Omar ibn Said

Omar ibn Said (1770–1864) ialah seorang penulis dan ilmuwan Islam yang dilahirkan dan mendapat pendidikan di Senegal, yang diperhambakan dan diangkut ke Amerika Syarikat pada tahun 1807. Di sana, ketika berada dalam perhambaan sepanjang hayatnya, beliau menulis satu siri buku sejarah dan teologi, termasuklah satu autobiografi yang terkenal selepas kematian beliau.

Omar Ibn Said
Omar Ibn Said.jpg
Kelahiran1770
Meninggal dunia1864
Nama lainUncle Moreau, Prince Omeroh
PendidikanPendidikan Islam formal di Senegal
PekerjaanIlmuwan, hamba
Terkenal keranaIlmuwan Islam, penulis cerita hamba

BiografiSunting

Omar ibn Said dilahirkan di Futa Tooro,[1] sebuah kawasan sepanjang pertengahan Sungai Senegal di Afrika Barat, dalam sebuah keluarga yang kaya.[2] Beliau adalah seorang ilmuwan Islam dan berbangsa Fula yang menghabiskan masa selama 25 tahun belajar dengan beberapa ulama terkemuka, mempelajari subjek-subjek dari aritmetik hingga teologi di Afrika. Pada tahun 1807, beliau ditawan dalam satu konflik ketenteraan, lalu dijadikan hamba dan diangkut merentasi Lautan Atlantik ke Amerika Syarikat. Beliau melarikan diri daripada seorang tuan yang zalim di Charleston, South Carolina, dan berkelana hingga ke Fayetteville, North Carolina. Di sana beliau ditangkap semula dan kemudiannya dijual pada James Owen. Omar hidup sehingga pertengahan usia 90 tahun dan masih berstatus hamba pada waktu kematiannya pada tahun 1864. Beliau dikebumikan di Bladen County, North Carolina. Omar ibn Said juga dikenali sebagai Uncle Moreau dan Prince Omeroh.[1]

Walaupun Omar memeluk agama Kristian pada 3 Disember 1820, ramai sarjana moden percaya bahawa beliau berterusan mengamalkan ajaran Islam, berdasarkan selawat kepada Nabi Muhammad yang ditulis dalam Biblenya, dan sekeping kad bertarikh 1857 yang mengandungi tulisan Surah al-Nasr, surah pendek yang menceritakan kemasukan orang bukan Islam ke dalam agama Islam 'secara beramai-ramai'. Di belakang kad ini terdapat tulisan tangan orang lain dalam bahasa Inggeris yang menyalahanggap surah itu sebagai Doa Tuhan dan mengakui status Omar sebagai seorang penganut Kristian yang baik.[3] Di samping itu, ketika pihak lain yang menulis bagi pihak Omar mengesahkan beliau sebagai seorang Kristian, autobiografi beliau sendiri dan beberapa penulisan lain memberikan lebih banyak kedudukan yang samar. Dalam autobiografi itu, beliau masih berselawat kepada Nabi Muhammad ketika menceritakan kehidupan beliau di negaranya sendiri; rujukan beliau pada "Isa al-Masih" pada hakikatnya selari dengan pemerian al-Quran tentang Jesus (dengan المسيح 'si Messiah' sebanyak 11 kali dalam al-Quran), dan pemerian Jesus dengan 'penghulu kami' (سيدنا) mengguna kata hormat Islam yang lazim terhadap para rasul dan tidak patut dikelirukan dengan Tuhan (ربّ); dan pemerian Jesus dengan 'membawa rahmat dan kebenaran' (satu rujukan pada John 1:14) adalah selayaknya sesuai dengan konsep Jesus dalam Islam. Melihatkan keaadaan perhambaan Omar "di kalangan orang Kristian" dan kemungkinan melobi bagi kemerdekaan beliau yang hanya ddapat diperolehi menerusi kemasukan ke dalam agama Kristian, pertukaran agamanya boleh dihujahkan dilakukan dalam keadaan dures. Pada tahun 1991, sebuah masjid di Fayetteville, North Carolina dinamakan semula sebagai Masjid Omar Ibn Said sebagai penghormatan bagi beliau.[4]

ManuskripSunting

 
Surah Al-Mulk dari Qur'an. yang disalin oleh Omar ibn Said

Omar ibn Said dikenali secara meluas dengan 14 buah manuskrip yang ditulis beliau dalam bahasa Arab. Dari kesemua manuskrip berbahasa Arab beliau itu, beliau paling dikenali dengan esei autobiografi beliau yang ditulis pada 1831.[5] Ia mengisahkan beberapa peristiwa dalam hayat beliau dan membayangkan pegangan beliau yang teguh terhadap Islam dan keterbukaan beliau terhadap orang 'bertakwa' yang lain. Pada zahirnya dokumen itu kelihatan bertoleransi terhadap perhambaan, bagaimana pun Omar memulakannya dengan Surah al-Mulk, satu surah daripada al-Quran yang menyatakan bahawa hanya Tuhan sahaja yang mempunyai kekuasaan ke atas manusia.

Kebanyakan daripada karya Omar yang lain yang terdiri daripada manuskrip Islam dalam bahasa Arab, termasuklah sebuah salinan tulisan tangan beberapa surah daripada al-Quran yang kini menjadi sebahagian daripada Koleksi North Carolina di Perpustakaan Wilson di University of North Carolina at Chapel Hill. Bible beliau, sebuah terjemahan ke dalam bahasa Arab yang diterbitkan oleh sebuah persatuan dakyah Kristian, yang mempunyai catatan dalam bahasa Arab oleh Omar, kini menjadi sebahagian daripada koleksi buku nadir di Davidson College.[6] Menulis berdasarkan ingatan, Omar membuat beberapa kesilapan dalam karyanya, terutamanya pada permulaan Surah al-Nasr. Omar juga menulis surat bertarikh 1819 dan ditujukan kepada saudara James Owen, Major John Owen, yang ditulis dalam bahasa Arab dan mengandungi beberapa rujukan al-Quran (termasuklah daripada Surah al-Mulk), yang juga menyertakan beberapa simbol dan bentuk geometri yang menunjukan pada kemungkinan maksud esotorik.[7] Surat ini, yang kini ditempatkan di Andover Theological Seminary, dicetak semula dalam buku Allen Austin, African Muslims in Antebellum America: A Sourcebook.

Lihat jugaSunting

Bacaan lanjutSunting

  • Muhammed Al-Ahari Five Classic Muslim Slave Narratives (Chicago: Magribine Press, 2006). ISBN 978-1-4635-9327-8.
  • A Muslim American Slave: The Life of Omar Ibn Said, ed. and translated by Ala Alryyes (University of Wisconsin Press, 2011).
  • Allan D. Austin, African Muslims in Antebellum America: A Sourcebook (New York: Garland Publishers, 1984).
  • Thomas C. Parramore, "Muslim Slave Aristocrats in North Carolina," North Carolina Historical Review Vol. 77 No. 2 (April 2000): pp 127–150.

RujukanSunting

  1. ^ a b Omar ibn Said (1831). "Autobiography of Omar ibn Said, Slave in North Carolina, 1831". University of North Carolina at Chapel Hill.
  2. ^ Powell, William S. (1979). "Omar ibn Said, b. 1770?". Dictionary of North Carolina Biography. University of North Carolina Press.
  3. ^ Horn, Patrick E. "Omar ibn Said, African Muslim Enslaved in the Carolinas". University Library, University of North Carolina.
  4. ^ Omar ibn Said Davidson Encyclopedia Tammy Ivins, June 2007
  5. ^ Jonathan Curiel. Al'America. pp.30-32.
  6. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-11. Dicapai pada 2016-06-08.
  7. ^ Hunwick, John O. (2004). "I Wish to be Seen in Our Land Called Afrika: Umar b. Sayyid's Appeal to be Released from Slavery (1819)" (PDF). Journal of Arabic and Islamic Studies 5.

Templat:Slave narrative