Omar Othman

ahli politik Malaysia

Dato’ Sri Dr. Haji Omar bin Haji Othman[1] (1950 – 10 Februari 2020) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Pahang. Beliau ialah bekas Ahli Mesyuarat Kerajaan (EXCO) di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Betong (1986 – 1990) dan Jelai (1990 – 2004) daripada parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Dato’ Sri Dr.

Omar Othman

SSAP., SIMP., DSAP., DIMP., PJN.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas, Pembangunan Luar Bandar dan Pelancongan
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang
Dalam jawatan
1990–1999
Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang
untuk Jelai
Dalam jawatan
21 Oktober 1990 – 21 Mac 2004
Digantikan olehWan Rosdy Wan Ismail
Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang
untuk Bukit Betong
Dalam jawatan
3 Ogos 1986 – 21 Oktober 1990
Butiran peribadi
LahirOmar bin Othman
1950
Tanah Melayu British (kini Malaysia)
Meninggal dunia (umur 70)
Kuantan, Pahang, Malaysia
Parti politikUMNO (Malaysia).svg
PasanganDatin Seri Mimi Asmara Abdul Malik
Anak-anak5

KehidupanSunting

Omar bin Othman berasal dari Kuala Medang, Lipis, Pahang. Beliau melibatkan diri dalam kegiatan kesukanan dan merupakan Naib Presiden III Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang serta Naib Presiden Kelab Golf Diraja Pahang selain dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Anugerah Sukan Pahang.[2]

Beliau telah berkahwin serta mempunyai lima orang anak dan empat orang cucu.[3]

KeperibadianSunting

Beliau rapat dengan masyarakat orang asli serta mampu bertutur dalam bahasa mereka.[2]

Kerjaya politikSunting

Beliau merupakan ADUN Bukit Betong dari tahun 1986 sebelum menjadi ADUN Jelai dari tahun 1990 sehingga tahun 2004. Beliau turut menjaga portfolio kemudahan asas, pembangunan luar bandar dan pelancongan selama tiga penggal bermula dari tahun 1991.[3]

Kesihatan dan kematianSunting

Beliau telah didiagnosis menghidap kanser usus yang seterusnya merebak ke hati, prostat dan buah pinggang yang menyebabkan kesihatannya merudum sejak tahun 2019.[2]

Pada hari Selasa, 4 Februari 2020, beliau telah menjalani sebuah pembedahan di Pusat Perubatan Kuantan (KMC), Indera Mahkota[4] sebelum dibenarkan pulang pada hari Sabtu, 8 Februari. Namun, beliau terpaksa digegaskan semula ke unit rawatan rapi (ICU) hospital yang sama pada malam tersebut akibat sesak nafas. Dua hari kemudian pada hari Isnin, 10 Februari pukul 6.52 pagi, beliau telah meninggal dunia di hospital tersebut.[2]

Jenazah beliau telah dibawa ke Masjid Medan Tok Sira, Kuantan untuk disembahyangi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali selepas solat Zuhur.[3] Antara yang menziarahi jenazah beliau ialah Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail iaitu Menteri Besar Pahang.[5]

RujukanSunting

  1. ^ "Committee Member 2019 – 2020". Kelab Golf DiRaja Pahang. Dicapai pada 19 Mei 2020.
  2. ^ a b c d Bernama (10 Februari 2020). "Bekas ADUN Pahang, Omar Othman meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 19 Mei 2020.
  3. ^ a b c BERNAMA (10 Februari 2020). "Bekas Exco Pahang meninggal dunia". BH Online. Dicapai pada 19 Mei 2020.
  4. ^ "Menziarah Datuk Seri Omar Othman". umno-online.my. Foto oleh Wan Rosdy Wan Ismail. 9 Januari 2020. Dicapai pada 19 Mei 2020.CS1 maint: others (link)
  5. ^ "Menziarah Allahyarham Dato' Sri Omar Othman". umno-online.my. Foto oleh Wan Rosdy bin Wan Ismail. 10 Februari 2020. Dicapai pada 19 Mei 2020.CS1 maint: others (link)