Omfalitis merupakan istilah perubatan untuk radang tunggul tali pusat dalam tempoh sebulan baru lahir, paling umum disebabkan oleh jangkitan bakteria.[1] Biasanya sebaik sahaja bayi lahir, tali pusatnya dipotong dengan meninggalkan sisa kecil (yang umum digelar tunggul). Biasanya tunggul berpisah dari kulit dalam 3-45 hari selepas lahir.[2] Sejumlah kecil bahan seakan-akan nanah sering kelihatan di pangkal tunggul dan boleh dibendung dengan membiarkan tunggul terbuka untuk dikeringkan udara.[3] Bakteria tertentu boleh berkembang dan menjangkiti tunggul sepanjang proses ini dan boleh menyebabkan kemerahan dan bengkak yang ketara, malah ada kalanya jangkitan kemudian boleh tersebar melalui saluran tali pusat ke seluruh badan. Omfalitis telah menyebabkan morbiditi dan mortaliti yang meluas di tempat-tempat di mana kemudahan kesihatan kurang tersedia. Umumnya, apabila jangkitan jenis ini disyaki atau didiagnosis, rawatan antibiotik diberikan, bahkan kes-kes komplikasi parah mungkin sesuai dijalankan pembedahan.

Omphalitis
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10P38
ICD-9771.4
P. Data Penyakit34512
eMedicineped/1641
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Rujukan sunting

  1. ^ Empty citation (bantuan)
  2. ^ Empty citation (bantuan)
  3. ^ Empty citation (bantuan)