Olympic Dream (Melayu: Impian Olimpik) ialah sebuah filem drama sukan Malaysia 2021 arahan dan cerita asal oleh Don Hoe dengan skrip oleh Jeffrey Leong, Neo Jun Chen dan Lyon Ng terbitan bersama De Theatre Entertainment dan Full Billion Entertainment. Ia mengisahkan kecekalan seorang anak muda, Wong Anna yang menanam impian dan bercita-cita menjadi pemain badminton kebangsaan sejak kecil.[1][2] Filem ini telah menerima pelbagai pengiktirafan di festival filem antarabangsa dan ditayangkan pada 23 September 2021 di Astro First.[3][4][5]

Olympic Dream
PengarahDon Hoe
Penulis
  • Jeffrey Leong
  • Neo Jun Chen
  • Lyon Ng
Dihasilkan oleh
  • Don Hoe
  • Ivan Tan
Dibintangi
Muzik olehDon Hoe
Syarikat
penerbitan
  • De Theatre Entertainment
  • Full Billion Entertainment
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
23 September 2021 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
Bahasa

Sinopsis sunting

Mengisahkan tentang Wong Anna yang meminati dan bercita-cita sejak kecil untuk menjadi pemain badminton kebangsaan. Walaupun Anna mengalami masalah kesihatan, itu tidak mematahkan impiannya. Ketika di sekolah, Anna ternampak kehebatan Pak Cik Quan yang juga merupakan bekas pemain badminton dalam mengendalikan bola tangkis. Sejak itu, Anna sentiasa berlatih dengan Pak Cik Quan sehingga berjaya memenangi pertandingan badminton. Bakat Anna telah dilihat oleh jurulatih Cheah dan itu membuka laluan Anna untuk menjadi pemain kebangsaan.

Apabila meningkat dewasa, Anna berjaya menjadi salah seorang pemain terbaik kebanggsaan. Namun, pasangan beregunya, Xiu Man telah cedera parah dan Anna terpaksa bertukar pasangan beregu baru, Hao Yu. Anna dan Hao Yu belatih keras untuk mengatasi semua kesukaran. Mereka membawa impian dan harapan 32.38 juta rakyat Malaysia untuk melangkah ke Olimpik. Tetapi berjayakah Anna dan pasangannya mengharumkan nama Malaysia dan membawa pulang pingat emas Olimpik.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

  • Maya Karin sebagai Mak Cik Fatimah 
  • Jordan Voon sebagai Pak Cik Quan 
  • Annabelle Tan sebagai Wong Anna (Muda) 
  • Adelle Ng sebagai Wong Anna 

Penampilan khas sunting

  • Rashid Sidek sebagai diri sendiri
  • Cheah Soon Kit sebagai Coach Cheah 
  • Ong Ewe Hock sebagai Coach Ong 
  • Janice Woon Khe Wei sebagai diri sendiri
  • Vivian Hoo Kah Mun sebagai Vivian Hoo Kah Mun 
  • Jean Tan sebagai Siu Man 
  • John Tan sebagai Ho Hao Yu 
  • Jeffrey Leong sebagai Cikgu Goh 
  • Chai Zi sebagai Pak Cik Quan (Muda)

Penerbitan sunting

Olympic Dream diarahkan oleh Don Hoe dengan idea asal juga daripada beliau.[6] Hoe berkata: "Badminton adalah salah satu sukan popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Secara peribadi, saya membesar dengan menyaksikan kejayaan-kejayaan atlet-atlet Malaysia antaranya di Kejohanan Piala Thomas dan itu mendorong semangat dan nilai perpaduan dalam diri. Sukan ini telah merapatkan hubungan saya bersama rakan dan jiran tetangga yang berbeza latar usia, bangsa, kaya atau miskin untuk sama-sama menyokong pasukan Malaysia. Jadi, saya mengambil elemen sukan tersebut dan ketengahkan menerusi filem. Saya dengan rasa rendah hati berharap filem ini mampu menyuntik rasa bangga dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia dengan pencapaian dan kegemilangan yang telah dicipta oleh barisan atlet negara. Saya juga mengharapkan ia dapat memberi inspirasi kepada semua, tidak kira rakyat Malaysia atau masyarakat dari negara luar untuk sentiasa berusaha dalam mencapai impian sehingga memperoleh kemenangan."[3] Hoe mengakui sudah lama berhasrat mahu mengarahkan sebuah filem mengenai badminton. Menurutnya, idea untuk menghasilkan filem ini tercetus semasa menonton kejohanan Piala Thomas antara Rashid Sidek dan Hariyanto Arbi.[7]

Untuk watak Quan, Hoe berkata sejak skrip Olympic Dream ditulis, beliau telah membayangkan Jordan Voon untuk watak tersebut.[7] Pemenang Pelakon Terbaik Anugerah Golden Awards 2017, Voon memegang watak sebagai Quan. Beliau mengakui tidak berfikir panjang selepas menerima tawaran membintangi filem itu. Katanya, selepas membaca skrip filem itu, beliau berminat untuk berlakon dalam Olympic Dream.[8] Bekas pemain badminton negara, Adelle Ng, yang memegang watak sebagai Wong Anna, mengakui gementar untuk berlakon kerana ia lebih mencabar daripada melatih pemain di gelanggang badminton. Filem ini menjadi percubaan sulung beliau dalam bidang lakonan.[9] Bekas jaguh badminton, Rashid Sidek membuat penampilan kameo. Menurut Rashid, peranan beliau dalam filem itu memberi perangsang kepada watak Anna yang berputus asa dalam sukan badminton.[10][11] Selain Rashid, filem turut menyaksikan penampilan istimewa legenda badminton negara seperti Ong Ewe Hoc dan Cheah Soon Kit serta bekas pemain kebangsaan, Janice Woon Khe Wei dan Vivian Hoo Kah Mun.[3][1] Penggambaran filem dijalankan selama 25 hari di Pulau Pinang pada 2017.[12]

Keluaran dan sambutan sunting

Olympic Dream ditayangkan pada 23 September 2021 di Astro First.[1][13]

Kosmo! dalam satu ulasannya berkata filem ini "bukan sahaja memberi tumpuan terhadap sukan badminton tetapi dipadatkan lagi dengan konflik dan babak dramatik yang mengajak penonton menghayati perjuangan seseorang dalam usaha mencapai impian. Babak-babak yang dipaparkan dalam filem berkenaan cukup mendebarkan sehingga membuatkan penonton merasai pengalaman seperti menonton perlawanan sebenar."[1] Portal web Getaran pula berpendapat filem ini "menonjolkan keharmonian masyarakat antara kaum serta budaya seperti wujudnya penyokong di kawasan kejiranan yang terdiri daripada pelbagai bangsa saling membantu antara satu sama lain dalam suasana taraf hidup masyarakat yang berbeza."[14] Dalam ulasan retrospektif mengenai filem ini, Nannie Isa dari Kitepunye menulis: "Dipadatkan lagi dengan konflik dan babak dramatik. Mengajak penonton untuk menghayati perjuangan seseorang dalam usaha mencapai impian. Pasti ada babak-babak mendebarkan ibarat dalam perlawanan sebenar".[11]

Anugerah sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2019 Festival Filem Antarabangsa Chambal 2019 Anugerah Khas Juri Olympic Dream Menang [15]
2020 Festival Filem & TV Ramsgate Pelakon Wanita Terbaik (Anugerah Kepujian) Maya Karin Menang [16][15]
2021 Festival Filem New York City IO 2021 Filem Asia Terbaik Olympic Dream Menang [15]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Olympic Dream simbolik kemasyhuran badminton negara". Kosmo!. 29 September 2021. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  2. ^ "Olympic Dream Garap Kisah Dunia Kesukanan Yang Sarat Dengan Emosi". Syok.my. 22 September 2021. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  3. ^ a b c "Filem Olympic Dream Di Astro First Menghimpunkan Legenda Atlet Badminton Malaysia". Ruby.my. 20 September 2021. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  4. ^ "Olympic Dream, kisah penuh inspirasi dunia sukan badminton". Sinar Harian. 27 September 2021. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  5. ^ Fiza Kamarudin (20 September 2021). "Fuh! Berdebar... Macam Tengok Game Sebenar! Paling Gempak, Legenda Badminton Dihimpun Dalam 'Olympic Dream'". Astro Gempak. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  6. ^ "Olympic Dream kisah kecekalan seorang gadis menjadi seorang pemain badminton sehingga ke peringkat dunia". Kopiplanet. 23 September 2021. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  7. ^ a b Fiza Kamarudin (29 September 2020). ""Menang Dah Lama Saya Nak Buat Filem Tentang Badminton". Astro Gempak. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  8. ^ Fiza Kamarudin (30 September 2021). ""Kali Pertama Baca Skrip Dah Jatuh Cinta" - Jordan Voon". Astro Gempak. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  9. ^ Fiza Kamarudin (7 Oktober 2021). "Bekas Pemain Badminton Negara, Adelle Ng Stress Berlakon! - "Berlakon Lagi Mencabar Daripada Coaching..."". Astro Gempak. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  10. ^ Fiza Kamarudin (28 September 2021). ""Winners Never Quit & Quitters Never Win!" - Memang Win Kata-Kata Datuk Rashid Sidek Ni Gais..." Astro Gempak. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  11. ^ a b Nannie Isa (22 September 2021). "RASHID SIDEK BERLAKON DALAM OLYMPIC DREAM BEST KE?". Kitepunye. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  12. ^ Christopher Tan (12 Ogos 2017). "Upcoming film chronicles young badminton player's Olympic dreams" [Filem yang akan datang mengisahkan impian Olimpik pemain badminton muda] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  13. ^ Kazalinah Kamaludin (22 September 2021). "Olympic Dream bukan sekadar filem sukan". Daily Express. Dicapai pada 9 Oktober 2021.
  14. ^ "'Olympic Dream' Tonjolkan Babak Perlawanan Badminton Mendebarkan". Getaran. 24 September 2021. Dicapai pada 9 Oktober 2021. Selain tonjolkan pelbagai konflik dan babak dramatik mengenai semangat juang, 'Olympic Dream' turut menghimpunkan legenda badminton negara dan pamerkan babak seakan perlawanan sebenar penuh mendebarkan.
  15. ^ a b c Fiza Kamarudin (21 September 2021). "Wah... Filem Olympic Dram Terima Pengiktirafan Di Festival Filem Antarabangsa". Astro Gempak. Dicapai pada 7 November 2021.
  16. ^ Tan Mei Zi (22 Julai 2020). "Malaysian actress Maya Karin wins best actress commendation at UK film festival for role in 'Olympic Dream'" [Pelakon Malaysia Maya Karin memenangi pujian pelakon terbaik di festival filem UK untuk peranan dalam ‘Olympic Dream’] (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. Dicapai pada 9 Oktober 2021.

Pautan luar sunting