Buka menu utama


Olufemi Terry adalah penulis dari negara Sierra Leone. Dia memenangi Hadiah Caine Afrika 2010 kerana menulis cerita pendek bertajuk "Stickfighting Days" yang cukup menarik.

Olufemi Terry
PekerjaanWriter, journalist
WarganegaraSierra Leonean
SubjekAfrican diaspora
Pencapaian ketara"Stickfighting Days",
The Sum of All Losses
AnugerahCaine Prize for African Writing (2010)

Terry dilahirkan di Sierra Leone, namun dibesarkan di Nigeria , United Kingdom dan belajar di universiti di New York , Amerika Syarikat. Dia menjadi wartawan di Somalia dan Uganda. Sekarang dia tinggal di Cape Town , Afrika Selatan.Dia mendapat gelaran Sarjana (MA) dalam jurusan penulisan kreatif di Universiti Cape Town pada tahun 2008.

AnugerahSunting

Pada 5 Julai 2010, Terry memenangi Hadiah Caine Afrika . Cerita pendek (cerpen) 'Stickfighting Days' disiarkan dalam majalah Afrika 'Chimurenga'. Majlis anugerah diadakan di Bodleian Library in Oxford, England.

Penulis Afrika lain yang pernah menang anugerah ialah Ken Barris (Afrika Selatan), Lily Mabura (Kenya), Namwali Serpell (Zambia), dan Alex Smith (Afrika Selatan). Hakim dari The Economist , Fiammetta Rocco menyatakan cerita pendek imi : "sangat ambisius, berani dan sangat imajinatif. Ia menyajikan budaya hero bagai Homer dalam skala dan penuh konsepsi. Persembahan cerita sangat sinematik. Olufemi Terry mempunyai bakat dan masa depan yang besar ". Terry menulis tentang diaspora Afrika .

Dia menerima hadiah £ 10.000 di London. Dia juga menghabiskan percutian satu bulan di di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.[2]

RujukanSunting

  1. ^ "Sierra Leone's Olufemi Terry wins Caine writing prize". BBC News. BBC. 6 July 2010. Dicapai 6 July 2010.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  2. ^ Olufemi Terry wins 2010 Caine Prize for African Writing