai pada 21 April 2016.
  16. ^ "Goiás will be the first state to receive the Rio 2016 Olympic Flame". Diário Mercantil. 29 April 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-18. Dicapai pada 29 April 2015.
  17. ^ "Cauldron will placed at Rio Port". 27 April 2016.
  18. ^ "Prijzen tickets Olympische Spelen 2016 in Rio bekend". olympischespelenrio.nl. 16 September 2014. Dicapai pada 6 Oktober 2014.
  19. ^ "Olympic Games ticket prices September 2014" (PDF). Rio 2016. 16 September 2014. Dicapai pada 6 Oktober 2014.
  20. ^ "Opening Ceremony of Rio 2016 Summer Olympics". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-08. Dicapai pada 2016-08-06.
  21. ^ "Rio Olympics committee reveals opening ceremony details". 29 July 2015.
  22. ^ "Opening ceremony choreographer promises masterpiece of dance and passion".
  23. ^ "Mystery Solved: Why Rio Olympics' cauldron is so tiny". Yahoo! Sports. Dicapai pada 6 Ogos 2016.
  24. ^ "Olympic Torch decorates the new Candelaria Church square". O Globo. Dicapai pada 6 Ogos 2016.
  25. ^ "Golf among seven sports seeking inclusion in 2016 Games". ESPN. 25 April 2008. Dicapai pada 20 Ogos 2008.
  26. ^ "Olympic Leaders Approve Golf and Rugby for 2016 Summer Games". Fox News Channel. 13 Ogos 2009. Dicapai pada 1 Oktober 2009.
  27. ^ "Olympics 2016: IOC Approves Golf And Rugby Sevens To Be Included In Rio De Janeiro Games". Sky (United Kingdom). Dicapai pada 15 Mac 2010.
  28. ^ "Around the Rings - Articles Archive". aroundtherings.com. Dicapai pada 31 Oktober 2015.
  29. ^ "Kiteboarding to replace windsurfing at 2016 Rio Olympics". BBC News. Dicapai pada 10 Mei 2012.
  30. ^ "Windsurfing restored to Brazil 2016 Olympics". BBC News. Dicapai pada 14 November 2012.
  31. ^ "Armstrong confession could see cycling out of Olympics". Australian Broadcasting Corporation. 16 Januari 2013. Dicapai pada 16 Januari 2013.
  32. ^ "Fédération Internationale de Gymnastique : ACRO". Fig-gymnastics.com. 23 Mei 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 30 Disember 2012.
  33. ^ "UCI and IOC agree qualification quotas for Rio 2016". Reuters. 7 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-09-03. Dicapai pada 26 Ogos 2014.
  34. ^ Anderson, Gary (2 Februari 2014). "Weightlifting qualification criteria for Rio 2016 approved by IOC". Inside the Games. Dicapai pada 26 Ogos 2014.
  35. ^ "Rio Olympics gets 1st qualified athletes". USA Today. Associated Press. 26 Ogos 2014. Dicapai pada 26 Ogos 2014.
  36. ^ "Olympics-Kuwait ban remains in force as ties with IOC deteriorate". Yahoo Sports. Dicapai pada 2016-01-02.
  37. ^ "Refugees can compete for first time in 2016 Rio Olympics, IOC head says". ESPN.com. ESPN. 27 October 2015. Dicapai pada 27 Oktober 2015.
  38. ^ "Rio 2016: Refugee team to compete at Olympics". BBC Sport. Dicapai pada 3 Mac 2016.
  39. ^ "Athletics doping: Russia provisionally suspended by IAAF". BBC Sport. Dicapai pada 14 November 2015.
  40. ^ "Russian whistleblower Yuliya Stepanova to compete as 'neutral athlete' in Rio". The Guardian. Dicapai pada 15 Julai 2016.
  41. ^ "Background Information to the decision of the IOC Executive Board concerning the participation of Russian athletes in the Olympic Games Rio 2016". 24 Julai 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2016. Dicapai pada 27 Julai 2016.
  42. ^ Nudd, Tim (14 Ogos 2012). "Hated the London 2012 Logo? You Might Like Rio 2016 Better Brazil's Tatíl Design tells story of its creation". Adweek. Dicapai pada 14 Ogos 2012.
  43. ^ "2016 Summer Olympics Logo: Design and History". Famouslogos.us. 28 Julai 2011. Dicapai pada 28 Julai 2011.
  44. ^ "Rio 2016: Olympic and Paralympic mascots launched". Dicapai pada 24 November 2014.
  45. ^ "Rio 2016 mascots inspired by animals and plants of Brazil". Reuters. 15 Disember 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-29. Dicapai pada 15 Disember 2014.
  46. ^ "Zika virus: Olympic venues to be inspected daily before and during Games". BBC Sport. 29 Januari 2016. Dicapai pada 30 Januari 2016.
  47. ^ Doctor Warns That Rio Olympics Could Lead To A ‘Global Catastrophe’, ThinkProgress, 11 Mei 2016
  48. ^ "Milos Raonic withdraws from Rio Olympics citing 'variety of health concerns'". National Post (Canada). Dicapai pada 15 Julai 2016.
  49. ^ "Dustin Johnson cites Zika virus as reason for withdrawing from Games". ESPN.com. Dicapai pada 12 Julai 2016.
  50. ^ http://www.tennisworldusa.org/RIO-OLYMPICS---Karolina-Pliskova-Wi-articolo34556.html
  51. ^ http://www.insidethegames.biz/index.php/articles/1039658/top-tennis-trio-withdraw-from-rio-2016-tennis-tournament-due-to-zika
  52. ^ http://www.philstar.com/sports/2016/07/13/1602462/golfer-angelo-que-cites-zika-pulling-out-rio
  53. ^ http://www.bbc.co.uk/sport/golf/36653416
  54. ^ "The Athletes Saying No to the Olympics Over Zika". The Atlantic. Dicapai pada 12 Julai 2016.
  55. ^ Murray, Ewan. "Jordan Spieth's Rio Olympics refusal sparks claim of Zika 'overreaction'". The Guardian. Dicapai pada 12 Julai 2016.
  56. ^ a b "Note to Olympic Sailors: Don't Fall in Rio's Water". The New York Times. Dicapai pada 6 Mei 2016.
  57. ^ Carneiro, Julia (10 Januari 2014). "Rio's Olympic waters blighted by heavy pollution". BBC News. Dicapai pada 12 Januari 2014.
  58. ^ Baich, Oliver. "Funding problems hit plan to clean Rio's polluted waterways ahead of Olympics". The Guardian. Dicapai pada 6 Mei 2016.
  59. ^ a b c "German sailor blames infections on water at Rio 2016 Olympic test event". The Guardian. 28 Ogos 2015. Dicapai pada 3 Januari 2016.
  60. ^ "Rio planned Olympic-scale sewerage project. But citizens say no thanks". Washington Post. Dicapai pada 6 Mei 2016.
  61. ^ a b "'Super bacteria' found in Rio waters where sailors and windsurfers are supposed to compete in the Olympics". Washington Post. Dicapai pada 6 Mei 2016.
  62. ^ "Drug-resistant 'superbug' found in Rio de Janeiro Olympic waters". RT. Dicapai pada 6 Mei 2016.
  63. ^ Flynn, Daniel; Soto, Alonso (14 Mac 2016). "Record Brazil protests put Rousseff's future in doubt". Reuters. Dicapai pada 14 Mac 2016.
  64. ^ [1], Globo.com, 14 April 2016. Accessed on 24 April 2016.
  65. ^ [2], Terra.com.br, 29 April 2016. Accessed on 30 April 2016.
  66. ^ [3], Globo.com, 12 May . Accessed on 30 April 2016..
  67. ^ "Brazil police smash ISIS ring". Daily Mail. Dicapai pada 21 Julai 2016.
  68. ^ "Parte de ciclovia desaba em São Conrado, Zona Sul do Rio" [Part of bike path collapses in São Conrado, south of Rio]. Jornal do Brasil. 21 April 2016. Dicapai pada 24 April 2016.
  69. ^ "Paes afirma que irá reconstruir ciclovia a tempo de Olimpíadas" [Paes says that the bike path will be recover on time for the Olympics]. Globo.com. 25 April 2016. Dicapai pada 25 April 2016.
  70. ^ a b "Olympic Broadcasting: Inside the Chief Executive's Office". TV Technology. Dicapai pada 12 Julai 2016.
  71. ^ "Olympics in VR: NBC to Present 85 Hours of Virtual-Reality Content on Samsung Devices". Variety. Dicapai pada 12 Julai 2016.
  72. ^ "IOC reaches agreement for 2014 & 2016 broadcast rights in Brazil". International Olympic Committee. 27 Ogos 2009. Dicapai pada 2 Mei 2011.

Pautan luar sunting

Didahului oleh
London
Sukan Olimpik Musim Panas
Rio de Janeiro

Sukan Olimpik XXXI (2016)
Diikuti oleh:
Tokyo