Olivia de Havilland

pelakon wanita Amerika Syarikat

Dame Olivia Mary de Havilland DBE (/də ˈhævlənd/; 1 Julai 1916 – 26 Julai 2020) ialah seorang pelakon wanita British-Amerika. Hasil karya dari kerjaya sinematiknya bermula dari 1935 hingga 1988. Beliau telah muncul dalam 49 filem cereka, dan merupakan salah seorang pelakon terkemuka pada zamannya. Beliau merupkan bintang terakhir yang masih hidup dari Zaman Kegemilangan Perfileman Hollywood dan pemenang Anugerah Akademi tertua yang hidup, sehingga kematiannya pada Julai 2020. Adik perempuannya ialah pelakon Joan Fontaine.


Olivia de Havilland

Olivia DeHavilland-2.JPG
de Havilland pada 1945
Kelahiran
Olivia Mary de Havilland

(1916-07-01)1 Julai 1916
Meninggal dunia26 Julai 2020(2020-07-26) (umur 104)
Nama lainLivvie
Kerakyatan
  • United Kingdom
  • Amerika Syarikat
  • Perancis
PekerjaanPelakon
Pasangan
Anak2
Ibu bapa
SaudaraJoan Fontaine (adik)
Hereward de Havilland (sepupu)
Geoffrey de Havilland (sepupu)
Tandatangan
Olivia de Havilland Signature.png

De Havilland pertama kali tampil sebagai pasangan layar lebar bersama Errol Flynn dalam filem Captain Blood (1935) dan The Adventures of Robin Hood (1938). Salah satu peranannya yang paling terkenal ialah sebagai Melanie Hamilton dalam filem klasik Gone with the Wind (1939), di mana beliau menerima pencalonan Oscar pertamanya, satu-satunya menerusi kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

De Havilland terkenal pada tahun 1940-an dan menerima pujian atas persembahannya dalam filem Hold Back the Dawn (1941), To Each His Own (1946), The Snake Pit (1948), dan The Heiress (1949), beliau menerima pencalonan untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik bagi persembahannya di dalam filem-filem tersebut, menang dua kali untuk filem To Each His Own dan The Heiress. Beliau juga berjaya dalam karya panggung drama dan televisyen.[1][2]

De Havilland menetap di Paris sejak 1950-an, dan menerima penghargaan seperti National Medal of Arts, Légion d'honneur, dan dimasukkan sebagai Dame Commander of the Order of the British Empire.[3][4]

Selain kerjaya filemnya, de Havilland juga aktif di teater, muncul tiga kali di Broadway, dalam drama Romeo and Juliet (1951), Candida (1952), dan A Gift of Time (1962). Beliau juga bekerja di televisyen, muncul dalam siri mini berjaya Roots: The Next Generations (1979), dan Anastasia: The Mystery of Anna (1986), di mana beliau menerima pencalonan Anugerah Emmy Primetime dan memenangi Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Wanta Terbaik dalam Filem atau Siri Televisyen. Sepanjang kerjaya filemnya, de Havilland juga merangkul dua Anugerah Lingkaran Pengkritik Filem New York, Anugerah Dewan Ulasan Nasional untuk Pelakon Wanita Terbaik, dan Piala Volpi Festival Filem Venice. Untuk sumbangannya pada industri filem, beliau menerima bintang di Hollywood Walk of Fame.[5]

De Havilland meninggal kerana sebab semulajadi ketika sedang tidur di rumahnya di Paris, Perancis, pada 25 Julai 2020, pada umur 104 tahun.[6]

RujukanSunting

PetikanSunting

  1. ^ "Interview: Olivia de Havilland". American Academy of Achievement. October 5, 2006.
  2. ^ "Olivia de Havilland: Awards". AllMovie. Dicapai pada January 23, 2016.
  3. ^ Corbet, Sylvie (September 9, 2010). "Olivia de Havilland honored by French president". Associated Press Online. Diarkib daripada yang asal pada May 30, 2013. Dicapai pada January 21, 2016.
  4. ^ Mirande, Jean-Noël (July 22, 2012). "Olivia de Havilland, une Américaine à Paris (Olivia de Havilland, an American Woman in Paris)". Le Point.
  5. ^ "Olivia de Havilland". Hollywood Walk of Fame. Dicapai pada January 23, 2016.
  6. ^ Staskiewicz, Keith (26 Julai 2020). "'Gone With the Wind' star Olivia de Havilland dies at 104". Entertainment Weekly. Dicapai pada 26 Julai 2020.

Sumber umumSunting

Pautan luarSunting