Ōmisoka (大晦日), "petang sebelum Tahun Baru", merupakan hari yang penting dalam tradisi Jepun dan jatuh pada 31 Disember.

Omisoka
Diraikan oleh/di
Jepun
JenisSyinto
KepentinganPersediaan menjelang tahun baharu
UpacaraPembersihan rumah dan bangunan
Kohaku Uta Gassen
Pukulan gong
Tarikh31 Disember
Berkaitan dengan
Tahun Baru Jepun

Aktiviti sunting

Pada hari itu, orang-orang Jepun akan sibuk membuat persiapan untuk hari yang esok. Mereka akan mengemas seluruh rumah kerana mereka percaya bahawa tahun baru mesti disambut dalam keadaan bersih dan segar. Amalan membersih ini dipanggil "Ôsouji" (大掃除, atau "Pembersihan besar-besaran"). Sekolah-sekolah rendah melakukan Ôsouji mereka sebelum tutup untuk cuti musim sejuk.

Pada penghujung hari, selalunya pada pukul 11 malam, telah menjadi kebiasaan untuk orang Jepun memakan sejenis mi yang dipanggil "toshikoshi-soba" (年越しそば) atau "toshikoshi-udon" (年越しうどん, "Mi merentas tahun"). Soba atau udon ini pada mulanya sering dimakan tanpa lauk tetapi kini lauk yang ditambah adalah tempura.

Bermula pukul 8 malam, stesen televisyen nasional, NHK akan mula menyiarkan rancangan "Kouhaku Utagassen" (紅白歌合戦, har. "Peraduan Merah dan Putih"). Penyanyi-penyanyi wanita dikumpulkan dalam kumpulan "Akagumi", atau Pasukan Merah dan lelaki dalam Pasukan Putih atau "Sirogumi". Kedua-dua pasukan akan bernyanyi hingga 12 malam dan para penonton dan hakim akan memilih kumpulan yang telah bertanding dengan baik. Selain NHK, terdapat beberapa televisyen Jepun yang menyiarkan rancangan televisyen khas pada malam Omisoka.

Beberapa minit sebelum tengah malam, setiap kuil di Jepun akan menyediakan Amazake (甘酒, har. sake (minuman alkohol) manis), dan orang ramai akan berkumpul mengelingi gong besar yang akan dipukul sebanyak 108 kali. Nombor ini dipercayai merupakan bilangan dosa dan perkara-perkara tidak baik yang berlaku di fikiran manusia dan setiap pukulan dipercayai dapat menghalau dosa-dosa tersebut.

Terdapat banyak aktiviti yang dilakukan sewaktu Ômisoka dan ia merupakan sebuah hari yang sibuk untuk orang Jepun. Namun, ia merupakan hari yang penting untuk menamatkan sebuah tahun dan menyambut kedatangan tahun yang baru.

Lihat juga sunting